Tiga Sekawan di Atas Pinggan
6:46 PTGHari ini balik lewat petang sebab menghadiri mesyuarat.
Perut tidaklah rasa lapar sangat sebab penuh dengan air, minum kopi, minum teh lemon dan minum air kosong. Tapi rasa sedikit kembung... ahaks!
Singgah di Jin Hua, beli buah, sayur, biskut dan macam-macam lagi. Keluar dari Jin Hua, melencong ke Garden Hut Bakery. Beli roti dan tart.
| Tiga Sekawan Berbeza Rasa |
Yang pertama, Portuguese Egg Tart atau Pastel de Nata. Kulit pastrinya berlapis-lapis, rangup dan sedikit berderai apabila digigit. Inti kastardnya lembut dan berkrim, manakala permukaannya mempunyai tompok-tompok perang akibat dibakar pada suhu tinggi. Ada rasa telur dan susu yang berpadu dengan kemanisan kastard.
Yang kedua pula dijual sebagai Egg Tart. Walaupun rupanya mempunyai permukaan yang agak perang dan berkilat seperti tart brûlée, kulit tartnya lebih tebal dan rangup, sementara inti telurnya lembut, licin dan manis. Permukaan yang sedikit karamelnya memberikan rasa bakar yang menarik.
Yang ketiga pula ialah Brûlée Cheese Tart. Inilah yang paling berbeza. Intinya lebih berkrim dan mempunyai rasa keju yang tersendiri. Apabila bertemu dengan kulit tart yang rangup serta permukaan manis yang sedikit karamelnya, rasanya menjadi gabungan manis, lemak dan sedikit masin daripada keju.
Kalau diperhatikan, ketiga-tiganya sama-sama mempunyai kulit pastri dan inti yang lembut, tetapi setiap satunya mempunyai identiti sendiri.
| Lemon Madu Pahit Manis Dr. Bazrul |
15 comments
Memang Kak Amie betul² peminat egg tart.. ada beza rupanya.. kalau saya semua egg tart😅
BalasPadamhihih..sama la kita kak..
PadamSuka semuanya tiga sekawan ni. Portuguese Egg Tart senang kenal sebab kulitnya yang berlapis-lapis tu. Kena tadah pinggan atau beralas tu nanti bersepah berderai kulitnya bila gigit. Asal ada gambar makanan, pasti boleh jadi modal cerita dalam blog.
BalasPadamCie yang lapar tengok egg tart kak amie ni.
BalasPadamSemua saya suka, paling suka Brulee.. saya habis kan ya kak Amie 😅😅
BalasPadamNak semua Kak Amie, tunggu saya datang 😁
BalasPadamCantik pastry tepi tu, x kembang...saya suka pastry mcm ni kalo makan egg tart...
BalasPadamMinum petang layan aneka egg tart & cheese tart Garden Hut Bakery memang mantap! Terus hilang kembung perut, kan? Antara tiga tart tu, mana satu paling rasa nak repeat?
BalasPadamlama tak makan egg tart ni
BalasPadamsedapnya 3 sekawan tu, lama rasanya tak makan heheheh
BalasPadamLemon madu memangg kesukaan panas2 legaa rasa kan
BalasPadamAduhaiiiiii amie ni buat orang nak terjah cottage bakers je. Saya pun hentam egg tart je walaupun rasanya berbeza.
BalasPadamTART TIGA SEKAWAN RASA BERBEZA SEMUA NAMPAK SEDAP
BalasPadamsedap pekena tiga sekawan ni petang2.. hehe
BalasPadamJemput singgah yer..
BalasPadamTETAP MAMA DI HATI