Kenapa Tiket Penerbangan ke Sabah dan Sarawak Mahal?
10:12 PGBismillahirrahmanirrahim.
Fuad dan Abang Farid sekeluarga hendak pulang ke Sabah bersama Amie dari Kuala Lumpur. Namun begitu memikirkan kos penerbangan yang sangat tinggi, Encik Suami kata tak perlulah balik ke LD. Kalau setakat cuti beberapa hari, tidak berbaloi dengan tambang yang mahal. Kata Encik Suami lagi, setiap hari kita tetap boleh berhubung melalui video call. Tambahan pula, akhir Oktober nanti kami akan bertemu satu keluarga di UTP, Seri Iskandar menghadiri majlis konvokesyen Abang Farid. Anak-anak akur dengan pendapat Encik Suami.
Kenapa tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak mahal? Hal ini disebabkan:
1. Laluan Terhad & Persaingan Rendah
2. Permintaan Tinggi Pada Musim Tertentu
3. Kos Bahan Api & Operasi Tinggi
4. Kapasiti Tempat Duduk Terhad
5. Kos Logistik & Infrastruktur
6. Sistem Harga Dinamik (Dynamic Pricing)
7. Perbandingan Dengan Tiket Antarabangsa
Rujukan : Kenapa Tiket Penerbangan ke Sabah dan Sarawak Mahal?
Bagaimanapun, sebenarnya harga tiket yang mahal tak masuk akal ini sudah berlaku sejak sekian lama. Setiap kali isu ini disuarakan, setiap kali itulah kononnya segala perbincangan dan jalan penyelesaian akan diambil. Namun begitu, masalah ini tidak nampak penyelesaiannya. Jadi, malas hendak ulas panjang, sekadar kongsi isu sahaja.
Untuk lanjut boleh baca:
1 comments
Betullah Amie.. jiran sebelah ni orang Sarawak, memang selalu mengeluh nak beli tiket balik Kg.. mahal betul.. beli tiket Korea lagi murah dari tiket balik Kg sendiri katanya hehehehe
BalasPadam