Pages

▼

Isnin, 10 Ogos 2026

Tiga Sekawan di Atas Pinggan

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini balik lewat petang sebab menghadiri mesyuarat.
Perut tidaklah rasa lapar sangat sebab penuh dengan air, minum kopi, minum teh lemon dan minum air kosong. Tapi rasa sedikit kembung... ahaks!

Singgah di Jin Hua, beli buah, sayur, biskut dan macam-macam lagi. Keluar dari Jin Hua, melencong ke Garden Hut Bakery. Beli roti dan tart.

Sambil masak nasi sambil minum petang. Susun tiga sekawan di atas pinggan. Ada  Portuguese Egg Tart, Egg Tart dan Brûlée Cheese Tart. Rupanya hampir bersaudara, tetapi masing-masing mempunyai rasa yang berbeza. Sekilas pandang, semuanya kelihatan seperti tart telur biasa. 

Tiga Sekawan Berbeza Rasa

Yang pertama, Portuguese Egg Tart atau Pastel de Nata. Kulit pastrinya berlapis-lapis, rangup dan sedikit berderai apabila digigit. Inti kastardnya lembut dan berkrim, manakala permukaannya mempunyai tompok-tompok perang akibat dibakar pada suhu tinggi. Ada rasa telur dan susu yang berpadu dengan kemanisan kastard.

Yang kedua pula dijual sebagai Egg Tart. Walaupun rupanya mempunyai permukaan yang agak perang dan berkilat seperti tart brûlée,  kulit tartnya lebih tebal dan rangup, sementara inti telurnya lembut, licin dan manis. Permukaan yang sedikit karamelnya memberikan rasa bakar yang menarik.

Yang ketiga pula ialah Brûlée Cheese Tart. Inilah yang paling berbeza. Intinya lebih berkrim dan mempunyai rasa keju yang tersendiri. Apabila bertemu dengan kulit tart yang rangup serta permukaan manis yang sedikit karamelnya, rasanya menjadi gabungan manis, lemak dan sedikit masin daripada keju.


Kalau diperhatikan, ketiga-tiganya sama-sama mempunyai kulit pastri dan inti yang lembut, tetapi setiap satunya mempunyai identiti sendiri.

Lemon Madu Pahit Manis Dr. Bazrul

Jemput minum petang, makan mana-mana tart yang disukai sambil hirup Lemon Madu Pahit Manis Dr. Bazrul.

Eh, renung-renung tart boleh jadi cerita pula. Terus dibuat entri!

20 ulasan:

  1. Memang Kak Amie betul² peminat egg tart.. ada beza rupanya.. kalau saya semua egg tart😅

    BalasPadam
  2. Suka semuanya tiga sekawan ni. Portuguese Egg Tart senang kenal sebab kulitnya yang berlapis-lapis tu. Kena tadah pinggan atau beralas tu nanti bersepah berderai kulitnya bila gigit. Asal ada gambar makanan, pasti boleh jadi modal cerita dalam blog.

    BalasPadam
  3. Cie yang lapar tengok egg tart kak amie ni.

    BalasPadam
  4. Semua saya suka, paling suka Brulee.. saya habis kan ya kak Amie 😅😅

    BalasPadam
  5. Nak semua Kak Amie, tunggu saya datang 😁

    BalasPadam
  6. Cantik pastry tepi tu, x kembang...saya suka pastry mcm ni kalo makan egg tart...

    BalasPadam
  7. Minum petang layan aneka egg tart & cheese tart Garden Hut Bakery memang mantap! Terus hilang kembung perut, kan? Antara tiga tart tu, mana satu paling rasa nak repeat?

    BalasPadam
  8. sedapnya 3 sekawan tu, lama rasanya tak makan heheheh

    BalasPadam
  9. Lemon madu memangg kesukaan panas2 legaa rasa kan

    BalasPadam
  10. Aduhaiiiiii amie ni buat orang nak terjah cottage bakers je. Saya pun hentam egg tart je walaupun rasanya berbeza.

    BalasPadam
  11. TART TIGA SEKAWAN RASA BERBEZA SEMUA NAMPAK SEDAP

    BalasPadam
  12. sedap pekena tiga sekawan ni petang2.. hehe

    BalasPadam
  13. Saya suka egg tart yg biasa tu.

    BalasPadam
  14. Isssh, saya pun sukaaa kalau Macam2 varian beginiii 😍😍.pasti langsung pesan semua rasa, utk tahu mana yg terpaling sedap 😁. Egg tart memang favorit. Apalagi jadi teman utk kopi😍

    BalasPadam
  15. Saya pernah hunting egg tart dekat bakeri di Kluang. Saja rasa apa yg special. Memang banyak jenis

    BalasPadam
  16. Settled 3 bulan program nanti SA nak beli egg tart la...dapnyaaa lama x makan

    BalasPadam
  17. Suka sangat dessert ni tapi lama betul tak jumpa

    BalasPadam