Sarapan Apa di Portugal?

8:46 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sarapan apa pagi ini?
Jom kita sarapan di Portugal. Walaupun berada di tempat orang, beza budaya termasuk beza makanannya namun rasa syukur tetap dipanjatkan kepada-Nya kerana masih ada makanan halal yang boleh dijadikan alas perut.

Begitulah. Kalau hendak mengembara melihat negeri orang kena terima hakikat lain padang lain belalang. Tak boleh layan makanan yang berbeza, kenalah bawa makanan dari tempat sendiri.... ahaks! Namun bagi Amie, inilah peluang untuk mengalami dan merasai kelainan budaya di tempat orang. Kesempatan yang datang bukan selalu. Tidak dapat jamah nasi setiap hari bukanlah sesuatu yang menyukarkan kerana ada pilihan makanan lain yang disajikan. Terpulanglah kepada penerimaan tekak masing-masing kerana selera kita berbeza.

Pagi di Portugal, terkejut juga melihat ada perkataan 'sarapan' di dewan makan! Banyak perkataan lain yang Amie tidak pasti dari negara mana tetapi membawa maksud yang sama iaitu 'breakfast'.

Jom sarapan.


Berganbar di balkoni Hotel Laitau.

Nyaman sungguh pagi di Hotel Laitau, Setubal Portugal. Terlupa pula untuk ambil bacaan suhu. Kalau petang kelmarin 13'C barangkali pagi ini lebih kurang begitulah suhunya.


Kami menggunakan tangga sahaja untuk turun dari bilik ke dewan makan. Rasa tertarik pula melihat hiasan dalaman di sini.

Booking.com  bagi 8.3 untuk Hotel Laitau.



Replika kapal laut - sesuai dengan kedudukan Portugal sebagai negara maritim.













Sedap mata memandang ketika masuk ke dewan makan.



Croissant - Roti Bulan Sabit


Alang-alang sudah sampai Portugal, mari kita berkenalan dengan pelbagai jenis roti di sini. Eh, terbayang pula roti jenis apa yang dimakan oleh Alfonso de Albuquerque sepanjang berada di Melaka. Atau ikut makan nasi seperti orang Melaka?

Inilah antara jenis roti yang ada di Portugal:
  • Pão Alentejano➝ Digunakan untuk sup tradisional seperti açorda (sup roti dengan telur & bawang putih) dan sopa alentejana.
  • Broa de Milho (roti jagung)➝ Dimakan bersama sup kacang (caldo verde) atau hidangan ikan rebus.
  • Papo-secos / Carcaça ➝ Paling biasa untuk sarapan & sandwich
  • Bola de Caco (Madeira)➝ Selalu dimakan panas dengan bawang putih & mentega, juga sesuai jadi roti sampingan untuk daging panggang.
  • Pão de Mafra ➝ Digunakan untuk hidangan seharian, dimakan dengan keju, sup atau hanya dengan minyak zaitun.
  • Broa de Avintes ➝ Roti gelap padat, sesuai dengan ikan bakar, sardine, atau sup.
  • Folar (roti Paskah) ➝ Versi manis dimakan masa perayaan (bersama kopi/teh), versi masin berisi daging dimakan di majlis keluarga.
  • Regueifa ➝ Roti bulat spiral, kadang jadi hadiah perkahwinan atau perayaan, dimakan bersama madu atau mentega.
  • Pão com Chouriço ➝ Roti berisi sosej chouriço, dimakan panas sebagai snek jalanan atau di festival.
  • Cacete / Baguete Portugal ➝ Mirip baguette Perancis, digunakan untuk sandwic cepat & roti makan malam.

Portuguese Sweet Bread

Broa de Milho - Roti Jagung

Pão Alentejano


Kek ini laku keras! Tinggal sepotong dalam dulang tetapi tidak lama kemudian diisi semula.


Seperti biasa, buah-buahan dihidang sebiji-sebiji.


Walaupun tidak makan yogurt di pagi hari, tapi ambil juga untuk simpanan. Sebelah malam sebelum tidur boleh makan dan berharap keesokan paginya membantu melawaskan perut.


Peminat bijirin boleh singgah di sudut ini.


Nampak seperti ada biskut Marie dalam balang.



Boleh ambil telur rebus di sini.


Sudut paling menyeronokkan - boleh pilih jus buah kegemaran.


Waktu pagi Amie jarang ambil minuman panas.


Antara kedua-dua mesin minuman, sudah tentulah pilih yang di sebalah kiri.


Beginilah antara lain sarapan pilihan kami. Nampaknya kurang 'rumput' dalam hidangan. Sebutan rumput merujuk kepada warna hijau daun-daun salad. Itulah istilah yang selalu Amie dan Kamsiah gunakan.... ahaks!


Buah-buahan segar dan buah dalam tin.

Nanas segar.



Kami duduk berempat satu meja. Meriah sungguhlah sarapan kami!


Di antara kami berempat, sekarang dua orang sedang melancong ke Uzbekistan iaitu Hana & Ann. Hana baru jadi YB (Yang Bersara) pada Mei lepas. Seronoklah dapat selalu mengembara. Semoga bertemu lagi pada masa yang lain.

Yogurt untuk bekalan malam nanti.

Pelbagai jenis jem dan manisan untuk disapu pada roti.

Roti Bulan Sabit Portugal.

Alhamdulillah. Sudah isi perut. Semoga kenyang sampai tengah hari.


Naik ke bilik untuk urus perut sebelum meneruskan perjalanan sebentar lagi. Sempat ambil gambar kenangan. Nampak suasana di pagi hari dari balkoni yang tenang dan sepi.


Pemandangan di balkoni bilik sebelah.


Petang kelmarin sampai di sini sudah gelap malam. Pagi ini nampaklah pemandangan di kala pagi yang dingin.


Sekarang kami berada di luar Hotel Laitau. Jam menunjukkan hampir pukul lapan pagi. Bas kami yang berwarna biru sudah menampakkan tanduknya dalam gambar di bawah.

Mari naik bas.


Jom ikut kami jalan-jalan ke Lisbon, ibu negara Portugal.

16 comments

  1. Selain seronok mengembara di tempat orang. Kita boleh rasa macam-macam jenis makanan. Rugilah kalau jenis cerewet pasal makanan tak boleh nak cuba makan itu ini.
    Menarik dekorasi ruang makannya. Macam-macam perhiasan ada. Kek butter ke tu yang terlajak laris. Buah-buahan segar jadi pilihan utama. Cantik permandangan dari balkoni tu. Tak tinggi sangat tapi masih dapat menikmati permandangan indah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Fizah, bukan lama sangat pun tinggalkan makanan kita. Rugi tak cuba makanan depan mata.
      Tenang saja kan suasana di Setúbal.

      Padam
  2. Air mineral ke tu Kak Amie? Yg ada 2 cawan di sebelahnya tu. Berkenan tengok botolnya tu, lawa.
    Makan roti pun kenyang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, air mineral.
      Rotinya dari tepung gandum oenuh, memang mengenyangkan.

      Padam
  3. banyak jenis roti rupanya.. yang saya tahu roti je.. hehe.. cantik susunan deko dewan makan tu, kemas je. kalu mcm ni memang berselera makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam jenis roti, pilih jew mana yang berkenan.

      Padam
  4. wahhhh ada macam-macam pilihan makanan
    rambang nak pilih ni...
    kalau sy ni, sy try semua...
    ye laa kat sini sah2 tak ada makanan semua tu hehehe
    hotel pun tampak kemas dan cantik...
    sedap mata memandang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau larat memang nak rasa semua kan Anies.

      Padam
  5. tinggi juga rating hotel ni sampai 8.3. memang penginapan yg selesa ni.
    menarik semua sarapan paginya. tertarik dgn croissant tu, comel betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu jumpa croissant waktu sarapan. Sedap makan panas dengan vanyak pilihan butter dan jem.

      Padam
  6. seronok saya tengok blogger Amie dengan kawan2 ..semuanya women yang super duper..melancong ke berapa negara sudah ni..hebatnya.rezeki dapat travel..gambar di negera luar nampak kemodenan tiada tara..Alhamdulillah ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Sementara Allah pinjamkan kudrat, dapatlah tengok-tengok negara orang.

      Padam
  7. Sarapan pagi kurang rumput namun hidangan yang diambil atas meja tu nampak warna keemasan.
    Pagi-pagi cool je kawasan depan hotel tu.

    BalasPadam
  8. Saya tipe yg sukaaa sangat mencoba makanan khas suatu negara atau daerah. Jadi tak terpikir nak bawa makanan dari Indonesia. Sebab ada temen saya, dia kalo traveling mesti bawa rice cooker kecil, beras, dan bahan2 masak. Sebab nak hemat, kuatir tak ada makanan halal, atau kuatir tak cocok dengan kuliner setempat.

    Masing2 orang berbeda. Saya pasti ya semangat merasakan makanan khas. Kalo memang tak cocok, ya sudah, at least sudah tahu

    Aneka roti begini yg saya paling suka 😍😍. Seandainya suami dan anak Lanang saya suka makan roti, memang kami akan skip nasi 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang ada yang tidak boleh terima makanan yang berbeza. Susahlah kalau begitu, bantu lapar dan perut masuk angin pula.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe