Transit Sama-Sama Hotel KLIA1 - Menikmati Flavours & Inspirations Menu - TBG
3:04 PTGKononnya hendak berehat-rehat sahaja sehingga petang, kemudian jalan-jalan cari makan di KLIA2. Kedatangan Hamzah membuatkan kami terus celik mata. Kebetulan pula pihak hotel menawarkan minum petang di Sphere Lounge pada pukul 5 hingga 7 petang sempena Hari Krismas.
Abang Farid kata perutnya lapar. Memandangkan tidak sampai dua jam lagi ke pukul lima petang, jadi Amie suruh Abang Farid pilih menu dari katalog Flavours and Inspirations, pesan hantar ke bilik sahaja.
- Fajitas El Como Chicken
- Peach & Beef Speck Salad
- Sup Ekor Utara
- Nasi Goreng Kampung
| Makanan tersimpan di bahagian bawah troli sebelah kanan. |
| Air dan gelas di sebelah kiri. |
| Peach & Beef Speck Salad |
| Cured dried beef, walnut, pecan, mossarella, sliced sweet peach, kale, arugula, greens smoked cheese and balsamic vinaigrette. |
| Fajitas El Como Chicken |
| Fajitas grilled chicken, pineapple, red onion, chili flakes, green pepper, cheese, yogurt, cilantro and lime. |
| Nasi Goreng Kampunng |
| Nasi Goreng Kampung |
| Sup Ekor Utara |
Sup Ekor Utara dihidangkan bersama dua keping roti bakar saiz besar. Walaupun hujung roti terbakar hangus tetapi tidak menjejaskan keenakan Sup Ekor Utara. Memang sedap sangat apabila dicelup dalam sup!
| Sup Ekor Utara yang berlemak! |
31 comments
Macam2 makanan ada tu memang penuh la perut. Walaupun makan serba sedikit.
BalasPadamYa, makan sikit-sikit saja sekadar rasa-rasa.
PadamKalau Linda yang pertama kali ni, mau telefon balik kaunter..tanya makanannya dekat mana.. hihihi
BalasPadamBetul Linda, pada mulanya kami pun hendak buat begitu juga hihihiii.
PadamSemua sedap² la makanan yg dipesan oleh Abg Farid tu. Terliur tengok :)
BalasPadamMeriah makanan dekat open house tu ye. Tak pernah lagi jumpa open house gini time menginap di hotel. Belum rezeki kami agaknya :)
Kira berbaloilah juga menginap di hotel ini, dapat minum petang menu mewah.
PadamWaaaah makanan dari room service, sebanyak itu pesan, tp harga masih reasonable kak 😍😍😍👍, mengingat ini pun hotel bintang atas kan. Kebanyakan kalau di sini, utk bintang 4 ke atas, pasti mahal makanan dari room service.
BalasPadamMemang menarik lah kalau bisa stay di sini 😍😍. Harap2 kalau transit di KL lagi, saya nak stay di sini saja
Cubalah menginap di sini dik. Kadang-kadang boleh dapat diskaun lebih, bergantung rezeki juga kan. Kami puas hati.
PadamHebatnya sangat cantik dan ceria, suasana kreatif mengujakan..
BalasPadamAlhamdulillah. Nyaman bah.
PadamTentu hilang lapar Abg Farid bila makanan yg sampai sebanyak itu. Tak cukup dengan itu, ada lagi pulak minum petang. Burppp.. Alhamdulillah.
BalasPadamRezeki berganda ni SK.
PadamSup dia nampak sedap tapi satay tu lagi mengoda. Enche majid apa khabar amie. Sudah discharge dari wad.
BalasPadamDua cucuk jew satenya tu...sedap!
PadamYa, Encik Suami sudah discharge dari wad.
wah makanan bawa dlm gerobok mesti banyak tu
BalasPadamHahaaa... masih ada gerobok zaman digital ini kan Kak PI.
PadamOoh..makanannya di letak dalam peti gitu, biar kekal hangat dan bebas pencemaran. Bagusnya 👍🏽
BalasPadamRezeki dapat pulak join open house.
Baguskan cara penyajiannya itu Ujie.
PadamYa, rezeki dapat joint open haouse sampai tak muat perut hihihii.
Alamak, telan air liur pulak tgk semua menu yg diorder
BalasPadamNampak sedap ye?
PadamAlhamdulillah menu semua nya sedap2 Kak Amie. Drooling menengoknya.
BalasPadamAlhamdulillah, rezeki dapat menu sedap.
Padamlapar pulak baca entry ni malam2.. sedap2 sungguh semua makanannya
BalasPadamJemput Mazni.
PadamTerliur SA tengok makanan yang dihantar ke bilik tu kak..sup ekor utara tu sedapnya
BalasPadamBetul, Kak Amie pun rasa yang paling sedap sup ekor utara.
PadamKak Amie sehat kah? Encik suami dah kluar hospital? Lama kak Amie tak update, semoga encik suami dan kak Amie baik2 saja yaaa 🤗
BalasPadamAlhamdulillah. Kak Amie sihat, cuma letih sedikit. Banyak berehat, tidur awal selepas urus Encik Suami. Tak sempat update blog.
PadamWaduh sedap semuanya kak... lama jugak akak tak buat entri. Suami akak camne? dah makin sembuh ke?
BalasPadamSewaktu Encik Suami di hospital, Kak Amie agak penat. Banyak perkara kena urus sendiri. Tak sempat hendak tulis entri. Alhamdulillah, Encik Suami dalam proses penyembuhan. In syaa Allah.
PadamBikin ngences ni.
BalasPadamPuas nengok hidangan yang bermacam-macam.