Daftar Masuk Harmony City Hotel dan Perjalanan Menuju ke Masjidil Aqsa
8:27 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Lebih kurang pukul 3:15 petang kami daftar masuk di Harmony City Hotel. Menurut tour leader, tempat penginapan kami merupakan salah satu tempat yang hampir dengan Masjidil Aqsa. Alhamdulillah, memandangkan kami akan berada di sini selama tiga malam, hal ini akan memudahkan kami untuk menunaikan solat di masjid tersebut. Perjalanan dari hotel ke Masjidil Aqsa mengambil masa sekitar 20 minit.
Harmony City Hotel berada di luar Kota Lama (Old City Jerusalem) manakala Masjidil Aqsa pula terletak di dalam kawasan Kota Lama. Untuk sampai ke Masjidil Aqsa dari hotel perlu berjalan kaki sejauh 1 hingga 1.6 kilometer bergantung lorong yang dilalui. Biasanya perlu masuk melalui pintu seperti Bab al-Amud (Damascus Gate) atau Jaffa Gate, kemudian berjalan ke arah kompleks Al-Aqsa
| Firdaus di luar Harmony City Hotel. |
Pada mulanya kami sangka Harmony City Hotel hanya hotel bajet tetapi bukan! Tempat penginapan ini lebih kepada hotel kategori sederhana (mid-range). Harmony City Hotel ini menawarkan bilik selesa, kemudahan moden dan sarapan serta merupakan salah satu lokasi dekat tempat utama seperti Al-Aqsa & Old City (walking distance).
Dari segi harga untuk hotel bajet di Jerusalem biasanya di bawah USD100 (RM450.00) semalam, manakala hotel sederhana seperti Harmony City Hotel sekitar USD100 - USD200 semalam.
Apabila Amie rujuk Pak Google, katanya Harmony City Hotel Jerusalem ialah hotel 4 bintang. Maksud 4 bintang itu dinilai dari segi kemudahan lengkap seperti WiFi, lounge, sarapan, dan sebagainya. Kesimpulannya, bilik selesa dan moden, khidmat yang baik dan sederhana selesa.
| Satu bilik ada tiga katil single. |
Ramai pelancong memang perasan perkara ini, iaitu hotel 4 bintang di Palestin nampak lebih sederhana berbanding di negara kita. Ini bukan kerana tak cukup bagus, tetapi lebih kepada beberapa faktor penting umpamanya:
- Standard penarafan berbeza.
Sistem bintang bukan global sepenuhnya. Di negara kita, penarafan hotel dikawal ketat oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dengan standard fasiliti yang tinggi. Di Palestin, penarafan mungkin lebih fleksibel dan bergantung kepada pihak tempatan, jadi 4 bintang di sana tidak semestinya setara dengan 4 bintang di Malaysia. - Keadaan ekonomi dan politik.
Palestin berdepan situasi geopolitik yang kompleks. Pelaburan dalam sektor pelancongan tidak semewah negara seperti Malaysia. Banyak hotel beroperasi dengan bajet yang lebih terhad. - Fokus kepada fungsi, bukan kemewahan.
Hotel di Palestin lebih menekankan kebersihan, keselesaan asas dan lokasi strategik contohnya dekat Masjid Al-Aqsa. Berbanding di negara kita Malaysia, hotel di sana kurang fokus kepada dekorasi moden dan kemudahan mewah seperti spa besar atau kolam renang premium - Bangunan lama dan warisan sejarah.
Banyak hotel di kawasan seperti Jerusalem adalah bangunan lama, ada nilai sejarah tinggi, sukar diubahsuai secara besar-besaran, jadi nampak klasik atau sederhana - Jenis pelancong berbeza.
Ramai yang datang ke Palestin adalah pelancong keagamaan dan ziarah tempat suci. Jadi keutamaan mereka bukan hotel mewah, tetapi dekat tempat ibadah, selamat dan mudah akses.
Hotel 4 bintang di Palestin bukan kurang bagus, tetapi standardnya berbeza kerana faktor budaya, ekonomi dan tujuan pelancongan. Kalau dibandingkan secara terus dengan Malaysia dan negara lain yang industri pelancongannya sangat maju, memang akan nampak perbezaan.
Kalau diikutkan hati rasanya hendak terus masuk dalam selimut dan hangatkan diri di bawah suhu 15'C ketika itu. Namun kami dikehendaki berada di lobi sebelum pukul 4:20 petang. Hal ini kerana kami perlu berjalan menuju ke Masjidil Aqsa sebelum tiba waktu maghrib yang dijadualkan pada pukul 4:50 petang. Maghrib di sini 4:50 petang, bukan 5:50 petang atau 6:50 petang! Takut sudah baring atas katil, terlajak tidur pula! Waktu isya pula pukul 6:10!
Kami ditempatkan di Bilik 201, tingkat dua.
Ketika selak langsir, dapatlah melihat pemandangan di luar.
Di tepi tingkap hotel ada pokok lemon.
Seperti biasa, tidak sempat buka televisyen skrin rata! Masuk bilik hanya untuk bersihkan diri dan tidur sahaja,
Antara kemudahan asas yang disediakan termasuklah tuala, tisu, sterika, minuman dan juga sejadah dan juga senaskhah al-Quran.
Tuala yang disediakan berbau harum!
Bilik airnya pun selesa. Yang penting ada water heater!
Kelengkapan mandian tersusun rapi.
Kesemuanya berasaskan dead sea minerals.
Tepat 4:20 petang kami keluar dari hotel dan bergerak menuju ke Masjidil Aqsa. Ketika ini hujan turun renyai-renyai. Suhu yang sudah sedia sejuk bertambahlah sejuknya!
Mulakan langkah dengan menyebut nama Allah : Bismillahirrahmanirrahim.
Kami perlu berjalan melalui kaki lima hotel dan premis perniagaan dan seterusnya melewati lampu isyarat untuk sampai ke seberang jalan.
Pada perasaan kami pukul 4:20 petang itu masih siang, tetapi di sini sudah menghampiri senja!
Sewaktu menunggu lampu isyarat bertukar warna, mata sempat merenung Bab al-Amud (Bab al-‘Amud), juga dikenali sebagai Damascus Gate di Jerusalem di seberang jalan.. Pintu gerbang batu besar dengan reka bentuk kubu benteng ini kelihatan sangat kukuh. Bahagian atas berbentuk bertingkat seperti tembok pertahanan dan laluan masuk melengkung (arch) yang dalam.
Lampu isyarat masih merah, dan angin musim sejuk di Jerusalem menusuk hingga ke tulang. Nafas yang keluar kelihatan seperti asap halus di udara dingin senja itu. Namun dalam kesejukan yang menggigit itu, hati kami hangat dengan satu tujuan iaitu menuju ke Masjidil Aqsa.
Apabila lampu bertukar hijau, kami melangkah melintas jalan raya. Di hadapan kami berdiri pintu batu yang gah, Bab al-‘Amud, pintu yang telah menyaksikan perjalanan manusia sejak berabad lamanya. Dibina semula pada zaman Sultan Suleiman the Magnificent, namun asal-usulnya jauh lebih lama, sejak zaman Rom lagi. Betapa ramai manusia yang pernah melintasi pintu ini dan kini, giliran kami.
Langkah demi langkah mendekati pintu batu yang gah itu terasa seperti memasuki lembaran sejarah. Dindingnya yang tua dan kukuh seakan menjadi saksi perjalanan para nabi, ulama dan umat Islam sejak berabad lamanya. Di sinilah laluan manusia dari pelbagai pelosok dunia bersatu, membawa doa dan harapan yang sama.
Melangkah masuk melalui Bab al-Amud, kami seakan memasuki dunia yang berbeza. Lorong-lorong sempit diwarnai dengan gerai buah-buahan segar, cenderamata dan kain-kain berwarna-warni.
Jauh di sudut hati sempat membisikkan rasa syukur kepada-Nya kerana diberi kesempatan melepasi Bab al-Mud!
Udara dingin masih terasa, tetapi perjalanan ini semakin hangat dengan rasa teruja. Setiap lorong yang dilalui seperti membawa kami semakin dekat dengan Masjidil Aqsa. Di balik dinding batu yang tebal dan banyak lorong, entah di mana letaknya tempat suci kiblat pertama umat Islam itu!
Namun perjalanan ini tidak sunyi dari ujian.
Kami simpan baik-baik HP di dalam beg. Di sana-sini ada mata-mata yang sedang memerhatikan kami.
Kami simpan baik-baik HP di dalam beg. Di sana-sini ada mata-mata yang sedang memerhatikan kami.
Kami perlu berdepan dengan pemeriksaan tentera Isra. Pandangan mereka tajam, gerak geri kami diperhatikan. Semua beg kami diperiksa. Ada rasa debar di dada. Namun kami tetap berjalan tenang, menundukkan pandangan, sambil dalam hati tidak putus berdoa agar dipermudahkan. Teringat pesan tour leader : Buat-buat bodoh sahaja di depan tentera Isra tapi jangan nampakkan sangat bodoh itu!
Dalam dingin yang mencengkam, dalam suasana yang penuh berhati-hati, langkah tetap diteruskan dari lorong ke lorong!
33 comments
Jauh Daus berjalan kali ni....
BalasPadamTak syok juga kalau kita sentiasa diperhati 'mato-mato' kan?
Iyo Uncle.
PadamBerdebar baca catatan ini..baik2 saja kan..semoga dimudahkan urusan ke masjid Asqa..subahanallah..
BalasPadamAlhamdulillah. Semuanya dipermudahkan oleh-Nya.
Padamseronoknya berpeluang ke sana.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamWalaupun cuma hotel 4 bintang tapi tetap nampak cantik dan kemas hotelnya, jnji selesa dan bersih kan kak.
BalasPadamAlhamdulillah. Di sinilah kami menginap selama 3 malam.
PadamTerima kasih Kak Amie bawa kami bersama ke sana, melalui catatan yang menarik, sampaikan terasa juga debarannya tu
BalasPadamSama-sama kasih PH.
Padamberdebarnya baca entry ni, tak sabar nak tunggu sambungannya.
BalasPadammesti rasa syahdu je sepanjang 20 minit perjalanan nak ke masjid al-aqsa :')
Hotel 4 bintang kat sana tak boleh expect mewah mcm di tempat kita kan.. business kat sana pun struggle. Kesian tengok gap antara penduduk palestine dan negara haram tu
Ya, sepanjang jalan menuju Al Aqsa memang perasaan bercampur-aduk.
Padamawal sangat tu maghrib di sana...
BalasPadamYa, betul. Tak perasan matahari mula tenggelam.
PadamJD dapat knowledge baru saya . Selama ini saya pikir level bintang pada suatu hotel ditetapkan secara global, ternyata tidak yaaa. Memang nampak lebih sederhana hotel bintang 4 di sana. Tapi okelaah, saya maklum. Sebab kondisi negaranya pun berbeda. Lagipun kalau pelancong yg nak ibadah bisa menginap di hotel yg dekat dengan tempat ibadah, pastilah happy.
BalasPadamCuma masalah dengan tentara Isra.hell inilah yg buat berdebar 😫. Alhamdulillah semua aman dan lancar ya kak
Syukur, segalanya dipermudahkan. Dapat hotel dekat dengan Masjidil Aqsa pun sudah sangat bagus. Tidaklah terlalu jauh untuk ulang-alik ke masjid.
PadamSyukur, segalanya dipermudahkan. Dapat hotel dekat dengan Masjidil Aqsa pun sudah sangat bagus. Tidaklah terlalu jauh untuk ulang-alik ke masjid.
PadamKak kedai-kedai deretan bangunan tu kebanyakan milik warga P atau I? kalau milik warga P…aduhhh terasa sayunyaaaa… terbayangkan mereka terpaksa menghadap pelbagai kerenah dr bangsa pendatang….
BalasPadamMilik warga Palestin tapi terap di bawah kawalan jiran yang haram laknatullah itu.
PadamSy kagum dengan keberanian Kak Amie melawat ke Palestine ni. Terima kasih berkongsi pengalaman yang mendebarkan ni, Kak Amie.
BalasPadamTakut-talut berani sebenarnya SK. Apa pun pihak travel agen sentiasa waspada dan utamakan keselamatan para peserta.
PadamKalau rate hotel antaranta berdasarkan kebersihan.. betul lah tu sebab towel pun kelihatan putih bersih dan gebu.
BalasPadamYa, betul. Pengalan baru bagi kami untuk memahami standard hotel global.
Padamkagum, teruja... tahniah kak Amie,suami dn Firdaus..berjaya menziarahi bumi Palestin..
BalasPadamberdebar sungguh dengan tentera Israhell ni... geram pula kita bile mendengar.. memang sesuai la "ibarat melepaskan anjing tersepit"
Memang sangat sakit hati dengan bangsa dan negara haram yang satu ini.
PadamSeronoknya kak Amie 3 beranak dapat jejakkan kaki di bumi Palestin...kalau SA pun pasti akan teruja...
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamRezeki dengan izin-Nya jua.
Maa syaa Allah, belum lama saya selesaikan buku tentang Jerusalem. Semoga Allah mudahkan perjalanan kak Amie dan family
BalasPadamTahniah!
PadamMoga dipermudahkan urusan.
keseronokan yang tak dapat digambarkan apabila berpeluang menjejak kaki di bumi isra`.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamDengan izin-Nya jua.
Semoga ada rezeki dapat sampai ke Masjid Al-Aqsa jugak, bila Palestin bebas dari penjajah laknatullah tu.
BalasPadamAmin.
PadamSemoga Palestin segera bebas dari cengkaman penjajah laknatullah ini.