Sarapan Ringkas - Keladi Goreng, Telur Rebus dan Salad
10:39 PGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi ini Amie sediakan sarapan yang ringkas tapi mengenyangkan iaitu keladi goreng dipadankan dengan telur rebus dan salad segar. Menu tidak mewah tetapi seadanya  cukup sekadar hidangan mudah yang memberi tenaga dan semangat untuk memulakan hari. 
Firdaus menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah, jadi hanya Amie dan Encik Suami sahaja di rumah.
Keladi goreng memberi rasa lemak semula jadi, sementara telur rebus menambah sumber protein yang sihat. Salad segar pula Amie tambahkan renjisan minyak zaitun. Gabungan ketiga-tiganya ini sudah cukup sebagai bekalan diet yang seimbang.
| Keladi Goreng | 
| Daun salad ditambah hirisan cherry plum dan lemon, secubit garam dan renjisan minyak zaitun. | 
| Bismillah | 
11 comments
Belum pernah lagi makan keladi goreng macam tu... teringin nak rasa :D
BalasPadamsarap ringkas pun kenyang ni kak amie..mau tengahari nanti lambat sikit masak
BalasPadamSihat betul menu sarapan Kak Amie sekeluarga pagi ni. Saya sempat makan oat sebelum turun ke sekolah sebab anak sulung terima anugerah koko pagi tadi.
BalasPadamSedapnya salad tu. Memang kena la makan dengan telur rebus tu.
BalasPadamtengok saiz keladi tu memang nampak mengenyangkan!
BalasPadamEh ..terliur pulak jejari keladi tu
BalasPadamSaya sukaaaa keladi dibuat fries seperti ini kak 😍😍😍😍.
BalasPadamSalad nya nampak segar. Biasanya kalau dah makan salad, dengan protein telur, memang kenyang seharian
Begini lah taman blogger wanita, cukup hebat dan kemas gambar tersusun menarik..blogger man belum ada sekemas ini sekreatif begini..inovasi blog food yang jadi teladan ni..Tahniah
BalasPadamMenarik sekali menu ni.
BalasPadamFuhh.. kalau ini dinamakan ringkas tak tau lah ghoper kalau buat yang complete... mau penuh satu meja😆
Hari tu balik kg dapat keladi yang sedap. Goreng makan dengan sambal kicap sedap bila dapat empuk. Kadang kalau dapat tak best dia macam dah ganyut buahnya
BalasPadamSarapan sihat ni kak..kalau SA makan macam ni menjunam turun berat badan..macam sebelum2 ni
BalasPadam