Nasi Ayam Gepuk vs Nasi Ikan Gepuk

8:29 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Tengah hari tadi, sambil menyelam minum air. Sambil mencari barang dapur, singgah makan dulu di Restoran Ayam Gepuk yang terletak di I Peak, LD. 

Melihat gambar di luar restoran, ada menu nasi Ayam Gepuk dan Menu Nasi Ikan Gepuk. 



Apabila buka katalog menu, bukan sahaja ada ayam gepuk dan ikan gepuk tetapi juga ada udang gepuk. Wah, sebelum ini pernah jumpa udang dan sotong penyet, rupanya udang gepuk pun ada!

Teh Lemon Ais

Apabila merujuk sama Pak Google, katanya ayam gepuk ialah ayam goreng yang dihentak atau dipukul (gepuk : diketuk / digemukkan) selepas digoreng supaya lebih empuk dan mudah diserap sambal.

Ciri-ciri ayam gepuk:

  • Ayam digoreng garing (ada versi guna ayam rebus dulu baru digoreng).

  • Selepas digoreng, ayam akan diketuk sedikit.

  • Dihidangkan dengan sambal pedas (biasanya sambal bawang yang diulek kasar).

  • Selalunya dimakan dengan nasi putih, ulam, dan tempe / tauhu goreng.

  • Popular di Jawa Tengah, Indonesia terutama kawasan Solo dan Jogja.


Encik Suami -  Nasi Ayam Gepuk

Ada kesan hentak atau ketuk tak pada ayam goreng ini?

Set Nasi Ayam Gepuk dilengkapi dengan kobis goreng, timun, keropok dan tempe goreng dan kicap di atas nasi.

Nampak jugalah kesan gepuknya sedikit.

Inilah sambalnya. Di bahagian bawah sambal yang penuh berlinang dengan minyak ini ada warna putih, rasa lemak-lemak seperti kacang tumbuk. Itulah ciri sambal gepuk.

Sewaktu hendak makan, tuangkan sambal atas ayam gepuk tadi. Encik Suami kata ayam goreng rasa liat sedikit.

Amie - Nasi Ikan Gepuk.

Rasanya ikan goreng tidak digepuk!


Ikan goreng ini namanya ikan batu, kata pekerja restoran. Banyak keluarga ikan batu dan nama khas baginya ialah ikan temparing. Cantik isinya, putih berlemak.


Sama seperti Set Nasi Ayam Gepuk, Set Nasi Ikan Gepuk juga dilengkapi dengan kobis goreng, keropok, tempe goreng, timun dan kicap di atas nasi.

Tuangkan sambal di atas ikan goreng.

Setiap set nasi didatangkan bersama semangkuk kecil sup kosong.

Adakah nama-nama seperti penyet, gepuk dan geprek itu khusus untuk ayam sahaja? Kadang-kadang keliru sebab kalau gepuk bermakna selepas digoreng ayam tadi diketuk atau digepuk supaya empuk.  Ayam penyet pula digoreng kemudian dipenyet atau ditekan manakala ayam geprek digoreng crispy seterusnya digeprek atau dihancurkan bersama sambal.

Sekadar ingin tahu saja sebab selalu jumpa selain ayam, ada ikan, udang dan sotong penyet dan juga udang gepuk tapi kesemuanya masih utuh tidak dipenyet atau digeprek.

Unik betul dunia masakan!
Mungkin blogger Fanny boleh jelaskan.... ahaks!

13 comments

  1. Tu la semua nak di penyetkan dan digepukkan. Kitonyo makan jela variasi inovasi peniaga2 ni.

    BalasPadam
  2. Di sinipun samaaaa kak 🤣. Namanya saja pakai penyet, geprek, gepuk, tapi kadang tak ada digeprek, penyet atau gepuk oleh mereka. Kalopun ada kadang tak terlalu terlihat 🤣. Hanya beberapa kedai lah yg benar2 ayamnya di geprek. Tapi memang kalo ikan , udang, tak ada mereka geprek. Mungkin kuatir hancur dagingnya 🤣.

    Tapiii, kami dj sini kalo lihat ayam yg tidak digeprek,penyet atau gepuk, kami sebutnya pecel ayam, pecel lele, pecal ikan. Bukan pecel yg pakai sayur dan kuah kacang yaa.

    Jadi di sinipun ada sebutan pecel ayam, lele, ikan etc. tapi itu sebenarnya ayam digoreng dengan sambal. Sama saja kayak ayam geprek,penyet dan gepuk.

    Kadang mereka nih terlalu kreatif buat nama, padahal itu2 juga menunya 😂

    BalasPadam
  3. Macam-macam gepuk ada. Selama ni dok ingat ayam dan ikan je.
    Lengkap sat set ayam dan ikan gepuknya. Betul tu kak Amie, sambal dia kena ada kacang juga. Lagi sedap kalau guna kacang gajus. Ada orang guna kacang tanah.
    Yang saya faham kalau ayam geprek, gepuk dia goreng garing dengan tepung. Kalau penyet direbus dengan rempah dan goreng macam tu je. Banyak sangat kecelaruan kita kan. Kadang lain tempat lain olahan dia.

    BalasPadam
  4. Kadang pening kepala napa di geprek di gepuk di penyet. makan aje le ayam tu. hehehehehe

    BalasPadam
  5. Meriah hidangannya, puashati makan
    Sy baru tahu ada gepuk lain selain ayam gepuk ;)

    BalasPadam
  6. Saya belum pernah makan ayam gepuk. Dulu dulu je makan nasi ayam penyet. lepas tu dah lama tak order. Ikan gepuk pun ada ya...

    BalasPadam
  7. Wah, Kak Amie menggepuk ya. Rupanya benda lain pun boleh gepuk ya selain ayam. Sy sampai skrg keliru sebab ada menu udang, ikan, sotong penyet, padahal tak dipenyet. Ni dah digepuk pulak, hihi. Yang putih2 tu kacang gajus, katanya kalau nak kurang pedas, kena letak lebih.

    BalasPadam
  8. Apasal murah sangat ye kak... ikan besar gabak tu RM13 je ? kalau kat semenanjung ikan kecik je dah dekat rm10 . Ayam goreng tu pun besar puas hati betul

    BalasPadam
  9. Penyet, gepuk, geprek.. Macam nak sama, mungkin kah sambal dan rempah goreng ayam yang berlainan.

    BalasPadam
  10. Begitu juadah ayam gepuk..ada macam2 nama juadah kan..

    BalasPadam
  11. Saya pun tak dapat nak bezakan antar gepuk..geprek & penyet ..hihihi

    BalasPadam
  12. ikan kalau digepuk karang hancur pulak tulang2nya. ayam tu pulak nampak gepuknya sikit je jika nak dibandingkan dengan kelaran yg besar.

    BalasPadam
  13. awat kobis goreng jd mcm tu kak... ;-)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe