Bismillahirrahmanirrahim.
Sambungan cerita balik dari IMAGO. Biras kita (ibu Haziq) masak untuk makan malam. Walaupun tidak ada peralatan memasak bersaiz besar, tetapi ibu Haziq usahakan juga untuk menyediakan hidangan. Katanya, untuk sambutan ulang tahun kelahiran Haziq yang jatuh pada 24 Oktober 2022.
Rezeki Allah, siapa yang tahu. Kedatangan ibu Haziq (biras) dan ayah Haziq (adik ipar) jatuh pada tarikh ulang tahun kelahiran Haziq. Malam itu, keluarga Abang Aznan pun turut serta meraikan majlis. Selepas solat isya, ramai-ramai baca surah Yasin, dan doa selamat dibaca diketuai oleh Haziq.
| Kek Ulang Tahun Kelahiran Haziq. |
Hidangan makan malam sempena majlis ulang tahun Haziq.
| Sayap Ayam Goreng. |
| Udang. |
| Sayur Campur. |
| Sup Ayam. |
| Ikan Putih. |
Walaupun perut sudah diisi di DubuYo pada sebelah petang, tetapi lapar pula apabila melihat pelbagai hidangan di depam mata! Bismillah.
| Gambar 2021 bersama ibu dan ayah Haziq. |
| Fuad (berdiri kanan). Haziq berdiri (kiri). |
Haziq sebaya umur dengan Fuad. Hanya beza 40 hari sahaja. Fuad lahir pada 14 September, Haziq pula 24 Oktober. Gambar di atas merupakan gambar kenangan di hari raya sebelum munculnya Covid-19. Tema baju kami warna kuning, manakala tema Haziq sekeluarga warna merah.




