Sekeluarga Menginap di Everly Hotel Putrajaya
9:11 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sambung catatan 04 Januari 2026.
Dari Restoran Chef Ismail di Rebung 2 Putrajaya, kami menuju ke Everly Hotel Putrajaya. Abang Farid sudah tempah 3 bilik untuk kami sekeluarga. Kata Abang Farid, hotel ini bersebelahan dengan Alamanda Mall dan hanya berjalan kaki sahaja untuk sampai ke sana. Secara keseluruhannya kami sangat berpuas hati menginap di hotel empat bintang ini.
| Firdaus mungkin masih letih selepas pulang dari bermusafir. |
| The Everly Hotel Putrajaya - Google |
Isshhh......issshhh! Ada-ada saja aksi Hamzah sampai korek hidung penyambut tetamu!
| Hai sayang Tok Mi! |
| Hadiah unta dari Jordan untuk Hamzah. |
Tak banyaklah hendak komen sebab semuanya nampak sempurna dan selesa. Yang penting dapat rehatkan diri buat seketika setelah berjam-jam lamanya duduk di dalam pesawat.
Encik Suami kata cantik bekas airnya. Terpikat juga kita melihatnya tapi tidaklah sampai hendak beli.
Kalau tak baca tulisan di atas, memang tak perasan kedudukan sterika yang agak tersembunyi!
Bilik air pun sangat selesa.
Bolehlah mandi sepuas-puasnya di sini dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Selepas itu minta tolong Firdaus keringkan rambut dengan mesin pengering. Waktu ini memang rasa tak sabar hendak rebahkan diri atas tilam.
| Sejadah yang disediakan dalam bilik. |
Selepas solat jamak taqdim, terus sapu losyen ke badan. Harum sungguh losyen yang disediakan. Sebelum lelapkan mata, sempat beritahu Abang Farid: Laparlah pula perut ini! Teringat sewaktu makan tengah hari di Rebung 2, lebih banyak ambil makanan berkuah, jadi tidak berapa kenyang sampai ke petang.
| Arma losyen yang semerbak harum. |
| Ais Milo |
Tidak lama kemudian Abang Farid bangunkan kita dari tidur. Entah dari mana Abang Farid beli makanan.Katanya ada nasi lemak sambal udang.
| Nasi Lemak Sambal Udang |
Oh, rupanya Abang Farid beli di Bungkus Kaw Kaw. Habis sebungkus Amie makan. Memang sedap kan!
| Bihun Goreng Siam. |
| Firdaus di kolam renang. |
Amie sambung tidur. Seolah-olah terdengar Firdaus meminta Abang Farid temankan mandi di kolam renang.
Hotel empat bintang ini memang banyak sediakan kemudahan untuk para tetamu. Abang Farid kongsikan gambar Hamzah sedang bermain di bilik permainan. Fuad dan Fairuz pula rajin melayan anak saudaranya nan seorang ini!
| Fairuz sedang melayan Hamzah bermain basikal. |
Sekian. Cerita Sekeluarga Menginap di Everly Hotel Putrajaya.
6 comments
Alhamdulillah seronok berkumpul seisi keluarga. Hamzah paling untung, ramai pakcik² nak layan dia.
BalasPadamBest duk Everly boleh jalan kaki je ke Alamanda. Buffet breakfast pun macam2 jenis ada. Lama dah tak stay sana.
BalasPadamSeronok betul Hamzah dikelilingi bapa bapa saudaranya
BalasPadamEverly Putrajaya ni pilihan office SA kalau ada program di Putrajaya...hotel memang bersebelahan dengan Alamanda..amboi Hamzah..seronok dengan Tokmi ye..
BalasPadamSeronoknya bercuti makan angin. Enjoy the quality time with family 🥰
BalasPadamKemarin November saya dah niat stay di hotel ini. Tp ketika tanya kak Ezna, apa dekat dengan stasiun MRT, katanya jauh pula. Lebih dekat kalau stay di Moxy. Akhirnya tak jadi Everly, menginaplah di Moxy 😅🤭.
BalasPadamMungkin nanti, kalau stay di Putrajaya lagi. Saya pun skr ini kalau ke KL, LBH suka stay dj Putrajaya, Krn dekat dengan airport. Kalaupun nanti nak ke KL, tinggal naik MRT.