Ibis Style Sepang KLIA
10:13 PGBismillahirrahmanirrahim.
Sabtu - 5 September 2026 - Abang Farid hantar kita ke Ibis Style Sepang KLIA. Bukan setakat hantar, tapi temankan bermalam di situ bersama Aseeyah dan Hamzah. Selepas solat subuh, Abang Farid hantar Amie ke KLIA1 untuk penerbangan ke Tawau menaiki pesawat Batik Air.
Memandangkan Amie keluar awal pagi, jadi Abang Farid akan kembali semula ke hotel. Kata Aseeyah, sewaktu Amie hendak tinggalkan bilik penginapan Hamzah mesti dibangunkan. Katanya takut nanti Hamzah tercari-cari waktu bangun tidur.
![]() |
| Google - Kedudukan Ibis Style Sepang KLIA dekat dengan KLIA1. |
![]() |
| Ibis Style Sepang KLIA |
Pada mulanya Abang Farid hendak tempah Sama-Sama Hotel tetapi pada ketika itu harga naik setinggi kayangan untuk satu malam mencecah RM1149.00 jadi Amie cadangkan carilah hotel lain yang tidak jauh dari KLIA1. Akhirnya dapatlah tempat bilik penginapan di Ibis Style Sepang KLIA dengan harga RM426.00 termasuk sarapan.
![]() |
| Welcome Drink |
![]() |
| Bilik-bilik hotel terletak di paras bawah. |
![]() |
| Lorong mrnuju kr bilik penginapan kami - 3025. |
Hamzah dengan patung harimau dan beruang. Dia pilih sendiri di LOTUS. Tok Mi tukang bayar.
Susun atur di dalambilik agak berbeza berbanding tempat penginapan lain yang pernah kami datanagi sebelum ini. Barangkali untuk menjimatkan ruang, dalam barisan yang sama terletak meja bulat dan kerusi, mini peti sejuk dan di atasnya tersedia aiir minuman serta gelas dan juga penapis air. Di sebelahnya lagi bersambung dengan meja sinki.
![]() |
| Kelengkapan mandian disediakan di bahagian luar dekat sinki. |
![]() |
| Sinki di bahagian luar bilik air. |
![]() |
| Di bawah meja sinki, ada sterika dan papannya sekali. |
![]() |
| Pemandangan di kolam renang ketika senja menjelma. |
Abang Farid ajak makan di tempat kegemarannya. Ke mana lagi kalau bukan di nando's KLIA2.





















0 comments