Semalam di LA Hotel
9:24 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Petang kelmarin, selesai makan di Secret Recipe, kami terus daftar masuk ke LA Hotel. Kali ini entah kali ke berapa kami menginap di sini.
| Sarapan di LA Hotel. |
Inilah Premier Deluxe Twin Room.
Seperti biasa, Firdaus yang merasmikan katil hotel.
Pemandangan dari tingkap bilik.
Firdaus masak air di dalam cerek elektrik. Amie bancuh minuman panas, Instant Crysanthemum. Sedap betul tegui minuman panas sambil menikmat lamb pie yang dibeli di Secret Recipe.
| Bismillah. |
Antara kemudahan yang disediakan di dalam bilik ini termasuklah sebiji bantal tambahan dan juga sterika.
Bilik airnya bersih.
Sarapan di dewan makan.
Ketika ini kurang selera untuk makan, tapi melihat ada bubur nasi kita ambil semangkuk kecil.
Rasa rugi pula melihat banyak makanan tapi tak mahu makan. Ambillah juga sedikit untuk rasa-rasa.
Kami duduk di tepi dewan. Walaupun masih awal pagi tetapi bahang panas matahari sudah terasa. Mengenangkan Encik Suami agak lesu sebab semalam muntah-muntah, jadi selepas sarapan kami masuk semula ke bilik untuk berehat.
Tidak lama kemudian Hamzah datang ke bilik kami.
Hai cucunda, sayang Tok Baba dan Tok Mi!
Rasa sekejap sangat datang ke LD.
Tak puas rasanya mendengar celotehnya dengan bahasa pelatnya!
Hai cucunda, sayang Tok Baba dan Tok Mi!
Rasa sekejap sangat datang ke LD.
Tak puas rasanya mendengar celotehnya dengan bahasa pelatnya!
| Encik Suami suruh Hamzah pilih sendiri mainan, dan dipilihnya orang utan! |
Sepatutnya Abang Farid terbang pukul 7 petang tapi penerbangan lewat pula. Pukul 9 tadi barulah dapat masuk pesawat. Semoga perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dipermudahkan.
11 comments
Alhamdulillah rezeki luangkan masa ngan anak2 dan cucu ye kak...
BalasPadamKatil Daus dah rasmi... Kafe dia dah rasmi?
BalasPadamhamzah minat orang hutan ye. seronok la dapat mainan baru.
BalasPadamNampak firdaus dah makin tinggi. Part nak berpisah dengan cucu lah yang sedihkan. Semuga Allah rezekikan jumpa hamzah selalu tahun ini. Sedih je enche majid nak berpisah dengan cucunya.
BalasPadamSelamat Hari Raya Kak Amie! Kita baru nak bw hari ni 🤭
BalasPadamDah lama tak bw, nampak Firdaus dah makin dewasa sekarang.
Alolo manja Hamzah dgn atoknya...
BalasPadamSukalah Hamzah dapat mainan.. tu nanti digotong sana sini.
BalasPadamMacam dah besar panjang betul ni, Firdaus, boleh muat satu katil terus. Pandai Hamzah pilih maskot negeri Sabah ya. Cantiklah header blog Kak Amie ni. Tempah atau buat sendiri, Kak Amie?
BalasPadamKesian suami akak nampak muka lesu sebab tak sihat tu kan... nanti raya haji ke jumpa Hamzah lagi tu kak?
BalasPadamBersih dan kemas hotel ni..terbaik..
BalasPadamRindu Tawau...
BalasPadamNampak Tok Baba bahagia bila cucunda ada disamping.Nampak susut benar En Majid...