Oleh-Oleh dari Tanah Suci
10:14 PGBismillahirrahmanirrahim.
Mas selamat kembali ke LD petang kelmarin. Nampak jelas keletihan dari wajahnya sekembalinya dari menunaikan umrah di tanah suci Makkah. Namun kegembiraan jelas terbayang di wajahnya. Semoga Mas mendapat umrah yang mabrur.
Di celah kuih muih sarapan yang dibawa oleh rakan-rakan penoreh, Mas selitkan oleh-oleh dari tanah suci. Mas bahagi-bahagikan key chain lengkap dengan nama rakan-rakan penoreh. Alhamdulillah. Terima kasih atas ingatan Mas untuk kami semasa berada di sana. Semoga Mas dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat serta dilipatgandakan rezeki Allah.
Key chain nama Amie dari tanah suci. |
Kacang Pistachio |
Kacang campuran - badam, gajus, kismis dan lain-lain. |
Coklat. |
Johnny Krocker - Wafer with choco flavour. |
Konafetto - Crispy Wafers & Cream |
Terima kasih Mas!
19 comments
aritu blk umrah ada beli juga Konafetto & kurma utk kwn2 opis
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamMacam-macam oleh-oleh boleh dibeli untuk kawan-kawan dan keluarga.
SA baru aje habis makan choc Kunafa Pistachio...terus masuk rumah Kak Amie ni...alhamdulillah rezeki
BalasPadamSedap tu choc kunafa pistachio.
PadamAlhamdulillah. Bila tenguk oleh2 dari tanah suci Allahuakbar rindunya. Mudahan Allah rezekikan saya sampai lagi ke sana. Aamiin
BalasPadamAmin. Mudah-mudahan Notie dapat jejakkan lagi kaki ke ranah suci.
PadamAlhamdulillah...rezeki semua kawan-kawan dapat rasa oleh² dari tanah suci. Comel keychain bertulis nama sendiri tu.
BalasPadamTerkejut dan terharu dapat keychain ada nama sendiri.
Padamsemoga pemberi mendapat umrah yg mabrur.
BalasPadamtak sabar pula rasanya bulan 12 ni saya nak ke sana juga :D
Mudah-mudahan Mas dapat umrah tang mabrur.
PadamIn syaa Allah, semoga dipermudahkan urusan berangkat ke tanah suci hujubg tahun ini. Amin.
Bestnya dapat ole2 dari Mekah. Kurma, kacang pistachio semua tu sedapnya. Nikmat dapat makan yang dibawa dari Mekah.
BalasPadamSubahanallah, banyaknya tu..adoi rindu lah makan kurma asli dari Mekah..Sejuk salam orang dari Umrah..berkat tu salam dengan Mas
BalasPadamSama juga, ada nasihat, peluk lah ( sesama lelaki atau perempuan dengan perempuan) peluk ala kada ja , jangan lebih2 ..hehehe, kata ustaz berkat salam dan peluk orang yang baru nak ke Mekah..katanya sangat berkat..ya Allah begitu sekali ganjaran pahala..Teringat..masa nak berangkat dulu di airport, tiba2 kena peluk..kawan tu katanya doakan dia agar dapat pergi umrah..hiba juga kalbu ni..
BalasPadamMenariiiiik oleh2 yg dibawa kak 😍. Apalagi keychain nya dibuat nama masing2, jadi lebih personal kan. Coklat2 arab ini juga sedaaap ❤️
BalasPadamPemurah orangnya Mas, tidak lupa kawan2 penorehnya.
BalasPadamTeringat ole-ole Kalau balik dari tanah suci dulu-dulu mesti gelang hitam atau merah pusing2 tu, pastu gelang hitam n emas, sekarang dah lain dh
BalasPadamAlhamdulillah rezeki.
BalasPadamWalau kebanyakan makanan tu kita boleh beli online..Tapi bila makan buah tangan yg orang bawa balik dr Tanah Suci feel dia lain kan....mungkin kerana ada barokahnya barangkali
BalasPadamwahhh banyak betul tu kak...
BalasPadamalhamdulillah...
semoga si pemberi dikurniakan umrah yg mabrur...