Salad Campur Nanas dari Pokok Sendiri

2:57 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Awal pagi tadi kami hantar Fuad ke Lahad Datu Airport. Terbanglah dia dengan pesawat Air Borneo. Kemudian sambung  penerbangan dari Kota Kinabalu ke KLIA1 dengan pesawat Batik Air pula. Sebentar tadi sudah mendarat di KLIA1. Seterusnya Fuad akan memandu sendiri ke Desaru, Johor. Katanya, lebih kurang lima jam pemanduan. Hati-hati di jalan raya Fuad. Kalau penat, berhentilah rehat dahulu.

Setelah hantar Fuad ke Lahad Datu Airport pagi tadi, hati mula terasa sedikit kosong. Maklumlah, cuti rayanya sudah berakhir. Fairuz dari kelmarin lagi sudah mula kerja. Tinggallah Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah yang masih bersama kami di LD.

Kita menyibukkan diri membawa bakul ke belakang rumah. Hajatnya hendak ambil beberapa helai daun pandan untuk dimasak bersama air buang panas. Masuk semula ke dapur, bakul bukan sahaja berisi daun pandan tapi ada benda lain yang bertenggek!  Ada nanas masak di pokok. Alhamdulillah, tak ingat entah kali ke berapa nanas tanaman Encik Suami ini berbuah. Rasanya manis. Amie kupas buat campuran salad.

Salad Campur Nanas


Ketika berjalan menuju ke rimbunan pokok pandan, terpandang pula buah anggur di celah-celah daunnya yang hijau.


Hasil kutipan dari belakang rumah.


Cili Putih

Cili putih ini sentiasa mengeluarkan hasil. Ada masa nanti Amie hendak goreng ikan masin bubuh cili putih dan bawang besar goreng.

Salad Campur Nanas

Encik Suami mesti mencari dedaun salad dalam hidangannya baik waktu sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Alhamdulillah, kesihatannya bertambah baik dan mudah-mudahan semakin afiat.

Petang ini kami dapat dua jemputan majlis rumah terbuka raya.  Rumah pertama selepas asar dan rumah kedua selepas maghrib. Alhamdulillah.

5 comments

  1. anak- anak semua dah pulang ke sarang ye Kak Amie..sunyi rumah lepas tu..macam tu la SA masa raya pertama...adik2 decided pulang ke rumah mertua memasing...sunyi rumah...

    BalasPadam
  2. lepas raya je suasana jadi sunyi..
    cantik betul buah anggur tu. mesti crunchy!

    BalasPadam
  3. seronok kalau ade tanah kebun sendiri, banyak bole di tanam. nampak menarik dan cantik sangat salad tuh..

    BalasPadam
  4. Kembali sunyi la bila semua pulang ke sarang. Seronoknya banyak hasil tanaman tu. Dulu mak Cie selalu tanam cili putih tu. Pernah buat cili jeruk.

    BalasPadam
  5. Anggur hijau dari kebun sendiri itu rasanya bikin bahagia ya, Kak. Aku belum pernah bikin salad buah nanas nih, Kak. Btw, salam kenal dari saya Siti Faridah dari Kendal Indonesia.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe