Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
10:00 PTGbabBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini kita hendak layan selera sendiri : Makan nasi dengan Ikan Cencaru Sumbat Kelapa. Kita memang dari dulu suka makan Ikan Cencaru Sumbat Kelapa. Cukuplah lauk satu ini saja makan dengan nasi. Kalau dapat sambal kelapa gaul dengan nasi putih pun sudah enak banget!
Di LD, susah hendak dapat ikan cencaru saiz sederhana kecil. Biasanya yang dijual bersaiz besar. Petang tadi singgah di pasar, dan seperti dijangkakan memang tidak ada ikan cencaru yang kecil comel. Belilah seekor yang paling kecil di antara yang bersaiz besar. Itu pun sudah mencecah 700 gram seekor. Amie suka ikan cencaru yang boleh muat dalam kuali kalau digoreng atau dipanggang.
Tidak mengapalah. Dapat saiz besar pun boleh juga disumbat sambal kelapa. Yang penting sambal kelapa itu yang sempurna rasanya.
| Ikan Cencaru Sumbat Kelapa |
| Hidangan Tengah Hari / Malam |
| Ikan Cencaru Sumbat Kelapa |
Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa ini Amie panggang dalam kuali ajaib. Letak menyerong supaya masak rata. Itu pun ekornya terkeluar juga dari kuali. Apabila sudah masak dan dibuka bahagian dalamnya yang penuh sambal kelapa, lupa lauk-pauk lain sebab aroma sambal kelapa semerbak menggoda!
| Singgang Ikan Batu |
Pada mulanya mungkin Encik Suami sangka Amie akan goreng ikan, jadi dia minta Amie masakkan singgang ikan batu untuknya.
Entah bila hendak ikut jejak Encik Suami, banyak makan lauk rebus setiap hari. Beratnya sudah mencecah 57 kilogram berbanding 79 kilogram sewaktu sakit beberapa bulan lalu. Bacaan gulanya pun cantik, 5.2 sahaja. Tekanan darahnya pun bertambah baik. Harapnya nanti jantungnya juga semakin sihat.
| Sambal Goreng Jawa |
Seperti biasa, kumpulkan lebihan bahan-bahan sayur. Dapatlah sedikit tempe, tauhu, kacang panjang, putik jagung dan lobak. Tambahkan udang sebagai perencah. Tak nampak pula suhun dalam gambar sebab tertutup di bawah bahan lain. Fairuz kata, kenapa sikit sangat bubuh suhun? Suka pula bujang satu ini makan sayur begini.
Eh, tiba-tiba terasa macam masak Sambal Goreng Jawa pula!
| Sup Kambing |
Untuk Fairuz dan Firdaus pula Amie masakkan Sup Kambing. Sekali lagi minta jasa baik slow cooker untuk renihkan kepingan daging kambing. Amie makan dua tiga ketul daging kambing, selebihnya habis dimakan oleh Fairuz dan Firdaus.
| Nasi Putih |
Amie kongsikan gambar dan resipi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa dari entri lama di bawah ini. Pada Amie ada beza ikan cencaru saiz besar dan kecil. Ikan cencaru saiz lebih kecil rasanya lebih manis... ahaks!
| Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Kegemaranku! |
Resipi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
Bahan-bahan:
- 1-2 ekor ikan cencaru - bersihkan dan belah bahagian belakang
- 1 cawan kelapa parut
- 1/2 biji cili merah - buang biji
- 3 biji cili padi hijau
- 1 helai daun kunyit muda - hiris halus
- 1 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris halus
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1/2 sudu kecil belacan
- 1/2 sudu kecil pati asam jawa
- 1 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah
- garam / gula / perasa pilihan
- Tumbuk cili merah, serai, belacan, bawang putih dan bawang merah hingga lumat.
- Masukkan kelapa parut, serbuk kunyit, asam jawa, garam / gula / perasa pilihan dalam lesung dan tumbuk lagi tetapi jangan sampai kelapa parut hancur.
- Seterusnya masukkan hirisan daun kunyit dan gaul sebati.
- Isikan sambal kelapa melalui belakang ikan cencaru.
- Panggang atau goreng ikan cencaru sumbat hingga masak.
17 comments
Melihat cara masaknya saya langsung ingat ikan bakar di daerah sumatera. Rata2 dimasak dengan santan dan kelapa. Sehingga rasanya guriiih sangat 😍😍👍. Saya memang sukaaa ikan bakar yg dimasak dengan bumbu begini kak.
BalasPadamIkan cencaru ini ikan tongkol mungkin yaa kalau di sini. Mirip soalnya
Ikan cencaru bukan keluarga tongkol. Ada tang panggil ikan jaket sebab kulitnta keras. Kalau di Sabah, ada yang memanggilnya ikan kubal-kubal.
PadamSaya pernah makan ikan cencaru sumbat kelapa ini di kedai di Bota, Perak. Cuma beza ikannya digoreng. Itu pertama kali saya jumpa ikan sumbat kelapa. Selalunya, dari arwah mak saya, ikan cencaru sumbat sambal cili. Tapi dua-dua sedap, bagi saya. 😋
BalasPadamMemang sedaplah cencaru sumbat kan Nur. Saya lebih suka panggang saja berbanding goreng sebab kalau digoreng takut terburai kelapanya masuk dalam minyak gorengan.
Padambesar ikan cencaru di sini ya sumbat sekor bakar cukup lauk utk semua
BalasPadamBetul Kak PI. Boleh makan sekeluarga.
PadamAduhai Kak Amie, tengok gambar ikan cencaru sumbat kelapa tu terus terasa lapar! Betul kak, kalau sambal kelapanya cukup rasa, makan dengan nasi panas-panas memang tak cari lauk lain dah. Terima kasih kongsi resipi, nanti boleh cuba buat sendiri di rumah. Dari 79kg turun ke 57kg dan bacaan gula pun cantik (5.2), memang satu pencapaian yang hebat! Betul kak, pemakanan sangat memainkan peranan. Moga beliau terus sihat dan jantung pun semakin kuat
BalasPadamAmin ya Allah. Mudah-mudahan dapat keputusan peneriksaan jantung seperti yang diharapkan.
PadamSy pun suka cencaru kecik² banding dgn yg besar² tu. Lauk ni kesukaan arwah bonda saya Kak Amie. Kelapanya tu gaul² dgn nasi aduh sedapnya!
BalasPadamRamai juga peminat cencaru sumbat samval kelapa ye PH.
PadamMeriah lauk kak.
BalasPadamBetul.. kalau jaga makan dah minum berat badan, bacaan gula dan tekanan darah bertambah baik. Asben saya pun sama kak, bacaan gula dah cantik. Ni saya soh makan lebih supaya berat badan naik sket.
Saya pun suruh Encik Suami makan lebih supaya tidak terlampau kurus.
PadamEat clean..memang akan terjaga la kesihatan kita..semoga terus sihat buat suami kak Amie..berat yang turun tu kita suka..
BalasPadamSaya pun suka Ikan cencaru 🩷 Makanan diet tu sedap juga ya. Bolehlah jadikan contoh. Nak diet juga tapi suka makan.
BalasPadamKalau datang blog kak amie ni mesti la terliur tengok semua menu. Sedap betul ni.
BalasPadamsedap semua menu akak, lama betul dana tak buat cencaru sumbat, sejak dah makin malas masak ni
BalasPadamArwah tok pernah buat dulu2 ikan cencaru sumbat dengan sambal kelapa. Kalau lah Kak Amie sebelah rumah syoknya.
BalasPadam