Transit Sama-Sama Hotel KLIA1 - Menikmati Flavours & Inspirations Menu - TBG

3:04 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan 25 Disember 2025 - Khamis - Sama-Sama Hotel KLIA1.

Kononnya hendak berehat-rehat sahaja sehingga petang, kemudian jalan-jalan cari makan di KLIA2. Kedatangan Hamzah membuatkan kami terus celik mata. Kebetulan pula pihak hotel menawarkan minum petang di Sphere Lounge pada pukul 5 hingga 7 petang sempena Hari Krismas.

Abang Farid kata perutnya lapar. Memandangkan tidak sampai dua jam lagi ke pukul lima petang, jadi Amie suruh Abang Farid pilih menu dari katalog Flavours and Inspirations, pesan hantar ke bilik sahaja.









Abang Farid memesan:

Tidak sampai setengah jam, makanan yang dipesan pun tiba. Troli makanan dibawa masuk ke bilik oleh pekerja hotel. Abang Farid terus bayar gunakan wang tunai sebanyak RM200.00. Jumlah keseluruhan RM189.00 dan selebihnya Abang Farid berikan sebagai tips.

Kami tercari-cari di manakah makanan yang dipesan kerana di atas troli hanya ada semangkuk salad sahaja! Rupa-rupanya ada almari seakan gerobok yang tertutup di bahagian bawah.

Ada dua daun pintu. Jom kita buka sebelah kanan dulu.

Makanan tersimpan di bahagian bawah troli sebelah kanan.

Air dan gelas di sebelah kiri.



Alhamdulillah. Semua makanan yang dipesan sudah ada di atas meja / troli.


Peach & Beef Speck Salad

Cured dried beef, walnut, pecan, mossarella, sliced sweet peach, kale, arugula, greens smoked cheese and balsamic vinaigrette.

Fajitas El Como Chicken

Fajitas grilled chicken, pineapple, red onion, chili flakes, green pepper, cheese, yogurt, cilantro and lime.

Nasi Goreng Kampunng


Nasi Goreng Kampung ditutup dengan mangkuk. Ada macam-macam aksesorinya. Abang Farid kata sangat sedap! Udang gorengnya pun saiz besar. Ada telur mata. Ada dua cucuk sate dan juga keropok.

Nasi Goreng Kampung

Sup Ekor Utara

Sup Ekor Utara dihidangkan bersama dua keping roti bakar saiz besar. Walaupun hujung roti terbakar hangus tetapi tidak menjejaskan keenakan Sup Ekor Utara. Memang sedap sangat apabila dicelup dalam sup!

Sup Ekor Utara yang berlemak!


Pukul lima petang kami turun ke lobi. Menurut petugas kaunter, Christmas Open House tidak terhad kepada tetamu atau pelanggan hotel tetapi terbuka kepada sesiapa sahaja yang datang. Jadi Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah pun ikut bersama kami untuk minum petang.


Ketika kami sampai, sudah ada tetamu lain sedang menikmati minum petang. Banyak sungguh makanan yang disediakan sehingga tidak tahu hendak pilih mana satu. Syukurlah masih ada ruang perut untuk diisi kerana di dalam bilik, Amie hanya makan sedikit roti dan Sup Ekor Utara.


Antara menu minum petang yang Amie nikmati di Christmas Open House:







Rasanya banyak sangat makanan yang Amie ambil sehingga tidak muat perut untuk menampungnya. Rasa bersalah pula apabila terpaksa tinggalkan sedikit bakinya! Manalah mampu hendak menolak kalau ada satar! Nasib baik tidak ada otak-otak dan pepes ... ahaks!


Alhamdulillah. Cukuplah rezeki yang melimpah ruah untuk kami pada hari itu. Itu pun tidak sempat melihat dan mencuba makanan-makanan lain selain yang sempat diambil sahaja. Selepas minum petang kami tinggalkan Sama-Sama Hotel dengan menaiki buggy. Seterusnya beli tiket untuk menaiki KLIA Transit menuju ke KLIA2.



31 comments

  1. Macam2 makanan ada tu memang penuh la perut. Walaupun makan serba sedikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, makan sikit-sikit saja sekadar rasa-rasa.

      Padam
  2. Kalau Linda yang pertama kali ni, mau telefon balik kaunter..tanya makanannya dekat mana.. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Linda, pada mulanya kami pun hendak buat begitu juga hihihiii.

      Padam
  3. Semua sedap² la makanan yg dipesan oleh Abg Farid tu. Terliur tengok :)

    Meriah makanan dekat open house tu ye. Tak pernah lagi jumpa open house gini time menginap di hotel. Belum rezeki kami agaknya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kira berbaloilah juga menginap di hotel ini, dapat minum petang menu mewah.

      Padam
  4. Waaaah makanan dari room service, sebanyak itu pesan, tp harga masih reasonable kak 😍😍😍👍, mengingat ini pun hotel bintang atas kan. Kebanyakan kalau di sini, utk bintang 4 ke atas, pasti mahal makanan dari room service.

    Memang menarik lah kalau bisa stay di sini 😍😍. Harap2 kalau transit di KL lagi, saya nak stay di sini saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah menginap di sini dik. Kadang-kadang boleh dapat diskaun lebih, bergantung rezeki juga kan. Kami puas hati.

      Padam
  5. Hebatnya sangat cantik dan ceria, suasana kreatif mengujakan..

    BalasPadam
  6. Tentu hilang lapar Abg Farid bila makanan yg sampai sebanyak itu. Tak cukup dengan itu, ada lagi pulak minum petang. Burppp.. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  7. Sup dia nampak sedap tapi satay tu lagi mengoda. Enche majid apa khabar amie. Sudah discharge dari wad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua cucuk jew satenya tu...sedap!
      Ya, Encik Suami sudah discharge dari wad.

      Padam
  8. wah makanan bawa dlm gerobok mesti banyak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa... masih ada gerobok zaman digital ini kan Kak PI.

      Padam
  9. Ooh..makanannya di letak dalam peti gitu, biar kekal hangat dan bebas pencemaran. Bagusnya 👍🏽
    Rezeki dapat pulak join open house.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguskan cara penyajiannya itu Ujie.
      Ya, rezeki dapat joint open haouse sampai tak muat perut hihihii.

      Padam
  10. Alamak, telan air liur pulak tgk semua menu yg diorder

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah menu semua nya sedap2 Kak Amie. Drooling menengoknya.

    BalasPadam
  12. lapar pulak baca entry ni malam2.. sedap2 sungguh semua makanannya

    BalasPadam
  13. Terliur SA tengok makanan yang dihantar ke bilik tu kak..sup ekor utara tu sedapnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Kak Amie pun rasa yang paling sedap sup ekor utara.

      Padam
  14. Kak Amie sehat kah? Encik suami dah kluar hospital? Lama kak Amie tak update, semoga encik suami dan kak Amie baik2 saja yaaa 🤗

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Kak Amie sihat, cuma letih sedikit. Banyak berehat, tidur awal selepas urus Encik Suami. Tak sempat update blog.

      Padam
  15. Waduh sedap semuanya kak... lama jugak akak tak buat entri. Suami akak camne? dah makin sembuh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sewaktu Encik Suami di hospital, Kak Amie agak penat. Banyak perkara kena urus sendiri. Tak sempat hendak tulis entri. Alhamdulillah, Encik Suami dalam proses penyembuhan. In syaa Allah.

      Padam
  16. Bikin ngences ni.
    Puas nengok hidangan yang bermacam-macam.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe