Dari Cerita Kari Ayam....
5:38 PTG01 Oktober - Khamis - petang Khamis minggu lepas, Fuad pulang lewat petang dari Tawau ke LD setelah Encik Suami menjalani pemeriksaan lanjut di Tawau Medical Specialist Centre. Sampai di rumah, Fuad sangat gembira melihat lauk ayam masak kicap. Pesannya, esok mommy masak kari ayam pula.
02 Oktober - Jumaat - Fuad ke Hospital LD - urus dokumen rawatan Encik Suami. Kami sepakat anak-beranak dan keluarga Encik Suami untuk teruskan rawatan di HUKM. Hal ini disebabkan tempoh yang agak lama untuk ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu. Menurut doktor di Hospital LD, banyak pesakit jantung sedang menunggu giliran di sana.
Petangnya sewaktu kita sedang masak kari ayam, Fuad dan Fairuz masuk dapur. Fuad minta Amie lebihkan kuah kari, tapi mesti pekat. Fairuz pula minta lebihkan kentang.
03 Oktober - Sabtu - Fuad terbang dari LD ke Kota Kinabalu dan sambung terbang dari Kota Kinabalu ke Senai. Pesannya kepada Fairuz : Sekarang giliran Fairuz urus baba sebab sudah seminggu Fuad bercuti.
![]() |
| Kari Ayam |
![]() |
| Encik Suami di atas kerusi roda semasa di Kota Kinabalu Airport. |
![]() |
| Encik Suami di HUKM. |






8 comments
Semoga dipermudahkan segala urusan suami kak amie dan Fuad. InsyaAllah
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan rawatan encik suami kak Amie. Abang ipar & abang Cie pun ada masalah jantung. Abang terima rawatan di HTAA Kuantan, abang ipar di IJN KL.
BalasPadamSemoga en suami cepat sembuhnya.
BalasPadamNak peluk kak Amie 🤗🤗🤗🤗. Ikut prihatin saya membaca nya. Terasa juga sedihnya kakak karena encik suami masih dalam pengobatan. Saya ikut doakan yang terbaik ya kak. Semoga encik suami pulih kembali.
BalasPadamTapi betul2 terharu sangat karena anak2 saling support dan membantu. Apalagi firdaus pun dah besar juga, dan bisa membantu pekerjaan di rumah 🥹🥹
Semoga kuat Kak Amie 🤲🏻
BalasPadamWalaupun seribu kesusahan, keletihan tapi Sy lihat anak⁴ Kak Amie semuanya pandai ambil peranan dan berbakti. Semuanya hasil didikan mommy dan Babah yg hebat.
DOA kami agar babah diberi syifaa dan dipermudahkan urusan sekeluarga 🤲🏻
sabarlah amie ujianNya moga en suami mndpt rawatan terbaik n segera pulih sediakala alhamdulillah anak2 soleh sedia di sisi membantu
BalasPadamSemoga suami Amie cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
BalasPadamMoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan perubatan suami Kak Amie di HUKM. Take care ya Kak Amie dan Firdaus. Alhamdulillah anak2 semuanya saling bertanggungjawab.
BalasPadam