Makan Tengah Hari di Tawau Cocoa Cafe

9:09 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita hari Selasa, 16 September 2025. Kami daftar keluar Shervinton Hotel pada pukul 11:00 pagi. Kemudian singgah di pasar raya untuk mencari barang, tapi tak jumpa. Beli sahajalah buah epal hijau dengan pisau. Boleh kupas dalam kereta dan makan.

Perut masih belum rasa lapar. Kami menuju ke Teck Guan Cocoa Village. Sengaja menuju ke situ untuk makan tengah hari. Melihat tempat letak kereta penuh, sudah dapat agak tentu restoran pun penuh juga! Tidak apa. Perut masih belum beri isyarat!

Set Merdeka Kampung Classic

Seperti yang dijangkakan memang Tawau Cocoa Cafe penuh dengan pelanggan. Sebahagian besarnya sedang duduk menanti pesanan hidangan tiba di meja masing-masing. Syukurlah ada meja kosong di sudut paling hujung. Dapatlah kami duduk di situ. Dan apabila memesan makanan di kaunter, ada yang tidak boleh dihidangkan kerana masalah bekalan elektrik terputus.

Dan, hidangan kami tiba setelah lebih satu jam menunggu!
Tidak ada rasa hendak marah atau melenting kerana faham semua pelanggan pun bersabar menunggu pesanan masing-masing.


Nampaknya kali ini merupakan kali kedua kami datang ke sini. Entri ke Teck Guan Cocoa Village sebelum ini:
Kali ini walaupun datang hanya untuk makan tetapi kena beli tiket masuk juga, RM10.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak.



Ambil gambar bujang kenit buat kenang-kenangan.




Buah Koko

Buah Abiu

Mari masuk ke Tawau Cocoa Cafe.



Hendak beli aiskrim pun tak dapat! Masalah bekalan elektrik terputus juga kah... ahaks!



Boleh tuntut minuman koko menggunakan tiket masuk tadi.

Firdaus - Dalgona Cocoa Latte

Dalgona Cocoa Latte

Amie - Merdeka Flower Tea

Merdeka Flower Tea

Encik Suami - Honey Lemon Tea

Firdaus - Fried Chicken with Fries

Encik Suami - Fish & Chips


Kata Encik Suami, kenyang betul makan Fish & Chips sebab sebelum makanannya sampai Encik Suami tolong makan ayam dan kentang goreng Firdaus.


Yang menariknya, Fish & Chips disertai dengan salad campuran tomato dan nanas. Ada rasa masam manis yang seimbang dalam hidangan itu.

Amie - Merdeka Kampung Classic

Dua keping roti canai.

Ketika Merdeka Kampung Classic sampai ke meja, sempat pekerja kafe berkata : Ini sedap! Memang sedap!
Apa yang sedap?
Merdeka Kampung Classic mengandungi :
  • Roti Canai
  • Kari Ayam
  • Kuah Dal
  • Keropok Lekor & Sos
  • Acar Nanas
Keropok Lekor

Kari Ayam

Acar Nanas

Dalam dulang Merdeka Kampung Classic tidak ada yang tidak sedap. Semuanya cukup rasa dan sempurna. Kuah kari sangat enak, roti canai panas dan lembut! Apabila cecah dengan kuah dal, rasa tidak mahu berhenti menyuap ke mulut. Keropok lekor pun sedap sangat cecah dengan sosnya. Uniknya sebab ada acar nanas! Memang menarik sungguh hidangannya dengan kombinasi yang di luar jangka. Acar nanas yang masam manis misalnya sesuai sangat dijadikan penutup makanan yang penuh lemak untuk mengimbanginya.

Alhamdulillah.
Semua kekenyangan!


Sempat singgah di kedai dan beli Cocoa Susu. Kali pertama sampai sini Amie tersilap beli. Hendak beli Cocoa Susu terambil White Coffee!

Cocoa Susu

Belum lagi rasa Cocoa Susu sebab bekalan air masih terjejas. Malas hendak masak air. Harapnya esok ada air.


Jom kita balik. Encik Suami ajak ke Semporna dan bermalam di sana sebab LD masih terputus bekalan elektrik. Ikut sajalah.

Sempat ambil gambar pokok jerangkung di simpang masuk Cocoa Village!

Petang itu kami terus ke Semporna. Seperti biasa, memang ingin walk in Seafest Hotel saja, tapi penuhlah pula. Tidak apalah. Bukan hendak sungguh-sungguh pun bermalam di Semporna. Sama juga keadaan di Semporna dengan di Tawau. Tidak ada bekalan elektrik. Lagi pun melihat kesesakan jalan raya dan banyak pelancong dari China, baiklah patah balik ke pangkal jalan. Akhirnya malam itu kami pulang juga ke LD.

30 comments

  1. Menariknya kat sini Kak Amie...lapar perut SA tengok semua makanan tu....

    BalasPadam
  2. Umangaiii lama tunggu tu lebih 1 jam. Nasiblah kita faham keadaan. Ohh nak makan sahaja pun kena bayar tiket masuk juga ye. Si bujang kenit ni jadi model mommy. Tak lama lagi kejap je dah masuk sekolah Menengah. Cantiknya buah koko tu macam purple marron warnanya. Biasa nampak warna kuning tu je.
    Macam sedap je Dalgona Cocoa Latte Firdaus tu. Yelah kak Amie, sangat menarik salad tu ada nanas. Membangkit selera daripada salad kebiasaan.
    Set Merdeka Kampung Classic tu pun macam best juga. Macam-macam ada dalam hidangan.
    Cuti sekolah ni semua orang dah booking awal dan banyak hotel dah penuh. Takpelah, lain kali boleh datang lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang kena beli tiket walaupun hanta untuk masuk kafe.
      Set merdeka tu memang puas hati. Tak habis makan sebab portionnya besar. Roti canai pun sampai dua keping. Kari ayam pun banyak.

      Padam
  3. Wah! sangat menarik tempat ni, jika saya dan family pasti tak lepas abadikan kenangan bergambar..rugi melancong tak ada apa2 gambar kenangan .Bab gambar menu makanan mantop! blogger Amie's ni..saya tak dapat follow cara terbaik ambil gambar..hebat ni tau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambil gambar ikut hati saja ni. Tak ada teknik, hentam saja hihihi.

      Padam
  4. menarik..semua menu memang terbaik.. paling terbaik pokok jerangkung tu.. kalau malam kena cahaya bulan malap.. hahaa.. sempat terkejut.

    BalasPadam
  5. Buah abiu, buah apa tu Amie...
    Tengok menu hidangannya tu, jadi lapar pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entahlah, tak tahu nak terangkan buah apa. Pernah makan, rasanya manis.

      Padam
  6. Nampaknya Kak Amie betul² berjiwa merdeka; air merdeka, makan pun set merdeka hehe ...
    Aduh, merata² ye tiada bekalan elektrik dan air di Sabah. Semoga dipermudahkan 🤲🏻
    Pada akhirnya rumah sendiri jugalah tempat paling nyaman utk berehat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulannya hari itu Hari Malaysia 16 September.
      Betul PH, senyaman rumah memang tempat kediaman sendiri.

      Padam
  7. wow dalgona coco latte gabungan coklat & kopi la ye..seronok firdaus berposing tu

    BalasPadam
  8. Cantiknya kak, dah penat berjalan-jalan lepas tu makan memang layan la, Menu yang ada pun semua nampak sedap betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Kebetulannya belum lapar sangat. Jadi tunggulah dengan sabar. Sampai juga menu yang sedap.

      Padam
  9. Kalau dah datang dua kali tu, memang menarik la tempat ni. Mesti jadikan destinasi jika bercuti ke LD.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Ada juga tempat untuk lepak makan.

      Padam
  10. ee.. jerangkung tepi jalan.. camne lah mereka buat pokok tu jadi gitu.
    alamak.. kalau dah ke semporna dekat dah dengan Pulau Mabul dan lain-lain.. bila lah dapat pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya pokok mati tu. Tinggal batangnya, jadi apabila naik rumput jadilah rupa jerangkung.

      Padam
  11. Merdeka flower tea tu unik. Kita orang pernah kena tunggu 1 jam malahan group terakhir sebab bila kami pesan je terus nasi dia habis. hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap flower tea tu. Dah minum habis segelas, tambah lagi minum air mineral. Manalah tak prnuh air dalam perut. Apabila makan tak dapatlah habiskan.

      Padam
  12. lengkap menunya sedap pula tempatnya nyaman selesa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Walaupun tak ada bekalan letrik, mereka guna generator.

      Padam
  13. Menariknya dulang merdeka kampung klasik tu. Nampak garing je roti canainya walaupun nampak tebal jugak tu. Cicah kari sedapnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Roti canainya garing dan lembut. Sedap masih panas cecah kari.

      Padam
  14. tak ada demo buat coklat ke kak?
    buah abiu tu macam buah markisa je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada demo buat coklat tapi kami malas masuk tengok.
      Buah abiu tu rasa buah ciku.

      Padam
  15. Waaaah kalo ke Tawau saya wajib lah kesini 😍😍😍😍. Semua sedaap nih kak. Sayang saja ada menu yg tak bisa dibidang. Lama juga listrik mati nih yaaaa ,aiiish. Kasian juga kalo banyak turis yang terlanjur datang saat bekalan listrik tengah terputus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena masuk ke ladang ta kalau mahu ke sini.
      Itulah, tiba-tiba banyak daerah di Sabah terputus bekalan letrik.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe