Cerita Hari Rabu
7:45 PTGKebetulan pula KOT diadakan sebaik sahaja selesai Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik. Para penoreh bertungkus-lumus melatih anak-anak getah di padang selain menyiapkan kerja-kerja menanda kertas. Pada hari Isnin lepas, sewaktu diadakan perhimpunan para penoreh turut membawa kertas untuk ditanda. Pendek kata, di mana ada peluang, di situlah para penoreh isi dengan sebaiknya tidak kira siang atau pun malam. Tarikh pengisian markah ditetapkan pada 23 Mei 2026 dan 24 Mei 2026 guru kelas wajib menulis ulasan.
Nak buat macamana? Mana boleh tunggu tamat KOT baru menanda kertas. Masa tidak menunggu! Kami bukan menanda jawapan objektif tapi jawapan struktur dan esei. Semua perkataan perlu dibaca dan ditanda.
| Terima kasih yang membidik gambar candid Jusna & Amie - AI |
| Carrot Slice & Iced Caramel Latte |
| Makan bertiga di Secret Recipe |
Oleh kerana gambar makanan yang diambil nampak jelek akibat cahaya kelam-kelam di SR, jadi Amie minta tolong ChatGPT susun semula makanan kami iaitu:
- Vietnamese Beef Noodle Soup
- Spicy Seafood Medley Pasta
- Country Fried Chicken
- Seafood Spring Roll
- Carrot Slice
- Iced Caramel Latte
| Hokkaido Baked Cheese Tart |
Amie tahu cara untuk mengurangkan stres yang baik, tetapi tindakan spontan itu tidak dapat dihalang. Amie minum tiga gelas air mata kucing dan makan dua biji cheese tart! Kadang-kadang makan sedikit makanan kegemaran itu tidak salah, asalkan seimbang dan tidak dijadikan satu-satunya cara mengatasi stres.
Walaupun stres tapi rasa seronok melihat kotak Hokkaido Baked Cheese Tart berisi enam biji tart pelbagai jenis yang dibawa pulang:
- Egg Tart Brulee
- Cheese Tart Chocolate
- Cheese Tart Duriah
- Cheese Tart Ori
- Cheese Tart Salted Caramel
- Cheese Tart Cookies & Cream
| Infografik 3D Hokkaido Baked Cheese Tart |
Jadi, siapa suruh turunkan arahan pada 20 Mei 2026 sebelah petang pula, dan suruh siapkan sebelum 20 Mei 2026. Maaf! Walaupun diri ini Saya Yang Menjalankan Amanah tetapi bukan robot untuk kayan kerja gila!
3 comments
Semua orang dah cekap guna ai ni.... Jadi je!
BalasPadamAlhamdulillah, selesai menanda terus ada hidangan istemewa kan..terbaik..teruskan usaha ya Cikgu..Selamat hari guru Amie's
BalasPadamdah tiba masa pelajar diuji .UPSA
BalasPadam