Cerita Hujung Minggu
7:21 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Semalam Encik Suami ajak brisk walk selepas solat subuh. Katanya pukul 5:20 pagi bolehlah gerak ke Taman Bandar LD. Mula-mula kita setuju, tetapi memikirkan hendak rehatkan badan setelah penuh aktiviti di ladang pada hari Sabtu dari pagi hingga ke petang, kita pun batalkan persetujuan.
Kononnya selepas Encik Suami selesai brisk walk, kami akan ke pasar tani. Jadi, kita pun bersiap sementara menunggu Encik Suami pulang ke rumah. Lama juga menunggu Encik Suami sampai, telefon pun tidak diangkat.
Sudah pukul tujuh pagi, dan entah berapa kali leher berpaling terjengok-jengok pintu pagar tapi tidak nampak bayang kereta atau Encik Suami. Kita pun jalan-jalan ke belakang rumah melihat-lihat kalau-kalau ada yang boleh dipetik.
Bawa masuk ke dapur:
- Cili padi putih
- Belimbing buluh
- Daun kemangi
- Limau Kasturi
- Tomato kampung
Berangan, tengah hari nanti hendak masak nasi, goreng ikan kerisi, masak sayur bening dan buat sambal kemangi.
Hampir 7:30, Encik Suami sampai. Katanya sewaktu brisk walk, dia tak bawa telefon. Itu sebab tak jawab panggilan. Kami terus pasar tani. Seperti biasa, selain membeli sayur dan buah-buahan, kami beli makanan untuk sarapan.
| Buras & Lauk |
Kami beli buras, dengan lauk ayam masak palekko dan ayam masak merah serta serondeng ikan. Saiz buras semakin mengecil pula! Tapi rasanya sedap berlemak. Beli dua jenis, buras nasi dan buras pulut.
| Serondeng Ikan |
| Ayam Masak Palekko |
| Ayam Masak Merah |
Selain buras, kami beli ubi rebus yang dilengkapi dengan kelapa parut. Beli juga Sambal Ikan Basung. Boleh makan dengan buras dan juga ubi rebus.
Tidak ketinggalan, beli kapurung, lada hijau sumbat, kaki ayam masak kicap dan juga mi goreng.
| Kapurung |
| Lada Hijau Sumbat |
| Kaki Ayam Masak Kicap |
Kaki ayam masak kicap ini ditambah cendawan hitam. Suka sangatlah dapat makan kaki ayam ini sebab lembut sangat, terlerai isi dari tulang. Tulangnya pun lembut boleh dikunyah-kunyah!
| Mi goreng dimakan bersama kaki ayam masak kicap dan lada hijau sumbat. Tambah sambal lada, tambahlah enaknya! |
| Beli sate ayam 15 cucuk. |
| Tapai Pulut Hitam |
Mata terpikat melihat tapai pulut hitam dan tapai pulut pandan. Beli sahajalah kedua-duanya. Nampak air tapai, aduussss....! Balik rumah terus masukkan dalam peti sejuk. Terbayang-bayang betapa sedapnya hirup air tapai pulut yang manis itu.
| Tapai Pulut Pandan |
| Roti Inti Ayam |
Petang tadi kami makan Roti Daging Diraja Cina dibeli panas-panas dari Chinese Muslim Food di Perdana Square. . Ada dua jenis, inti ayam dan inti daging. Roti inti ayam berharga RM6.50 dan inti daging berharga RM6.80.
| Roti Inti Daging |
Apa jadi angan-angan hendak masak nasi lauk ikan kerisi goreng, sayur bening dan sambal kemangi? Tak jadilah hendak masak hari ini sebab banyak beli makanan di pasar tani. Esoklah masak..... ahaks!
14 comments
Orang Sabah takde ke yang nak meniaga makanan macam ni kat sini... aishh.. macam² ada.
BalasPadamOo ada juga buras pulut.. ingatkan buras nasi je ada.
Ramai betul menu yang ditunjuk di pasar tani tu
BalasPadamNampak sesedap semuanya
Jarang tengok serundeng ikan merah cam tu... pedas eh?
BalasPadamMenu akak kat atas tu memang tidak familiar utk org Melaka mcm Cuya... Entah macam mana rasanya makanan sana yaaa hehe
BalasPadamHahahah simpan lagi apa yg sudah dipetik ya kak 😄.
BalasPadamSukaaaa liat burasnya.... Nampak rapi dibuat, dan tidak terlalu gemuk. Memang sedap dimakan dengan palekko. Tp saya biasa makan buras dengan COTO Makasar.
Hari ini saya juga beli tape kak. Tapi menyesal beli 1 cup. Ternyata maniiiiis hahahahaha. Kalau tau sedap, beli banyak 😄
tapai pulut hitam selalu buat bubur je tak pernah buat tapai. Nanti nak suruh kak nong tukar dari pulut biasa ke pulut hitam buat tapai.
BalasPadamSeronoknya kalau pergi pasar tani macam ni sedap=sedap semua yang amie beli apa lagi dengan kaki ayam masak hitam yang terlerai isinya.
BalasPadamKat sabah memang sentiasa jual buras ye malahan ada 2 jenis lagi nasi dan pulut. Wah sateyyyyy
BalasPadamAkhirnya cadangan masakan mula-mula sudah ke laut sebab pergi pasar tani je sudah macam-macam juadahnya.
BalasPadamMeriah betul hasil tangkapan Akk di pasar tani tu... Semuanya nampak sedap.
BalasPadamHasil tuaian tu slow² simpan dlm peti ais Kak :D
Teringin pulak tengok semua makanan sabah ni. Dapat tengok jela.
BalasPadamBila dah ke pasar memang memacam la dibelinya kan kak... seronok tengok hasil tangkapan akak. Kat sana tapai dia tak masukkan dalam bekas satu2 ye kak atau dalam daun pisang. Tak pernah jumpa tapai pandan dan tapai pulut hitam.
BalasPadammenarik betul menu2 sabah ni, teringin nak rasa kapurung. nampak yg jelly tu2 mcm ambuyat pula
BalasPadammeriahnya menu jamu selera
BalasPadam