Resipi Asam Pedas Kepala Ikan Layar
3:50 PTG- Nasi Putih
- Asam Pedas Kepala Ikan Layar
- Petola Masak Lemak Putih
- Ulam Timun & Telur Masin
- Sambal Tuhau
Asam Pedas Kepala Ikan Layar |
Hidangan Tengah Hari / Malam |
Asam Pedas Kepala Ikan Layar |
Petola Masak Lemak Putih |
Nasi Putih |
Asam Pedas Kepala Ikan Layar |
Oleh kerana kita olah Petola Masak Lemak Putih, jadi kita pekatkan kuah asam pedas kepala ikan layar. Kita bubuh lebih sedikit belacan. Sewaktu menumis perencah asam pedas memang semerbaklah aromanya memenuhi dapur sehingga terbersin!
Resipi Asam Pedas Kepala Ikan Layar
Bahan-bahan:
1 kg kepala ikan layar - potong ikut citarasa
600 ml air
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
1 keping asam gelugur
2 batang serai - dititik
5 tangkai pokok kesum
2 kuntum bunga kantan - belah 2
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
garam / perasa pilihan secukupnya
1/2 cawan minyak untuk menumis
Bahan kisar:
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 cm belacan
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api sederhana. Masukkan serai dan bancuhan pati asam jawa dan asam keping. Gaul sebati.
2. Masukkan air dan biar mendidih sehingga pecah minyak sekali lagi. Jika suka boleh tambahkan air dan didihkan lagi sehingga terbit minyak lagi.
3. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan serta kepala ikan layar. Tambahkan lada hitam tumbuk.
4. Masak kepala ikan layar di antara 5 hingga 7 minit dan kemudian terbalikkan bahagian sebelahnya.
5. Biarkan sehingga kepala ikan layar masak.
6. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
7. Padamkan api dapur.
28 comments
Tentu dah jemu asyik makan di luar. Mujurlah ada air ditambah untuk memasak. Sedapnya rupa asam pedas Kak Amie, tentu 1000x lebih sedap rasanya.
BalasPadamBetul SK.
PadamLama dah tak bersilat di dapur sendiri.
menu lauk kampung macamni memang terbaik
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamJemput Mazni.
Kalau masa masak atau menumis sampai terbersin tu, confirm sedap!
BalasPadamHahaaaa... teringat kalau bl;an puasa masak asam pedas, bukan kita saja yang bersin, jiran pun ikut sama!
PadamUwaaaaah liat petola masak putih, telur asin dan timun saja, dah drooling. Apalagi ditambah asam pedas kak 😍😍😍😄. Nikmat lah. Pengobat hati di saat air dan listrik masih bermasalah yaa
BalasPadamMenu kampung aja Fanny. Memang mengubat hati.
PadamManu macam ni maunya bertambah saya makan. Hehehe...
BalasPadamIya, sama dengan saya.
PadamRajin kak Amie memasak macam-macam walaupun katanya bekalan air terputus.
BalasPadamNampak sedap kuah asam pedas tu kak, makan pulak dengan telur masin memang ngam!
Dah termasuk ke dapur, masak sajalah mana yang boleh.
PadamNampak sedap semuanya..kalau SA sedap meratah kepala ikan tu kak
BalasPadamItulah SA, Kak Amie cari matanya yang besar tu!
PadamMemang ngam asam pedas dengan telur masin tu. Sedapnya semua menu tu.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamTelur masin tu pulak makan yang kuning saja hihihi.
Tak ada air memang memilih untuk malas masak. Tapi lagi malas nak bersiap kalau dah sampai masa nak makan kan. Baiklah masak kejap. Pekat memikat kuah asam pedas kak Amie. Lauk petola masak lemak putih tu macam lama tak makan juga. Kalau sayur masak lemak putih, asyik guna kobis je lah. Ngam dah tu ada telur masin yang biasa bergandingan dengan asam pedas. Menyelerakan betul hidangan tengah hari kak Amie sekeluarga.
BalasPadamBetul, nak bersiap keluar makan satu hal pula.
PadamBaik masak sajalah di dapur sendiri. Siap juga akhirnya.
Sajian sangat istemewa...makan pun bahagia..makanan berkhasiat juga sebab ada syur dan telur..
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamRezeki Allah.
Uish mesti besar betul kan ikan layar tu kak, tengok matanya besar betul... mesti sedap tu
BalasPadamKepalan ikan itu kami beli sebelah, itu pun sudah seberat 1.1kg.
PadamPekat kuah asam pedas tu...sedap dimakan dengan kicap
BalasPadamYa, sengaja masak kuah pekat.
Padamoo dalam resepi asam pedas ni ada tambahan lada hitam.
BalasPadamSaja masukkan lada hitam.
Padamsy baca entry akak ni masa jam hampir pukul 2
BalasPadamperut tgh lapar ni kak
tgk lauk petola tu
waduhhh kecur terus dibuatnyaaaa
Sedap kan sayur petula.
Padam