Lobster Masak Lemak Tempoyak
9:41 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi setelah dua hari membawa diri nun jauh ke Tambisan, sebuah perkampungan nelayan di Daerah Lahad Datu yang menghadap Laut Sulu. Dari segi geografinya Tambisan terletak nun paling timur di Malaysia. Sudah tentu perjalanan ke sana memakan masa dan sangat mencabar. Walaupun masih dalam Daerah Lahad Datu, tetapi lokasinya sangatlah jauh. Hal ini kerana keluasan Daerah Lahad Datu itu sama besarnya dengan ukuran negeri Selangor!
Dalam entri lain Amie akan kongsikan perjalanan kami ke daerah yang masih mengekalkan alam semulajadinya ini.
Entri kali ini Amie paparkan menu Lobster Masak Lemak Tempoyak sahaja.
| Lobster Masak Lemak Tempoyak |
Video di tempat peliharaan lobster.
Kami menginap selama satu malam di Rumah Rakit Tambisan. Dalam perjalanan pulang menaiki bot ke pantai, kami singgah di tempat peliharaan lobster. Menurut penjual lobster di situ, mereka tidak menternak lobster sebaliknya lobster yang ditangkap akan diletakkan dalam bakul dan dimasukkan dalam kolam yang berjaring. Biasanya peraih lobster akan datang untuk membeli di situ.
Harga yang ditawarkan adalah mengikut jenis, saiz dan berat. Lobster berat 300 gram seekor dijual dengan harga RM100.00 sekilogram dan berat melebihi 500 gram seekor berharga RM150.00 sekilogram. Ada juga mengikut jenis dengan harga RM130.00 sekilogram.
Amie beli empat ekor berat 1400 gram, berharga RM140.00. Sampai rumah lobster masih hidup. Tak sampai hati hendak terus dimasak, Amie masukkan dalam freezer. Bermalamlah lobster dalam freezer sehingga keesokan harinya. Hari ini Encik Suami genap puasa enam. Jadi bolehlah masak lobster untuk juadah berbuka puasa.
Cantiklah pula rupa kulit lobster ini.
| Lobster yang sudah dibelah - nampak warna isinya yang berbeza mengikut kulit. |
Amie masak lemak tempoyak. Oleh kerana tidak ada daun kunyit, Amie gantikan dengan nanas dan daun kaduk sahaja. Resipinya di bawah ini:
Bahan-bahan:
1 cawan santan pekat
1 cawan hirisan nanas
10 tangkai pucuk daun kaduk
1 keping asam gelugor - kalau dah cukup rasa masam tempoyak dan nanas, tak bubuh pun tak apa
2 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugor - kalau dah cukup rasa masam tempoyak dan nanas, tak bubuh pun tak apa
2 batang serai - diketuk
2 cawan air
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
20 tangkai cili padi hijau / merah - ikut sukalah nak banyak atau sedikit - ikut kepedasan yang dikehendaki
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
4 sudu besar tempoyak
4 cm kunyit hidup
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
20 tangkai cili padi hijau / merah - ikut sukalah nak banyak atau sedikit - ikut kepedasan yang dikehendaki
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
4 sudu besar tempoyak
4 cm kunyit hidup
Cara memasak:
1. Masukkan bahan kisar, serai, nanas dan tiga cawan air ke dalam periuk.
2. Setelah mendidih dan nanas layu, masukkan lobster diikuti dengan santan pekat.
3. Taburkan garam dan perasa pilihan.
4. Masukkan pucuk daun kaduk.
5. Kacau sehingga kuah mendidih dan pucuk daun kaduk berubah warna.
6. Padamkan api dapur.
21 comments
Nampak sedap tu. Tak pernah masak lobster.
BalasPadamWah menarik betul menu Akk hari ni... Nampak fresh lobster tu, mesti manis isinya
BalasPadamWah... lobster masak lemak tempoyak. Mesti sedap ni. Tak pernah lagi merasa makan lobster.
BalasPadamcantik lobster nak masak makan pun sayang mahai pulak tu
BalasPadamCantik lah lobster tu.. kalerful.
BalasPadamMesti sedap tu masak tempoyak🤤🤤
Fuyoooo untungle enche Majid berbuka lauk lobster. Seekor je dah beratus. Tenguk video amie bestnya. Buat apa pi hujung peta tu
BalasPadamFirst time dengar orang masak tempoyak ni!
BalasPadamYa Allah terliur dibuatnya.. Lobster masak lemak... Kayangan sungguh huhuhuu.. 4 ekor tu RM140 not bad.. kalau kat sini mmg tak dpt la kot huhuu..
BalasPadamWahhhh, tak sangka lobster boleh masak tempoyak jugak. Mesti sedap tapi kalau dekat rumah sy tak dapat kelulusan kot nak masak tempoyak ni, hihihi.
BalasPadamNampak isinya sangat penuh dan padat gitu kak.../ special betul la menu cukup puasa 6 suami akak
BalasPadammalam2 ini saya jadi pengen makan lobster
BalasPadamOmg kak Amie , nikmat sangat nampak nyaaaaa 😍😍😍😍. Walaupun saya masih lebih suka udang daripada lobster, tapi kalau dimasak tempoyak lain cerita. Sebab rasanya jadi lebih rich kan. Tak lah hambar sangat daging si lobster.
BalasPadamwah...menu kayangan ni kak...specialnya menu berbuka habis puasa 6....
BalasPadamSedapnya lobster masak tempoyak. Belum pernah makan atau masak tapi pastinya sedap
BalasPadamlama tk mkn lobster..sedapnya
BalasPadammakanan orang ada-ada ni... tak mampu nak makan... hehehe
BalasPadamMinggu lalu anak balik bawa udang besar2..sedap pula sesekali makan udang besar besar ni..
BalasPadamWow, bukan kaleng2 resipi ni, lobster masak lemak tempoyak. Terliur pulak tengok presentation masakan ni 🤤
BalasPadamSedapnya lobster! Last makan masa pergi sabah. 140 utk 4 ekor tu kira okay jugaklah harganya
BalasPadamSedapnya lobster! Last makan masa pergi sabah. 140 utk 4 ekor tu kira okay jugaklah harganya
BalasPadamcantik pulak corak lobster ni dah macam corak batik pula kak… hehehe
BalasPadam