Kepulangan Yang Tidak Ternilai
5:19 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Beberapa hari sebelum Bonda masuk Hospital UiTM Puncak Alam, Wak Aton telefon kita. Katanya Bonda tanya, cuti sekolah nanti Amie balik tak? Amie kata tak dapat balik sebab terpaksa laksanakan tugas Program Perkampungan Ilmu SPM. Wak Aton kata, malam-malam Bonda tanya. Mungkin Bonda rindu.
Setahun dua kebelakangan ini memang agak sukar hendak bercakap dengan Bonda kerana masalah pendengaran beliau. Kadang-kadang sewaktu pendengarannya jelas, dapatlah kami berbual di telefon. Akan tetapi selalunya pendengaran Bonda kurang jelas.
Selepas Bonda keluar dari hospital, Wak Aton bertanya lagi. Balik tak cuti sekolah nanti? Bonda tanya lagi katanya. Amie termenung,
Amie tidak mahu meninggalkan tanggungjawab di ladang, tetapi hati terlalu ingin pulang melihat Bonda. Bukan mudah untuk mendapat pelepasan dari pihak pengurusan ladang lebih-lebih lagi untuk program SPM. Maka Amie buat apa yang termampu. Perlahan-lahan Amie sediakan modul untuk pengisian program. Amie juga sediakan segala peralatan program yang diperlukan mengikut perancangan.
Siang dan malam Amie berdoa:
Ya Allah, bukakanlah jalan untuk aku pulang walaupun sekejap.
Seminggu sebelum cuti bermula Amie beritahu pentadbir tentang hasrat untuk pulang menziarahi Bonda. Amie beritahu, seboleh-bolehnya Amie akan sampai ke LD sebelum tarikh Program Perkampungan Ilmu dilaksanakan. Amie juga jelaskan, semua bahan persediaan termasuk modul untuk calon SPM dan segala peralatan berbengkel sudah Amie sediakan.
Tidak disangka, kerana semua persediaan sudah lengkap Amie tunjukkan ada di atas meja, Amie dibenarkan bercuti sepanjang program dengan syarat ada ahli panitia yang boleh ambil alih tempat Amie.
Siapa yang akan mengambil alih tugas Amie? Rupanya Allah hadirkan seorang sahabat yang sudi membantu iaitu Jusna yang sanggup menjalankan sepenuhya program bagi mata pelajaran di bawah panitia Amie.
Lebih menyentuh, Jusna sendiri mempunyai program panitianya pada hari sebelumnya. Maknanya dia juga mempunyai tanggungjawab dan tentu sudah penat dengan urusan sendiri. Namun dia tetap bersedia mengambil alih tugas Amie. Syukur Alhamdulillah, rakan penoreh dari sesi petang juga turut sudi membantu. Terima kasih Razimah dan Fatmah!
Itulah jenis pertolongan yang mungkin nampak kecil kepada orang lain, tetapi sangat besar nilainya kepada Amie yang sedang berhajat pulang menemui Bonda. Dengan kata lain, mereka adik-adik penoreh Amie yang membantu membuka ruang untuk Amie pulang menemui Bonda.
Jusna, terima kasih banyak-banyak sebab sudi ambil alih tugas kakak. Kakak tahu awak sendiri baru selesai menguruskan program panitia awak sehari sebelumnya, tentu penat. Tetapi awak tetap membantu kakak tanpa banyak soal. Kalau bukan kerana kesudian awak, tentu hati kakak masih berat hendak pulang. Kakak sangat bersyukur Allah hadirkan awak ketika kakak benar-benar memerlukan bantuan. Jasa awak kepada kakak akan kakak ingat selalu.
Setelah yakin dapat cuti penuh, Amie minta Abang Farid uruskan tiket kapal terbang. Kalau boleh terbang dari LD - KK - KL. Pada mulanya Abang Farid kata harga tiket pergi balik lebih RM4K!. Dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada waktu malam, paling murah sahaja mencecah RM1700+++ sehala.
Benarlah, apa yang diuar-uarkan selama ini kenaikan harga tiket mencecah 200%!
Kemudian Abang Farid cuba cari tiket dari Tawau ke Kuala Lumpur. Pada mulanya dia bandingkan harga AirAsia dengan Batik Air. AirAsia mencecah RM900+++ sehala belum termasuk bagasi dan lain-lain. Itu pun terbang pada waktu malam. Terakhir, Abang Farid dapat harga RM1700+++ melalui penerbangan Batik Air. Tak apalah, Amie kena gerak ke Tawau melalui jalan darat.
Allah ya Allah...
Tiket yang pada mulanya lebih RM4,000 berjaya Amie dapatkan dengan harga yang lebih rendah. Urusan di ladang yang Amie khuatirkan pula dipermudahkan. Satu demi satu jalan terbuka. Rupanya rezeki Amie bukan sekadar tiket kapal terbang yang lebih murah. Rezeki Amie ialah masa bersama Bonda. Masa yang Amie sendiri tidak tahu berapa lama lagi Allah akan pinjamkan kepada Amie.
Tiket yang pada mulanya lebih RM4,000 berjaya Amie dapatkan dengan harga yang lebih rendah. Urusan di ladang yang Amie khuatirkan pula dipermudahkan. Satu demi satu jalan terbuka. Rupanya rezeki Amie bukan sekadar tiket kapal terbang yang lebih murah. Rezeki Amie ialah masa bersama Bonda. Masa yang Amie sendiri tidak tahu berapa lama lagi Allah akan pinjamkan kepada Amie.
Allah tidak mengangkat semua kesulitan sekaligus. Allah membuka jalan, satu demi satu. Amie hanya mampu ucapkan Alhamdulillah ya Allah.
Terima kasih kerana memberi kesempatan pulang. Terima kasih kerana memberi masa bersama Bonda. Terima kasih kerana menggerakkan begitu banyak hati untuk memudahkan perjalanan Amie. Dan terima kasih kerana menyedarkan diri ini bahawa ada perjalanan yang mahal tambangnya, tetapi terlalu berharga untuk ditukar dengan apa-apa pun.
Amie pulang bukan kerana tambangnya murah.
Amie pulang kerana masa bersama Bonda tidak ternilai harganya.
23 comments
Alhamdulilah.. allah maha mengetahui pengorbanan kak amie. Rasa lega bila dapat bersama bonda kan. Betul ntah berapa lama lagi la dpt bersama kan.
BalasPadamSemoga bonda kak amie sentiasa sihat selalu. Dan semoga urusan kak amie dipermudahlan lagi selepas ini
Aamiin ya Allah. Terima kasih doanya.
PadamSaya langsung convert ke IDR jumlahnya, dan kaget... RM4000++ itu sama dengan harga tiket ke Beijing pas natal Desember nanti 😅😅. Kenapa bisa semahal itu dari KK ke KL ya kak? Apa karena pesan mendadak?
BalasPadamApa-apapun , Alhamdulillah kakak dapat setengah harganya, dan banyak teman2 yg membantu tugas yaa. Rezeki sangat dikelilingi oleh orang2 baik. Semoga bunda pun semakin sehat dengan kedatangan kak Amie
Memang harga tiket di sini lebih tinggi dari tiket ke oversea.
PadamTerima kasih doanya.
PadamAlhamdulillah Allah permudahkan urusan amie Di L D. Semuga terubat kerinduan bunda Dan amie dapat bersua muka. Memang bunda dah rindu sangat tu bila Di sebut selalu.
BalasPadamBetul. Kita tak tahu beban hati yang dipikul selama ini.
PadamMenitik airmata Sy Kak Amie, faham akan rindu dan keresahan bila bonda asyik bertanyakan kita. In Sha Allah segala pengorbanan Kak Amie dan kawan2 yg sudi membantu juga akan berolah ganjaran dan gantian yg lebih baik dari Allah SWT. Selamat menikmati hari2 indah bersama bonda tersayang.
BalasPadamAlhamdulillah. Saya hanta mampu mengucap syukur. Semyanya adalah rezeki Allah.
PadamMoga Bonda amie sentiasa sihat selalu..
BalasPadamIkhlas dan tanggungjawan walau mahal macam mana pun harganya tapi tak semahal moment yang akan kita cipta bersama Bonda tersayang.. nikmatilah!
Ya, duit boleh dicari tapi peluang bertemu itu yang tidak ternilai.
PadamAllah memudahkan urusan kak Amie asbab nak balik ziarah bonda tercinta. Alhamdulillah.
BalasPadamAlhamdulillah. Syukur seribu syukur.
PadamSebak membaca perkongsian Kak Amie kali ini. Syukur Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan dan hadirkan rakan-rakan sekerja yang begitu berhati mulia untuk bantu ambil alih tugas. Betul Kak Amie, masa dan peluang bersama Bonda memang tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit. Semoga Bonda sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan Kak Amie sekeluarga dapat menikmati momen yang indah ini sepenuhnya...
BalasPadamTerima kasih doanya. Betul, semuanya rezeki Allah, kesihatan, masa dan kawan-kawan yang memahami.
PadamAlhamdulillah Allah hadirkan orang baik-baik di sekeliling akak.. semoga urusan mereka selepas ini pun dipermudahkan jugak... selagi orang tua ada, baliklah kan kak? mahal atau murah tiketnya tak apalah, jgn jd penyesalan di kemudian harinya kelak... kch-KL pun mahal jugak sebulan 2 ni.. dpd ke KL baik terus fly ke jakarta ibaratnya krn tambang yg mahal
BalasPadamMenitik airmata baca tulisan akak hari ini, kalau kita dah berusaha, berdoa insyallah Allah akan bantu kita kan kak. Lagi lah kita nak bersama dengan orang tersayang kita yang masih lagi tak berapa sihat. Seronok akak dikelilingi kawan-kawan yang sangat baik dan memahami akak.
BalasPadamAlhamdulillah. Allah permudahkan. Dibukanya jalan satu persatu. Semuanya rezeki.
PadamSy percaya, kebaikan yg Kak Amie terima adalah atas kebaikan yg pernah Kak Amie lakukan pada insan lain. Sesungguhnya Allah jua yg menggerakkan hati² manusia. Semoga kepulangan Kak Amie dapat mengubati rindu hati bonda.
BalasPadamAlhamdulillah. Apabila rasa sudah tidak mampu, setelah berusaha kita bertawakkal. La hawla wala quwwata illa billah.
Padamalhamdulillah Allah permudahkan urusan amie bertemu bonda tercinta walau banyak cabarannya
BalasPadamAlhamdulillah. Semuanya rezeki Allah.
PadamAlhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan Kak Amie untuk menyantuni bonda.
BalasPadam