Sayur Bening Kudup Bunga Lili Membawa Pulang Kenangan
7:50 PGAda hidangan yang kita makan kerana lapar, tetapi ada juga hidangan yang kita makan kerana rindu. Masakan kelmarin untuk tengah hari merangkap malam sederhana sahaja iaitu sayur campur kudup bunga lili, ditemani ikan tenggiri bakar pandan, air asam cili picit dan lidah goreng cili hijau, cili merah serta cili putih. Namun, di sebalik hidangan yang terhidang, ada satu rasa yang membawa diri ini jauh ke zaman kanak-kanak.
Kudup bunga lili sering mengingatkan Amie kepada sayur bening yang selalu dimasak dahulu. Ketika itu, tidak perlu banyak bahan untuk menghasilkan hidangan yang begitu menyelerakan. Kudup bunga lili dimasak bening bersama suhun dan fucuk, ikan bilis, sedikit bawang dan perasa yang sederhana. Kuahnya jernih, ringan dan segar, tetapi rasanya begitu dekat dengan hati.
Entah mengapa, apabila menikmati kudup bunga lili hari ini, terbayang pula suasana makan bersama keluarga ketika kecil. Hidangan mungkin tidak semewah sekarang, tetapi selera itu cukup bahagia. Sayur Bening Kudup Bunga Lili ini Amie tambahkan putik jagung, kentang, cendawan shiitake, lobak merah dan suhun. Rasanya sudah sedikit berbeza daripada sayur bening yang Amie kenal sejak kecil, Namun sayur bening air tangan Bonda yang dulu tetap menawan selera mendapat tempat di hati sehingga kini!
Ikan tenggiri yang dibakar berbalut pandan pula memberikan aroma harum yang menyatu dengan nasi panas. Air Asam Cili Picit menjadi pelengkap, sementara lidah yang digoreng bersama cili hijau, cili merah dan cili putih memberikan sengatan pedas yang membuatkan setiap suapan begitu menyelerakan.
| Sayur Bening Bunga Kudup Lili |
| Ikan Tenggiri Bakar Daun Pandan |
| Air Asam Cili Picit |
| Lidah Lembu Goreng Cili |
6 comments
Ye, mengingatkan kepada zaman kanak-kanak saya juga kak Amie. Rindu sekali. Rindu masakan arwah mak. Selain ikan goreng berkari, teringin nak tiruvasi juga kak Amie bakar ikan balut daun pisang. Mesti sedap. Firdaus dah pandai makan pedas-pedas. Kenalah tu dengan selera dia suka makan ikan goreng.
BalasPadamdah lama betul x makan cili picit nih.. teringat dulu masa kecik-kecik mak pernah buat
BalasPadamkudup bunga lili, tak pernah pula linda makan kak
BalasPadamdana suka masak tumis bunga kincam ni dengan kulat hitam tu sedapnya kak.... tapi lama dah tak masak gitu
BalasPadamoh kudup bunga lily ke dalam bahasa melayu? arwah mama dulu sebut kim chiam. tp yg beli dikedai tu takdelah nampak kelopaknya...biasanya kurus melidi je
BalasPadamKudup bunga lily pernah makan...kakak saya masak lontong...rasa dia kenyal2 bila kunyah...
BalasPadam