Resipi Nasi Goreng Tomyam
7:51 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi masuk dapur hendak masak nasi. Terpandang nasi putih dalam peti sejuk. Encik Suami memang rajin simpan baki nasi. Jadi, tak jadilah nak masak nasi. Goreng sajalah nasi sejuk yang ada. Maka jadilah Nasi Goreng Tomyam sebab gunakan Perencah Nasi Goreng Tomyam. Tapi tak samalah dengan nasi goreng tomyam yang Firdaus suka makan di Happy Spoon Cafe.
| Nasi Goreng Tomyam |
Resipi Nasi Goreng Tomyam
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 3 cawan nasi sejuk
- 1 cawan mix vegetable
- 3 biji telur
- 1 cawan isi udang segar - perap dengan satu sudu kecil Perencah Nasi Goreng Tomyam dan secubit serbuk cili
- 1 paket Perencah Nasi Goreng Tomyam
- garam / perasa pilihan
- minyak secukupnya
Bahan cincang:
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 7 tangkai cili padi
Cara memasak:
- Panaskan minyak. Dadar telur sekadar masak. Kacau bagi sedikit hancur. Angkat.
- Goreng udang hingga berubah warna. Angkat.
- Jika kurang minyak bekas goreng telur dan udang, tambahkan sedikit minyak lagi.
- Tumis bahan cincang hingga layu.
- Masukkan mix vegetable dan masak seketika.
- Masukkan nasi sejuk dan tuangkan lebihan Perencah Nasi Goreng Tomyam.
- Tambahkan garam / perasa pilihan.
- Masukkan telur dadar dan udang yang digoreng.
- Gaul rata. Biarkan seketika sehingga kelihatan asap nipis keluar dari nasi.
- Padamkan api dapur.
Sewaktu menghidang Amie tambahkan daun salad dan telur padi.
| Nampak meriah pula Nasi Goreng Tomyam. |
| Bismillah |
16 comments
Rajinnya menyusun udang2 tu. Nampak sedap menyelerakan.
BalasPadamRamainyer isi udang.
BalasPadamresep yang sangat membuat lapar hehe
BalasPadamIni menu seimbang, proten , karbohidrat..memang puas hati makan ni..
BalasPadamaduhh.. sedapnya.. nak nak bila tengok udang yang tersusun rapi dalam pinggan tu
BalasPadamCantik presentation...sedap
BalasPadamsaya pernah buat nasi goreng tomyam ni. lepas goreng udang terus masuk nasi. tekstur udang jadi mushy... patutnya kena angkat dan ketepikan udang tu xD
BalasPadamCantik betul rupa paras nasi Kak Amie tu...guna beras apa?
BalasPadamCantik susunan dalam pinggan tu.
BalasPadamSaya teringin sangat nak makan telur padi tu..tapi dah beberapa kali cuba makan tetap tak boleh lepas tekak sebab bau dia..
BalasPadampadahal teringin sangat nak makan
Udang2 sekaliannnn, sila berbaris
BalasPadamCantik plating kak Amie. Saya yang tak biasa masak nasi goreng tomyam ni pun, boleh rasa teringin nak masak. 😊 Tergelak baca komen Ammi.
BalasPadamTelur padi dengan telur 1000 tahun, sama tak, Kak Amie?
BalasPadamKagum lah kalo kak Amie dah plating. Betul2 cantiiiik disusun. 😍😍😍. Menambah selera makan jadinya
BalasPadamBila dah di hias dengan udang gitu, terus nampak sedapnya
BalasPadamGoreng nasi goreng kena sampai keluar asap nipis baru ada rasa smokey.
BalasPadam