Asam Pedas Ikan Bawal Emas dengan Belimbing Buluh
7:47 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, petang tadi sempat masuk dapur, masak nasi lauk asam pedas ikan bawal emas. Apabila Firdaus pulang dari sekolah agama, terus sahaja makan malam memandangkan hari sudah menjelang senja. Maghrib di LD pada pukul 5:54 petang.
| Sepinggan nasi dengan lauk Asam Pedas Ikan Bawal Emas dengan Belimbing Buluh. |
| Asam Pedas Ikan Bawal Emas dengan Belimbing Buluh |
| Daun kesum, bunga kantan, kacang bendi dan belimbing buluh. |
Balik dari ladang, Amie berasa sangat letih. Semalam tidak lena tidur sebab diganggu oleh mimpi tentang kertas kerja program SPM yang belum siap. Mimpi itu berpanjangan sampai ke pagi. Jadi, memang tidak nyenyaklah tidurnya.
Amie tertidur dalam kereta ketika Encik Suami memandu kereta hantar Firdaus ke sekolah agama. Biasanya kami cari makan dahulu sebelum pulang ke rumah. Hari ini terus pulang ke rumah saja. Selepas solat zohor, Amie terus tertidur hampir sejam lamanya. Rasa bertenaga semula. Alhamdulillah.
Waktu asar pula pukul 3:11 petang. Terus bergegas bangun, solat dan kemudian masuk ke dapur cari apa yang patut untuk dimasak.
Ada dua kuntum bunga kantan saiz kecil di atas meja. Encik Suami baru sahaja tebas dari rumpunnya. Amie cari daun kesum di belakang rumah. Ada kacang bendi dan buah belimbing buluh yang dibeli di pasar tani kelmarin. Teringat ada seekor ikan bawal emas dalam freezer. Bolehlah masak asam pedas tambah belimbing buluh.
| Ikan bawal emas potong tiga. |
| Telur Masin |
Ada telur masin lima biji, dibeli dari pasar tani juga. Bolehlah rebus dua biji buat tambah lauk. Murah juga harga telur masin di pasar tani, lima biji RM8.00. Biasanya kalau di tempat lain sebiji RM1.80.
| Bismillah |
Kejadian Asam Pedas Ikan Bawal Emas dengan Belimbing Buluh, kuahnya pekat. Amie bubuh lebih belacan sampai terbersin-bersin jiran sebelah! Kuat pula aroma belacan yang Amie beli dari Telupid. Jadinya, dalam sepinggan nasi, ada asam Pedas Ikan Bawal Emas dengan Belimbing Buluh, kacang bendi celur dan telur masin. Oh, ya! Kali ini Amie masak nasi gunakan beras bario.
| Asam Pedas Ikan Bawal Emas dengan Belimbing Buluh |
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal emas - bersihkan - potong 3
10 biji belimbing buluh - belah jangan putus
500 ml air
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
1 keping asam gelugur
1 batang serai - dititik
5 tangkai pokok kesum
2 kuntum bunga kantan - belah 2
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
garam / perasa pilihan secukupnya
1/2 cawan minyak untuk menumis
Bahan kisar:
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 cm belacan
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api sederhana. Masukkan serai dan bancuhan pati asam jawa. Gaul sebati.
2. Masukkan belimbing buluh, air dan biar mendidih sehingga pecah minyak sekali lagi. Jika suka boleh tambahkan air dan didihkan lagi sehingga terbit minyak lagi.
3. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan serta ikan bawal emas. Tambahkan lada putih tumbuk.
4. Masak ikan bawal emas di antara 4 hingga 5 minit dan kemudian terbalikkan bahagian sebelahnya.
5. Biarkan seketika sehingga keseluruhan ikan bawal emas masak.
6. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
7. Padamkan api dapur.
Masakan asam pedas ini Amie kuahnya agak pekat. Jika suka lebih cair, tambahkan sahaja kuantiti air.
| Jemput makan! |
12 comments
Wak pun santap lauk ikan bawal emas. Tapi pn is3 masak singgang satu rasa.
BalasPadamasam pedas best.. kena dengan nasi panas-panas.. memang jjadi..
BalasPadamSubahanallah..indahnya juadah..firdaus happy sekali ..alhmdulillah..
BalasPadamKak ammi nih pandai buat plating yg cantik dan menggugah selera lah 😍😍😍😍👍. Melihatnya saja orang2 dah yakin rasanya pasti sedaaap 🤤
BalasPadamMemang ngam asam pedas & telur masin tu. Kalau penat sangat tidur jela ubatnya dapat rehat.
BalasPadamPekat asam pedas tu...saya suka version mcm ni..
BalasPadamTerima kasih kongsi resipi :)
BalasPadamHari tu ada ikan bawal emas seekor RM6.39 kat family store...murah tapi kecik2 plak..so SA x beli...sedap plak tengok asam pedas Kak Amie tu...biasa bawal emas SA suka buat masak kari...rasa macam lama sangat plak x masak kari ikan la..
BalasPadamAsam Pedas Ikan Bawal Emas dengan Belimbing Buluh n8 sedapnya apalagi dengan telur masin.
BalasPadamLawa kejadian warna telur masin tu.
BalasPadamAnak ammi ambil STEM A jadi tiada kerja khusus utk SPM tp agak strugglelah juga dia sbb berat bagi dia subjek sains ni
Cantiknya gambiran Kak Amie. Terliur tengok asam pedas nak nak pulak asam pedas bawal emas. Tambah terliur sebab ada telur masin dan bendi sekali. Terasa-rasa mengunyah bendi yang empuk dan rangup kerana masih muda. Leps tu tergigit pulak belimbing masam, aishhh, memang kecur liurlah kita di Tanah Jauhar ni.
BalasPadamAduhhh... sampai terbersin jiran sebelah!
BalasPadam