Bermalam di Sama-Sama Hotel KLIA1 Sebelum Terbang ke Sharjah Airport
5:38 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Menulis dari Hospital LD. Ketika ini menemani Encik Suami di Wad 3A. Sebentar tadi Encik Suami dibawa ke tingkat bawah untuk scan jantung. Pada masa yang sama Amie sempat jamah bubur pedas Marry Brown sebagai hidangan tengah hari walaupun sudah agak terlewat, sudah pukul 4:00 petang. Memang lapar sangat sebab hanya sempat makan dua biji telur rebus dan sedikit bihun goreng waktu sarapan di kantin pagi tadi. Hari ini hari yang sangat sibuk di ladang kerana pembahagian BAP.
Terima kasih atas doa-doa rakan yang singgah di blog Amie. Semoga dengan doa kalian, Encik Suami akan beransur sembuh.
Menemani Encik Suami sambil sembang-sembang sampai tak tahu apa hendak dibualkan, hendak tidur tapi duduk di kerusi, tersengguk-sengguk pula.... ahaks! Baiklah keluarkan Mr Lappy, boleh menulis entri. Sementara menunggu proses scan jantung selesai, ketuk-ketuk keyboard dulu.
| Sama-Sama Hotel KLIA1 |
Catatan 25 Disember 2025 bersamaan hari Khamis.
Kami dikehendaki berkumpul di balai pelepasan pada pukul 6:15 pagi Jumaat, 26 Disember 2025 untuk berlepas ke Sharjah Airport. Untuk memudahkan urusan, kami bermalam di Sama-Sama Hotel KLIA1. Setelah memulangkan kereta yang kami sewa di Suria Rental Car, KLIA1 kami terus daftar masuk di Sama-Sama Hotel. Sepatutnya daftar selepas pukul tiga petang, tetapi apabila Abang Farid telefon, pihak hotel mengatakan datang sahajalah ke sana walaupun ketika itu belum pukul dua petang.
Kami dikehendaki berkumpul di balai pelepasan pada pukul 6:15 pagi Jumaat, 26 Disember 2025 untuk berlepas ke Sharjah Airport. Untuk memudahkan urusan, kami bermalam di Sama-Sama Hotel KLIA1. Setelah memulangkan kereta yang kami sewa di Suria Rental Car, KLIA1 kami terus daftar masuk di Sama-Sama Hotel. Sepatutnya daftar selepas pukul tiga petang, tetapi apabila Abang Farid telefon, pihak hotel mengatakan datang sahajalah ke sana walaupun ketika itu belum pukul dua petang.
Jadi kami pun naik buggy sampailah di depan pintu hotel. Kami itu termasuklah Amie, Encik Suami dan Firdaus.
Ini merupakan kali kedua Amie menginap di Sama-Sama Hotel KLIA1. Kali pertama sewaktu hendak jalan-jalan ke India tahun 2018 lalu. Abang Farid tempahkan kami Bilik Deluxe Hollywood. Alhamdulillah, dapatlah separuh harga walaupun hampir menyamai harga dua bilik di Park Inn by Radisson Putrajaya tempat kami menginap sebelum ini.
Bilik Deluxe Hollywood ini luas dan sangat selesa.
| Beg Amie warna merah, beg Encik Suami warna biru. Beg Firdaus warna hijau. |
| Sebelum pukul dua petang, kami sudah berada dalam bilik. |
| Minuman tin dan makanan ringan percuma untuk pelanggan hotel. |
Kebetulan pada hari tersebut merupakan Hari Krismas, jadi kami turut disambut denga sekotak kecil biskut di atas meja.
Di bawah kimono robe, ada mesin penimbang. Sempat timbang berat, dan nampaknya sudah melebihi paras berat yang disarankan... ahaks!
Ada dua daun pintu ke bilik air. Satu pintu ke tandas dan satu pintu lagi ke bilik mandi.
| Intai ke tandas. |
| Intai ke bilik mandi. |
Berangan dahulu, lepas mandi, ambil losyen Orchid yang harum dan terus sapu di badan. Kemudian tarik bantal dan bolehlah tidur.
Tiba-tiba terdengar ketukan di pintu. Rupanya Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah datang! Terlupa, sewaktu daftar masuk tadi Abang Farid minta satu lagi kunci dari kaunter dan berikan nombor plat keretanya untuk bayaran RM10.00 sehari di tempat letak kereta hotel.
Kata Abang Farid, hendak tumpang ganti lampin Hamzah. Tapi, ketika masuk Hamzah sudah lena dalam dukungan Aseeyah.
Suhu sejuk di bilik membuatkan Hamzah tambah nyenyak tidur.
Tok Baba menemani Hamzah tidur.
| Electric curtain opener / closer. |
Apabila Hamzah bangun dari tidur, terujalah dia melihat Firdaus naik turunkan langsir menggunakan electric curtain opener / closer.
Pemandangan dari dalam Bilik Deluxe Hollywood.
Aksi cucunda Hamzah sebaik sahaja bangun tidur. Baju sejuk dan stoking tidak sempat dibuka, terus bersilat!
Sama-Sama Hotel, KL International Airport ialah penginapan 5 bintang yang dihubungkan secara mudah ke Bangunan Terminal Utama KLIA melalui jejantas berbumbung. Tetamu boleh berjalan terus ke dan dari penginapan selepas melepasi pemeriksaan kastam dan imigresen.
Perkhidmatan buggy disediakan secara percuma 24 jam antara penginapan dan Terminal KLIA1.
Encik Suami sudah selesai menjalani scan jantung dan sewaktu Amie ke surau, Encik Suami solat asar di atas kerusi. Amie kembali dari surau, kelihatan Encik Suami sedang menjamah hidangan makan malam yang disediakan oleh pihak hospital. Amie pula teruskan menulis entri ini. Sebenarnya rasa sangat mengantuk, dan tiba-tiba sakit pula kepala. Pernah dengar orang berkata : Menjaga orang sakit adakalanya yang menjaga itu terlebih pula sakitnya....heheheheee.
3 comments
Boleh tahan harganya tu ye. Kemain hamzah seronok dapat main kat hotel ye.
BalasPadamMemang mahal hotel ini, tapi worth it dengan apa yg didapat kan kak. Berkali2 saya cek harganya tiap nak transit dan menginap di KLIA. Tp tuhlah, selalu saja di atas budget saya 🤣🤣. Jadi balik lahh ke tune hotel KLIA 2 biasanya hahahahah.
BalasPadamMudah2an ada rezeki menginap di Sama2 hotel.
Kak Amie jaga kesehatan yaa, minum vitamin. Betuuul kak, kdg yg menjaga pun bisa ikut jadi sakit. ☺️🤗
Semoga en suami cepat sembuhnya
BalasPadam