Pages

Rabu, 12 Ogos 2026

Sayur Bening Kudup Bunga Lili Membawa Pulang Kenangan

Bismillahirrahmanirrahim.

Ada hidangan yang kita makan kerana lapar, tetapi ada juga hidangan yang kita makan kerana rinduMasakan kelmarin untuk tengah hari merangkap malam sederhana sahaja iaitu sayur campur kudup bunga lili, ditemani ikan tenggiri bakar pandan, air asam cili picit dan lidah goreng cili hijau, cili merah serta cili putihNamun, di sebalik hidangan yang terhidang, ada satu rasa yang membawa diri ini jauh ke zaman kanak-kanak.

Ada lebihan kudup bunga lili kering. Kalau minggu lepas masak lemak dengan petola, kali ini masak bening pula. 

Kudup bunga lili sering mengingatkan Amie kepada sayur bening yang selalu dimasak dahulu. Ketika itu, tidak perlu banyak bahan untuk menghasilkan hidangan yang begitu menyelerakan. Kudup bunga lili dimasak bening bersama suhun dan fucuk, ikan bilis, sedikit bawang dan perasa yang sederhana. Kuahnya jernih, ringan dan segar, tetapi rasanya begitu dekat dengan hati.

Entah mengapa, apabila menikmati kudup bunga lili hari ini, terbayang pula suasana makan bersama keluarga ketika kecil. Hidangan mungkin tidak semewah sekarang, tetapi selera itu cukup bahagia. Sayur Bening Kudup Bunga Lili ini Amie tambahkan putik jagung, kentang, cendawan shiitake, lobak merah dan suhun. Rasanya sudah sedikit berbeza daripada sayur bening yang Amie kenal sejak kecil,  Namun sayur bening air tangan Bonda yang dulu tetap menawan selera mendapat tempat di hati sehingga kini!


Ikan tenggiri yang dibakar berbalut pandan pula memberikan aroma harum yang menyatu dengan nasi panas. Air Asam Cili Picit menjadi pelengkap, sementara lidah yang digoreng bersama cili hijau, cili merah dan cili putih memberikan sengatan pedas yang membuatkan setiap suapan begitu menyelerakan.

Sayur Bening Bunga Kudup Lili

Semangkuk kudup bunga lili seolah-olah membuka kembali sebuah pintu kecil menuju zaman kanak-kanak, ketika sayur bening dihidang bersama nasi panas sudah cukup untuk membuat hati terasa senang.

Ikan Tenggiri Bakar Daun Pandan

Air Asam Cili Picit

Firdaus suka pula dengan Air Asam Cili Picit. Bujang kecil ini memang cukup berselera makan kalau ada yang pedas-pedas.

Lidah Lembu Goreng Cili

Begitulah makanan, tiada sempadan rasa dan mampu mengembalikan nostalgia masa lampau. Kadang-kadang yang kita rindukan bukan sekadar rasanya, tetapi suasana yang pernah hadir bersama rasa itu.

5 ulasan:

  1. Ye, mengingatkan kepada zaman kanak-kanak saya juga kak Amie. Rindu sekali. Rindu masakan arwah mak. Selain ikan goreng berkari, teringin nak tiruvasi juga kak Amie bakar ikan balut daun pisang. Mesti sedap. Firdaus dah pandai makan pedas-pedas. Kenalah tu dengan selera dia suka makan ikan goreng.

    BalasPadam
  2. dah lama betul x makan cili picit nih.. teringat dulu masa kecik-kecik mak pernah buat

    BalasPadam
  3. kudup bunga lili, tak pernah pula linda makan kak

    BalasPadam
  4. dana suka masak tumis bunga kincam ni dengan kulat hitam tu sedapnya kak.... tapi lama dah tak masak gitu

    BalasPadam
  5. oh kudup bunga lily ke dalam bahasa melayu? arwah mama dulu sebut kim chiam. tp yg beli dikedai tu takdelah nampak kelopaknya...biasanya kurus melidi je

    BalasPadam