Sambal Siram Minyak Panas Air Tangan Firdaus
8:48 PGBismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi, hari ini Sabtu ada aktiviti kokurikulum di ladang. Sekarang waktu rehat selama setengah jam, peralihan waktu dari aktiviti sukan dan permainan ke aktiviti kelab dan persatuan pukul sembilan pagi nanti.
Ini cerita hari Isnin baru-baru ini, sebelum Encik Suami masuk wad. Firdaus sudah pandai buat Sambal Siram Minyak Panas sendiri. Cuma, perlu ditambah dan kurangkan perasa sahaja supaya seimbang. Lama-lama nanti mahirlah dia sebab rajin sangat buat, boleh dikatakan setiap hari!
| Sambal Siram Air Panas |
| Hidangan Makan Malam |
| Ikan Belanak Panggang Garam Kunyit |
| Masak Lemak Betik |
Masak Lemak Betik ini Amie tumis udang kering, bawang putih dan bawang merah tumbuk. Tambahkan serai untuk aroma lebih segar. Kemudian Amie bubuh isi udang segar. Betiknya itu Amie beli siap disagat. Sampai dapur, hanya masak sahaja.
| Sambal Siram Minyak Panas |
Cantik pula hasil kejadian Sambal Siram Air Tangan Firdaus. Selepas ini kalau hendak makan sambal, bolehlah Firdaus sediakan sendiri.
7 comments
Uihhh.. nampak pun sedap dan elok kejadiannya.
BalasPadamMeh pinjam tangan Daus sat..
Pandainya Firdaus masak
BalasPadamRajinn pula tu
Terbaiklah Firdaus! Sikit lagi Mommy tak payah monitor dah, Daus dah expert dah buat sambil kegemarannya ni
BalasPadamPeberet daus ni udah pandai buat sendiri. Camtu buat Hari2 le Firdaus.
BalasPadamTerliur juga nak buat sambal siram minyak ni.
BalasPadamHebat Daus!
BalasPadamKalau hari2, buat... boleh kalahkan mama dia ni....
Eh, nampak sedap sangat ni, Daus!
BalasPadam