Iftar 18 Ramadan 1447H - Sup Gear Box
10:49 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tidak terasa masa berlalu begitu pantas. Tiba-tiba hari ini sudah masuk hari ke-18 kita berpuasa. Bermakna tinggal seminggu lebih sahaja lagi kita akan menyambut Aidil Fitri, in syaa Allah.
Fairuz hendak makan Sup Gear Box. Katanya hendak sedut sumsum lembu yang lembut dan berlemak dalam tulang sendiri kaki lembu. Amie renih seketul tulang gear box dalam slow cooker. Seperti biasa, selepas tekan butang slow Amie masuk bilik dan tidur. Biasanya tidur tidak lena apabila terbau aroma sup yang menerjah dari dapur sehingga masuk di celah pintu bilik!
Encik Suami tidak menjamah Sup Gear Box sebab sedang dalam proses diet makan. Itu sebabnya Amie selalu sediakan salad campur untuknya. Biasanya Encik Suami hanya makan nasi dengan sayur rebus, ayam atau ikan kukus sahaja.
Selain Sup Gear Box idaman Fairuz, Amie masak nasi dengan lauk:
- Ikan Tilapia Goreng
- Telur Masin
- Sayur Pucuk Paku & Taugeh Masak Lemak
- Sambal Siram Minyak Panas
| Nasi Putih |
| Sayur Lemak Pucuk Paku & Taugeh |
| Ikan Tilapia Goreng & Telur Masin |
| Sambal Siram Minyak Panas |
| Dumpling Kimchi |
| Jus Tembikai |
| Salad Campur |
Sewaktu hari pertama mendapat rawatan di hospital, berat Encik Suami 79 kg. Sekarang berat Encik Suami 59 kg setelah Amie jaga diet pemakanannya lebih kurang dua bulan. Petang tadi Encik Suami beli baju raya. Dari saiz XL pada tahun lepas, bertukar kepada saiz M!
Dengan penurunan berat badan, diet yang seimbang dan senaman yang konsisten diharapkan agar kesihatan Encik Suami bertambah baik.
38 comments
Aemuanya hebat..gril meletup ni Ami'e
BalasPadamTerima kasih saudara Etuza.
PadamWow tahniah banyak turun berat. Sedapnya menu semua. Selamat berpuasa!
BalasPadamAlhamdulillah. Dietnya menjadi hihihi.
Padamsedapnya sup gearbox biasa menu ni time aidiladha
BalasPadamTime tu ada daging korban, fresh kan.
PadamMenarik menu-menu kak amie.. Paling menggoda ikan goreng tu..
BalasPadamSedap bau goreng tu.
PadamBesar gabak betul sup gearbox tu kak, seronok la Fairuz menyedut sumsumnya tu ya. Geram tengok akak sentiasa ada dumpling akak buat sendiri ke? Salad tu pun sentiasa menggoda
BalasPadamDumpling readymade tu Dana.
PadamKena hidang salad lawa sikit supaya semua suka makan...hiks!
Semuga enche Majid cepat sihat. Banyak juga penurunan dalam 2 bulan. Tapi tu lah nampak amie sediakan salad je setiap hari. Kalau saya lah emm memang tak tahan le kalau makan salad hari2 sebab tu memang susah nak turun berat badan. Ahaksss. Nak kena ada rotan kut. hehehe
BalasPadamAlhamdulillah. Syukur tambah sihat. Memang kena pelbagaikan salad supaya tak jemu. Anak-anak pun suka makan salad.
PadamTengok sup gearbox tu fuhhhh....salad tu pun nampak menarik sangat.
BalasPadamAlhamdulillah. Kerja orang malas ni hihihiii...renih gear box dalam slow cooker lepas tu tinggalkan tidur.
Padamwahhh sup gear box! tiap kali tengok salad sis amie mmg meleleh air liur ehehe
BalasPadamSalad tu khas untyk diet Encik Suami, tapi semua ikut makan sekali.... ahaks!
PadamSemuanya sedap!
BalasPadamAlhamdulillah semoga suami Kak Amie sihat selalu
Amin ya Allah.
Padammenu buka menyelerakan gearbox mengancam
BalasPadamJemput Kak PI.
PadamSup fav sayaaaaa. Apalagi kalau bisa hirup sumsum nyaaa 😍😍😍.
BalasPadamAlhamdulillah, diet suami lancar ya kak. Syukurlah bisa turun banyak beratnya yaa. Tinggal dipertahankan saja
Sumsumnya itu sudah ditempah awal-awal oleh Fairuz hihihii.
PadamYa, untuk kekal maintain itu yang mungkin susah sedikit kan Fanny. Apa pun sekurang-kurang sudah turun ke berat yang ideal.
Uncle tertanya2 siapalah yang mula2 letak nama 'gear box' tu kan?
BalasPadamMesti peminat part kereta ni yang bagi nama gear box.
PadamSyukur, bertambah sihat. Kuat disiplin Encik Suami analkan diet pemakavan sihat.
BalasPadamSuka tengok food presentation kak amie ni. Boleh jadi sayang nak makan nampak macam hiasan je.
BalasPadamMakan Cie, jangan tak makan hahahaa.
PadamWahhhh banyaknya penurunan berat suami kak amie.
BalasPadamBila makanan2 itu dihasilkan olej org yg tepat, yg simple pun jadi luar biasa. Nasi yg biasa2 pun jadi lawa sbb ada sehelai daun hiasan kat atas tu. Bilalah ammi ni nak ada kerajinan mcm kak amie
Kelakarlah Ammi...hihihii biasa-biasa saja gambarnya.
Padamlama saya tak makan sup gearbox ni. tapi tak reti sangat sedut tulang sumsum tu. last2 ambil daging dan kuahnya je.
BalasPadamwahh banyaknya turun berat tu! berbaloi makan sihat dalam masa 2 bulan, 20kg turun :D
Boleh jew sedut guna straw besar, atau koreh dengan batang sudu nak bagi keluar sumsumnya.
PadamYa, Encik Suami sangat menjaga disiplin makan. Alhamdulillah, mudah-mudahan terus sihat.
Terus turun 2 saiz baju..
BalasPadammemang berbaloi-baloi diet En Majid. Dalam masa yang sama semua orang pun kena diet.
Tengok menunya yang rebus-rebus, kurang rasa memang kita pun terikut diet sebab hilang sedikit selera makan hihihi.
PadamWow kagumnya SA ...20kg hilang...kena tiru ni...SA nak kurangkan 13kg ni....lepas raya ni kena start makan salad balik ni....semalamPZ nak beli gear box lembu...nak buat sup..SA x bagi sebab nanti nak raya buat lagi kan....
BalasPadamBoleh SA turunkan lagi berat badan.
PadamKak Amie pun sudah berjaya turunkan 20 kg tapi memakan masa lama, sejak PKP.
Wah banyak turun beratnya Alhamdulillah moga terus sihat. Sup gearbox memang sedap kan makan dengan nasi atau cicah roti.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamMudah-mudahan sihat walafiat.
Banyak peminat sup gear box, boleh cecah roti.
sedapnyaaaa tilapia goreng...
BalasPadamwahhh byk jg tu turun berat...