Resipi Nasi Goreng Keumamah
11:48 PGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat rakan-rakan pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Apa agaknya aktiviti sepanjang hari ini? Kami ada undangan majlis kahwin, dan rakan-rakan penoreh bercadang untuk hadir pada sebelah petang.
Sebelum itu, kita sarapan dahulu dengan Nasi Goreng Keumamah. Kelmarin sengaja masak nasi lebih untuk digoreng pagi ini. Amie sudah janji dengan Firdaus untuk masak Nasi Goreng Keumamah.
| Nasi Goreng Keumamah | 
| Keumamah | 
Keumamah yang Amie beli ada dua jenis, iaitu rasa pedas dan rasa original. Amie gunakan keumamah rasa original sebagai perencah nasi goreng. Oleh kerana Firdaus suka pedas, jadi Amie tambah cili kering kisar dan hirisan cili padi.
Resipi Nasi Goreng Keumamah
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 4 cawan nasi sejuk
 - 4 sudu besar keumamah
 - 1 sudu besar cili kering kisar
 - 2 biji telur
 - 1 cawan mix vegetable
 - 4 sudu besar minyak
 - garam / perasa pilihan
 
Bahan cincang / hiris:
- 4 ulas bawang putih
 - 1 labu bawang besar
 - 7 tangkai cili padi
 
Cara memasak:
- Panaskan minyak. Tumis bahan hiris hingga layu.
 - Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak.
 - Pecahkan telur dan kacau rata.
 - Kemudian masukkan mix vegetable. Masak seketika .
 - Masukkan keumamah dan gaul sebati.
 - Masukkan nasi sejuk. Tambahkan garam / perasa pilihan.
 - Gaul rata dan biarkan sehingga keluar asap nipis di atas nasi goreng.
 - Padamkan api dapur.
 
15 comments
pertama kali kak ana dengan keumamah ni Amie, bagaimana rasa dia agaknya ye.. ?
BalasPadamOh, baru tahu keumamah ni selepas sy google. Tentu sedap sebab ianya sejenis ikan ya, Kak Amie. Ni, dah pergi belum kendurinya?
BalasPadamWah ini kesukaan saya banget
BalasPadamSaya suka yang originil
Cocok buat menu makan malam
Keumamah ini memang sedaaaaap sangat dibuat nasi goreng 😍😍😍😍. Biasanya saya beli ikan keumamah dari teman orang Aceh yg tinggal di JKT. Sedaap sangat. Dan kalo ada sisa, memang saya buat campuran nasi goreng
BalasPadamYang lebih mengagumkan tu adalah hiasan foodnya cantik!
BalasPadamKeumamah ni perasa untuk nasi goreng ke ?..lain perasa ni, jika nampak nak cuba bagi suri hati..hebat persembahan sajiannya..
BalasPadamha baru pertama kamli dengar keumah ni.. nampaknya kena google la nak tahu lebih detail lagi.. moga bergembira di hujung minggu
BalasPadampertama kali saya tau perkataan keumamah..nama ikan ke kak?
BalasPadamkeumamah tu apa kak? cer cite camne rasa dia
BalasPadamohhhh pas google baru tahu keumamah tu ikan tuna atau mackerel yg di masak gaya aceh... mesti sedap tu kak
BalasPadamsejenis baca entri tak tengok belah bawah2 akak... sedangkan akak ada cerita pasal keumamah... aduhla... malu betul dah tanya macam2 hhahhaha
BalasPadamMenarik.... menarik....
BalasPadamNi macam kena terbang gi Aceh ke nak cari keumamah😄
Pertama kali dengar tapi macam serunding ikan je
BalasPadamMasa ke Aceh dulu tak pula jumpa keumamah ni. Nampak sedap digoreng dengan nasi.
BalasPadamAlamak....mana plak nak beli Keumamah ni kat Malaysia ni....nampak sedap nasi goreng Kak Amie tu
BalasPadam