Hari ini agak lewat makan tengahari. Tiba-tiba datang pemantau.... dan kena mengadap di bilik mesyuarat! Cuaca sejuk dari pagi disebabkan hujan, tiba-tiba jadi panas. Eloklah jalan-jalan cari sesuatu yang boleh menyamankan anak tekak...hiks!
Jom kita ke Fajar Centre, kita singgah di Indo Cafe! Kadang-kadang kami datang ke sini bersama anak-anak. Kadang-kadang bersama kawan-kawan, dan ada kalanya hanya berdua dengan Encik Suami.
Kalau ke Indo Cafe, memang suka sangatlah cari penyaman tekak yang sejuk-sejuk manis! Banyak juga pilihannya di sini, dan semua yang pernah Amie cuba memang sedap! Hari ini Amie cuba Sago Buah Naga pula.
Selain Sago Buah Naga, Sago Buah Mangga pun ada. Sedap tak? Sedap sangat! Gambar ini Amie jumpa dalam galeri HP sewaktu keluar makan bersama aak-anak sebelum ini.
Dan satu lagi, yang sangat Amie suka sudah tentulah Sago Durian! Ini memang paling sedap di antara yang sedap-sedap tu! Terlanjur cerita tentang menyejuk tekak, kita kongsilah sekali apa menu yang ada di kafe ini.
Ini menu kegemaran Encik Suami. Dia suka sangat makan yang basah-basah... kuey teow basahlah, mee basahlah, dan yang penting jenis yang berkuah.
Kita order mee hoon sup tulang. Uniknya keluar tulang warna hitam pulak. Encik Suami kata, agaknya tulang tu dibakar dulu.... ahaks! Mungkin juga, sebab nampak macam tulang kaki lembu!
Encik Suami pernah order nasi dengan udang butter basah. Tapi katanya, hanya ada 6 ekor udang saja! Jadi, kami order lauk tambahan, tongkeng ayam goreng. Ada raja tongkeng ayam dalam keluarga kecil kami. Tak lain tak bukan, Fuadlah orangnya!
Ini dia tongkeng ayam goreng berharga RM6.00.
Amie perhatikan, kalau ke mana-mana restoran, Fairuz suka sangat order nasi ayam penyet dan nasi ayam lalap, sama ada nasinya digoreng atau nasi putih! Kadang-kadang Amie tanya : Adik tak jemu ke asyik makan menu yang sama? Katanya: Saya suka.
Menu kegemaran masing-masing. Yang penting makanan yang dipesan memenuhi selera.











































