Iftar 19 Ramadan 1447H - Cucur Udang Campur Jagung
9:14 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini balik lewat dari ladang sebab hadir mesyuarat. Dalam perjalanan pulang kita minta Encik Suami belikan kelapa muda. Cuaca panas akhir-akhir ini menyebabkan tekak menuntut minuman sejuk segar waktu berbuka. Melihat kita agak letih, Encik Suami kata tak perlulah masak banyak. Masak nasi saja dan panaskan baki lauk-pauk yang ada.
Menunggu nasi tanak, kita pun buat adunan Cucur Udang Campur Jagung. Ada udang saiz kecil yang sudah dikupas dan disimpan dalam peti sejuk. Jadi, kita hanya hiriskan bawang Holland, tambahkan satu tin jagung, sebiji telur dan sedikit tepung sekadar nak bagi bahan-bahan melekat sahaja. Udang saiz kecil tadi dicampur dalam adunan. Masukkan sedikit garam dan perasa. Tak perlu tambah serbuk penaik. Sewaktu menggoreng, kita jemput adunan kecil-kecil masuk kuali.
| Cucur Udang Campur Jagung |
Seperti biasa, Cucur Udang Campur Jagung ini memang hayatnya tidak lama di atas pinggan! Melihat Fairuz dan Firdaus berlumba-lumba mengambil cucur, terkenang Abang Farid dan Fuad nun di sana. Kesemuanya peminat Cucur Udang Campur Jagung, gorengan sederhana dari tangan kita.
Kita sudah pesan dengan Encik Suami, jangan lupa beli udang dan jagung. In syaa Allah, hari raya nanti bolehlah goreng Cucur udang Campur Jagung untuk sarapan atau minum petang. Rindu rasanya hendak melihat anak-anak berebut Cucur Udang Campur Jagung kegemaran mereka.
Ketika menjemput adunan, kita pastikan ada seekor udang di dalamnya. Biasanya kalau gunakan udang saiz besar, kita akan potong tiga hingga empat bahagian.
Untuk lauk nasi pula, selain panaskan baki rendang daging, Amie masak ikan salmon tambah capsicum merah dan kuning, cendawan shiitake dan kacang manis. Untuk menimbulkan rasa, Amie tuangkan sedikit sos tiram. Lauk yang ini Amie tidak ambil gambar pula! Sudah kedengaran azan baru terpandang lauk ini di tepi dapur.
Ada juga baki Sambal Siram Minyak Panas. Eh, sedap rasanya tau. Sebenarnya kelmarin Amie petik cili di belakang rumah. Melihat pelbagai warna dan segar pula, Amie pun tumbuk dengan sedikit belacan dan bawang merah. Kemudian Amie tambahkan kacang gajus dan perahkan jus limau kasturi, lalu sempurnakan rasa dengan garam, gula dan perasa.
Amie panaskan sedikit minyak dan kemudian tuangkan di atas sambal. Macam seronok pula mendengar minyak berdesir atas sambal.
| Air Kelapa Biji Selasih |
Inilah hasil kejadian air kelapa yang Encik Suami beli. Amie ambil tiga gelas masukkan dalam mangkuk dan tambah isi kelapa. Kemudian Amie masukkan biji selasih yang sudah direndam dengan air panas. Huurrmmmm.... sewaktu mencari biji selasih, terambil pula balang biji sawi. Mujurlah perasan itu bukan biji selasih..... ahaks! Seperti biasa, sambil menyelam minum air. Sambil menikmati air kelapa muda yang segar, masukkan juga beberapa hiris lemon untuk menikmati aromanya.
Salad campur untuk Encik Suami - warna-warni taman dalam pinggan.
28 comments
Warna warni cili padinya..seronok tengok..
BalasPadamYa, seronok petik di pokok sendiri. Cantik kan.
PadamTachut tenguk sambal tu
BalasPadamPasti pedas ya amat
Tak berapa pedas Wak. Bukan cili padi kampung kok.
PadamTak suka sangat cucur yang letak serbuk penaik. Meriahnya menu berbuka. Alhamdulillah.
BalasPadamSaya suka gunakan telur sahaja untuk adunan cucur, lebih lembut dan sedap.
PadamRumah ammi pun laju je kalau buat cucur jgung ni especially si bongsu yg memang peminat jagung
BalasPadamSedap kan Ammi.
PadamSaya pun kadang-kadang dapat dua tiga ketul jew. Yang lain biarlah anak-anak berebut makan.
kalau terbubuh biji sawi tu dalam air, entah apalah rasanya nanti
BalasPadamHahaaa... biji sawi tak kembang macam biji selasih.
PadamAaah segarnya melihat es kelapa selasih itu kak 🤩🤩🤩. Selama ramadhan ini saya memang LBH tergoda dengan minuman daripada makanan 😄.
BalasPadamBiji selasih kasi sejuk badan kan Fanny.
PadamAduh, hampir² terbubuh biji sawi ye Kak Amie hihi ...
BalasPadamItulah kalau dah warna hampir sama, saiz pun hampir sama tapi jarang digunakan. Keliru jadinya.
PadamWah sedap tu kak, tambah udang lagi la mantap
BalasPadamYa, betul Dana.
PadamMemang salah satu kudapan kegemaran anak-anak.
cucur jagung amie mmg sedao tu jadi kesukaan anak2
BalasPadamInilah salah satu antara yang anak-anak gemari.
PadamKena masuk jagung dalam tin eh kak baru sedap. Kalau guna jagung tongkol atau frozen tak sama ke kejadiannya.
BalasPadamPernah juga guna jagung tobgkol, tapi malas nak hiris. Jagung tin lebih manis.
PadamX pernah buat lagi cucur udang campur jagung..boleh cuba nanti ni...
BalasPadamSedap ni SA walaupun bahannya simpel jew.
PadamSedapnya cucur! 😋 Sambal tuang minyak panas tu mesti berasap masa makan. Hehe..
BalasPadamTak berapa pedas Nur sambalnya tu sebab bukan guna cili padi kampung.
PadamCucur jagung sedapnya Kak Amie. Air tu pun rasa sejuk je di tekak.
BalasPadamAlhamdulillah.
Padamni kalau buat berniaga RM10 pun org beli cucur ni kak ;-)
BalasPadamTak balik modal tu Anies😂
Padam