Jerusalem : Kota Tua Yang Tidak Pernah Tua di Hati
11:02 PGSelepas melawat Masjid dan Makam Nabi Musa a.s, kami meneruskan perjalanan ke Jerusalem. Perjalanannya terasa begitu panjang dan sunyi. Kiri kanan jalan dipenuhi bukit-bukau yang gersang, berlapis-lapis tanah keperangan tanpa secalit kehijauan. Kawasan Padang Pasir Judea ini seakan tidak berpenghuni, hanya hamparan alam yang kaku dan ditemani langit luas yang membiru.
Sesekali, mata tertangkap lekuk-lekuk lembah yang sunyi, seolah menyimpan seribu kisah yang tidak terucap. Tiada deretan pokok, tiada rumah-rumah, hanya jalan yang membelah kesunyian. Angin yang bertiup dingin di musim sejuk menambah rasa hening, membuatkan hati jadi lebih sayu dan lebih banyak mendiamkan diri.
Dalam diam itu, terlintas bayangan perjalanan umat terdahulu, betapa bumi yang tandus ini pernah menjadi saksi ujian dan kesabaran. Perjalanan ini bukan sekadar berpindah dari satu tempat ke tempat lain, tetapi seolah membawa jiwa menyelami sejarah, mengajak hati merenung kebesaran dan kekuasaan Ilahi.
Pemandangan ini juga mengingatkan kita kepada perjalanan panjang Bani Israel suatu ketika dahulu, melalui kawasan yang mencabar, penuh ujian, tetapi sarat dengan sejarah dan ibrah.
- Nabi Ibrahim a.s.
Baginda dianggap antara tokoh awal yang mengangkat kesucian bumi ini. Walaupun lebih dikenali dengan kisah di Mekah, baginda juga pernah menetap dan berdakwah di kawasan Syam termasuk Jerusalem. Dari keturunan baginda lahir ramai nabi yang kemudian tinggal di Jerusalem. - Nabi Ishak a.s. & Nabi Yaakub a.s.
Nabi Ishak, (anak Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakub, cucu baginda menetap di kawasan ini. Nabi Yaakub dikenali sebagai Israel, dan dari keturunannya lahir Bani Israel, umat yang ramai nabi diutuskan di Jerusalem. - Nabi Daud a.s.
Baginda adalah raja dan nabi yang memerintah Jerusalem. Di zaman baginda, Jerusalem menjadi pusat pemerintahan dan ibadah. Baginda juga dikenali dengan suara merdu dan kitab Zabur. - Nabi Sulaiman a.s.
Nabi Sulaiman, anak Nabi Daud ini membina Masjid Al-Aqsa, dalam bentuk awalnya. Di bawah pemerintahannya, Jerusalem mencapai kemuncak kegemilangan. Baginda diberi kelebihan menguasai angin dan jin. - Nabi Zakaria a.s.
Baginda menjaga tempat ibadah di Masjid Al-Aqsa. Baginda juga menjaga Maryam, ibu Nabi Isa. Kisahnya banyak berkait dengan kehidupan di Jerusalem. - Nabi Yahya a.s. Baginda anak kepada Nabi Zakaria. Baginda berdakwah kepada Bani Israel di sekitar Jerusalem. Dikenali sebagai nabi yang sangat suci dan berakhlak tinggi.
- Nabi Isa a.s.
Baginda banyak berdakwah di Jerusalem dan sekitarnya. Banyak mukjizat berlaku di sini. Dalam kepercayaan Islam, baginda tidak disalib, tetapi diangkat oleh Allah. - Nabi Muhammad ﷺ.
Walaupun baginda tidak tinggal di Jerusalem, peristiwa besar berlaku di sini iaitu Isra’ dan Mikraj - Baginda dibawa dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa sebelum naik ke langit. Baginda menjadi imam kepada semua nabi di sana menunjukkan kedudukan istimewa Jerusalem.
| Bas putih ini setia membawa kami ke tempat-tempat lawatan sekitar Palestin. |
| Buat pertama kalinya Firdaus berada di negara musim sejuk. |
- Kubur IslamTanah ditimbus sederhana.
Ada batu nisan di kepala kadang tanpa nama besar, menghadap arah kiblat yang terdapat di sekitar kawasan perkuburan Muslim berhampiran Masjid Al-Aqsa - Kubur Yahudi seperti dalam gambar di atas.
Batu kotak menutup kubur, disusun rapat dan memenuhi bukit, ada tulisan Ibrani pada batu. Tidak ditanam dalam seperti kubur biasa dan lebih kepada struktur batu - Kubur Kristian selalunya ada salib. Ada yang berbentuk makam kecil atau ruang bawah tanah (crypt). Lebih hiasan berbanding kubur Islam.
| Jerusalem - Coffee View |
14 comments
Menarik jika dapat berkunjung ke sini ya sebab sejarah nabi. Dapat melihat sendiri tempatnya pasti meninggalkan memori yang cukup indah.
BalasPadamcatatan kembara menarik di bumi anbia sejarah dunia tua
BalasPadamBumi anbiyak penuh barakah dan sejarah
BalasPadamDari jauh nampak kubah kuning Masjid Al Aqsa yang pasti semua pun ingin menyaksikan dengan mata sendiri. Thanks for sharing Kak Amie bawa kami ke bumi penuh sejarah dan berkah ini.
BalasPadamSaya baca dari awal hingga akhir. Video pun saya tengok. Terserlah keterujaan Firdaus. Kuat angin ya, kak Amie. Masya-Allah, seronoknya, dapat tengok depan mata. Cantik view di Bukit Zaitun tu. 🥰
BalasPadamTerharu bisa ikut melihat tanah Jerusalem 😍❤️❤️. Saya jadi belajar lagi, ttg nabi2 yg sempat tinggal dan berdakwah di sana kak. Banyak juga ternyata yaaa.
BalasPadamDan dari tanah gersang, kemudian ketemu pepohonan hijau. Cantiiik sangat kotanya. Apalagi kalau bisa duduk di mount of olives. Melihat view di bawah memang senang hati.
Semoga suatu saat saya bisa juga ke Al Aqsa ❤️
Ikonik betul kubah kuning Masjid Al Aqsa tu... dari kejauhan dah boleh nampak.
BalasPadamMemang nampak tua pemandangan dari atas Bukit Zaitun tu. Uniknya tempat duduk batu bertingkat.
Unik kelihatan, sangat hebat..suasana mengasyikkan..maksud saya tempat ini berbatu2 unik struktur dan Masjid Al Aqsa tersergam berkubah..Ya Allah moga suatu masa dapat ke sini ..aamiin..
BalasPadamCantik betul pemandangan nya walaupun cuma gunung ganang yang nampak tandus...
BalasPadamTerima kasi, dpt refresh kisah2 nabi. Bumi Jerusalem ni sememangnya kiblat bagi seluruh agama.
BalasPadamMasjid al-aqsa yg sebenar tu kubah berwarna hitam kan?
cantik permandangan di sana rupanya...
BalasPadamPerrghhh seolah2 kawasan perkuburan tu dijaga rapi manakala kawasan yg kebanyakan penduduk P dibedil tanpa belas ehsan… al-aqsa dan kubah as-sakhra’… semoga kembali menjadi milik umat islam suatu hari nanti…
BalasPadamIman tidak lahir dari kesenangan, tetapi dari ujian. Iman juga tidak dapat diwarisi. Sedih melihat bumi yang dulu kini ditinggalkan ditakluk penjajah yg dengkikan Islam.
BalasPadamKat sini ambil masa lama x kak...pemandangan ni cantik betul
BalasPadam