Makan Tengah Hari di Rumpun Selera
6:59 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini menghadiri Dialog Prestasi, balik lewat dari kebiasaan. Ada peluang cari pasal untuk cari makan sebelum sampai ke rumah. Kami singgah di Seri Perdana, makan tengah hari di Restoran Rumpun Selera. Konsep layan diri di sini memudahkan para pelanggan memilih jenis nasi dan lauk yang diingini. Amie dan Encik Suami memilih Nasi Arab sementara Firdaus memilih Nasi Briyani. Nasi Arab di sini lebih kepada warna putih dan sedikit sahaja warna kuningnya.

| Hidangan Tengah Hari |
| Pelengkap hidangan. |
Selain lauk yang dipilih, kami tambah acar timun, kerabu mangga dan papadom. Seperti biasa, setiap hidangan dilengkapi dengan semangkuk kecil sup kosong. Sedaplah pula meratah kerabu mangga sampai habis semangkuk kecil! Di bawah kerabu mangga itu sebenarnya ada rumpai laut.
Encik Suami dan Firdaus memesan minuman sejuk, tak ingat apa yang anak beranak ini minum sebab lupa ambil gambar.
| Bakwan Sayur & Sambal Tomato |
Terpandang bakwan sayur yang kelihatan menggoda selera. Ambillah beberapa ketul bersama sambal cili padi dengan tomato dan daun kemangi. Sempatlah kita merasa seketul. Selebihnya Firdaus dan Encik Suami habiskan. Tak apalah, lain kali boleh datang dan makan bakwan sayur puas-puas.
8 comments
Kt sini mcm x jumpa pulak org jual nasi arab lauk ikan.. selalu ayam, daging n lamb shank je
BalasPadamSaya yang ambil lauk ikan. Memang ada kambing dan beef. Layan diri kan, ambil saja mana-mana ikut selera.
PadamMenarik Nasi Arab lauk ikan tu....ada pilihan untuk yang tak makan ayam dan daging
BalasPadamBerbeza pulak nasi arabnya warna pucat, putih ada sikit kuning. Tapi rasanya tetap sama ye. Konsep layan ni bagus juga sebab kita boleh ambil kuantiti yang kita nak dan lauk pilihan. Lain kali datang lagi kena ambil bakwan lebih sikit. hihi...
BalasPadamlapar lak nengok yang cucur tu
BalasPadamFirst time nampak nasi arab lauk ikan...tapi boleh je rasanya kan..sinonim lauk ayam atau kambing..
BalasPadamMenarik juga nasi gitu boleh layan diri.
BalasPadamWarna pucat tak apa, yg penting rempahnya berasa 😄👍. Unik juga pakai ikan ya kak. Jarang2 kuliner arab begini pakai ikan 😄
BalasPadam