Ikan Jebong Bakar
10:05 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi cerita awal September - dari Kuala Lumpur ke Tawau - menaiki pesawat Batik Air. Encik Suami dan Firdaus sudah sedia menanti kepulangan Amie di Tawau Airport. Lebih kurang pukul satu tengah hari, kami tinggalkan lapangan terbang menuju LD. Di tengah perjalanan kami singgah makan tengah hari di Warung Senduk Jebat daerah Kunak.
Kami memilih seekor ikan jebong dan dua ekor sotong. Seperti biasa, ikan jebong itu kami minta bakar, seekor sotong juga dibakar dan seekor sotong lagi digoreng salut tepung.
![]() |
| Ikan Jebong Bakar |
![]() |
| Ikan Jebong @ Ikan Ayam |
Gambar di atas merupakan ikan jebong yang Amie ambil dari entri lama. Nama lain bagi ikan jebong ini ialah ikan ayam. Entah kenapa dipanggil ikan ayam. Mungkin hatinya seperti hati ayam kot! Ikan jebong ini berkulit keras. Isinya putih.
![]() |
| Sotong Bakar |
![]() |
| Walaupun sotong bakar sudah bersalut sambal, tetapi tetap juga disertakan sambal pencicah yang lain. |
![]() |
| Sotong Goreng Salut Tepung |
Sotong Goreng Salut Tepung ini sedap diratah sahaja. Menu ini memang Firdaus sentiasa cari kalau makan di Warung Senduk Jebat.
Di Warung Senduk Jebat banyak pilihan lauk dan sayur, tetapi setiap kali makan di sini kami memang selalu ambil menu yang sama.... ahaks! Mesti ambil kerabu mangga dan ulam-ulaman. Memang sedap betul gandingan ikan bakar, sotong dan kerabu mangga.
![]() |
| Ulam-ulaman berupa jantung pisang, tomato ceri, petai dan timun. |
![]() |
| Singgang kepala ikan pilihan Encik Suami. |
![]() |
| Bismillah. |
Firdaus suka sangat meratah ikan jebong bakar!
![]() |
| Ikan Jebong Bakar |
![]() |
| Air Kelapa Muda |
Cuaca sangat panas ketika itu. Kami minum air kelapa muda.












17 comments
Saya makan sotong juga hari tu dekat kedai seafood silap masak 1 lauk je, patut try cara masakan lain hehe.
BalasPadamMesti besar sotong tu, banyak jugak bila masing² di masak dua jenis masakan. Ikan ayam dekat sini tak sama rupa dengan ikan jebong tu.
BalasPadamSukanya saya dengan sotong goreng air kelapa hihi
BalasPadamSelalu ikan ni kami masak kari/sambal ikan.Sedap ye jika dibakar.Kena cuba ni nanti.
BalasPadamIkan itu kami sebutnya ikan kambing-kambing kak 😄😄. Saya pun tak paham kenapa disebut ikan kambing2. Tapi tak banyak resto seafood yang jual, sebab ikan ini dibatasi. TK boleh ditangkap terlalu banyak
BalasPadamAduuuuuh menu2 lainnya nampak menggugah selera semua kak 😍😍😍. Kerabu tuh dah terbayang cocok dimakan dengan lauk seafood
Pertama kali dengar nama ikan jebong ni Kak Amie. Terliur tengok jantung pisang rebus tu. Sedapnya!
BalasPadamCantik warna corak ikan tu. Tak pernah tengok.
BalasPadamSedap-sedap semua menunya.
BalasPadamSaya pernah makan ikan ayam di kampung Johor, rupanya seakan sama tapi tak ada bintik kuning tu. Panggil ikan ayam sebab isi ikan rasa macam isi ayam.
BalasPadamIkan jebong tu biasa dana panggil ikan ayam. Mak kata sebab rasa dagingnya macam ayam. Tpi memang sedap ikan ni kak. Lama tak makan,
BalasPadamSA x pernah makan ikan ni tapi pernah nampak kat pasar la...nanti nak cuba la..
BalasPadamSedap² semua.. pernah nampak ikan ayam di Econsave.. boleh try ni.
BalasPadamIkan jebong memang sedap dibakar. Kalau ke kedai ikan bakar, hubby akan cari ikan jebong dulu.
BalasPadamJebong? Mula-mula baca Jebon... hehehe
BalasPadamsebut ikan ayam baru tau walaupon takpernah rasa. orang kata isinya rasa mcm ayam..
BalasPadampernah nampak ikan ni kat pasar. jebong namanya.. saya pun mcm uncle gedek, terbaca ikan jebon :p
BalasPadamNgences tenguk menu semuanya
BalasPadam