Makan Tengah Hari di Tawau Cocoa Cafe
9:09 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita hari Selasa, 16 September 2025. Kami daftar keluar Shervinton Hotel pada pukul 11:00 pagi. Kemudian singgah di pasar raya untuk mencari barang, tapi tak jumpa. Beli sahajalah buah epal hijau dengan pisau. Boleh kupas dalam kereta dan makan.
Perut masih belum rasa lapar. Kami menuju ke Teck Guan Cocoa Village. Sengaja menuju ke situ untuk makan tengah hari. Melihat tempat letak kereta penuh, sudah dapat agak tentu restoran pun penuh juga! Tidak apa. Perut masih belum beri isyarat!
Set Merdeka Kampung Classic |
Seperti yang dijangkakan memang Tawau Cocoa Cafe penuh dengan pelanggan. Sebahagian besarnya sedang duduk menanti pesanan hidangan tiba di meja masing-masing. Syukurlah ada meja kosong di sudut paling hujung. Dapatlah kami duduk di situ. Dan apabila memesan makanan di kaunter, ada yang tidak boleh dihidangkan kerana masalah bekalan elektrik terputus.
Dan, hidangan kami tiba setelah lebih satu jam menunggu!
Tidak ada rasa hendak marah atau melenting kerana faham semua pelanggan pun bersabar menunggu pesanan masing-masing.
Tidak ada rasa hendak marah atau melenting kerana faham semua pelanggan pun bersabar menunggu pesanan masing-masing.
Nampaknya kali ini merupakan kali kedua kami datang ke sini. Entri ke Teck Guan Cocoa Village sebelum ini:
Kali ini walaupun datang hanya untuk makan tetapi kena beli tiket masuk juga, RM10.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak.
Hendak beli aiskrim pun tak dapat! Masalah bekalan elektrik terputus juga kah... ahaks!
Boleh tuntut minuman koko menggunakan tiket masuk tadi.
Firdaus - Dalgona Cocoa Latte |
Amie - Merdeka Flower Tea |
Merdeka Flower Tea |
Encik Suami - Honey Lemon Tea |
Firdaus - Fried Chicken with Fries |
Encik Suami - Fish & Chips |
Kata Encik Suami, kenyang betul makan Fish & Chips sebab sebelum makanannya sampai Encik Suami tolong makan ayam dan kentang goreng Firdaus.
Yang menariknya, Fish & Chips disertai dengan salad campuran tomato dan nanas. Ada rasa masam manis yang seimbang dalam hidangan itu.
Amie - Merdeka Kampung Classic |
Dua keping roti canai. |
Ketika Merdeka Kampung Classic sampai ke meja, sempat pekerja kafe berkata : Ini sedap! Memang sedap!
Apa yang sedap?
Merdeka Kampung Classic mengandungi :
Merdeka Kampung Classic mengandungi :
- Roti Canai
- Kari Ayam
- Kuah Dal
- Keropok Lekor & Sos
- Acar Nanas
Keropok Lekor |
Kari Ayam |
Acar Nanas |
Dalam dulang Merdeka Kampung Classic tidak ada yang tidak sedap. Semuanya cukup rasa dan sempurna. Kuah kari sangat enak, roti canai panas dan lembut! Apabila cecah dengan kuah dal, rasa tidak mahu berhenti menyuap ke mulut. Keropok lekor pun sedap sangat cecah dengan sosnya. Uniknya sebab ada acar nanas! Memang menarik sungguh hidangannya dengan kombinasi yang di luar jangka. Acar nanas yang masam manis misalnya sesuai sangat dijadikan penutup makanan yang penuh lemak untuk mengimbanginya.
Alhamdulillah.
Semua kekenyangan!
Semua kekenyangan!
Sempat singgah di kedai dan beli Cocoa Susu. Kali pertama sampai sini Amie tersilap beli. Hendak beli Cocoa Susu terambil White Coffee!
Cocoa Susu |
Belum lagi rasa Cocoa Susu sebab bekalan air masih terjejas. Malas hendak masak air. Harapnya esok ada air.
Sempat ambil gambar pokok jerangkung di simpang masuk Cocoa Village! |
Petang itu kami terus ke Semporna. Seperti biasa, memang ingin walk in Seafest Hotel saja, tapi penuhlah pula. Tidak apalah. Bukan hendak sungguh-sungguh pun bermalam di Semporna. Sama juga keadaan di Semporna dengan di Tawau. Tidak ada bekalan elektrik. Lagi pun melihat kesesakan jalan raya dan banyak pelancong dari China, baiklah patah balik ke pangkal jalan. Akhirnya malam itu kami pulang juga ke LD.
30 comments
Menariknya kat sini Kak Amie...lapar perut SA tengok semua makanan tu....
BalasPadamBerkat sabar menanti, berbaloi rasanya.
PadamUmangaiii lama tunggu tu lebih 1 jam. Nasiblah kita faham keadaan. Ohh nak makan sahaja pun kena bayar tiket masuk juga ye. Si bujang kenit ni jadi model mommy. Tak lama lagi kejap je dah masuk sekolah Menengah. Cantiknya buah koko tu macam purple marron warnanya. Biasa nampak warna kuning tu je.
BalasPadamMacam sedap je Dalgona Cocoa Latte Firdaus tu. Yelah kak Amie, sangat menarik salad tu ada nanas. Membangkit selera daripada salad kebiasaan.
Set Merdeka Kampung Classic tu pun macam best juga. Macam-macam ada dalam hidangan.
Cuti sekolah ni semua orang dah booking awal dan banyak hotel dah penuh. Takpelah, lain kali boleh datang lagi.
Ya, memang kena beli tiket walaupun hanta untuk masuk kafe.
PadamSet merdeka tu memang puas hati. Tak habis makan sebab portionnya besar. Roti canai pun sampai dua keping. Kari ayam pun banyak.
Wah! sangat menarik tempat ni, jika saya dan family pasti tak lepas abadikan kenangan bergambar..rugi melancong tak ada apa2 gambar kenangan .Bab gambar menu makanan mantop! blogger Amie's ni..saya tak dapat follow cara terbaik ambil gambar..hebat ni tau..
BalasPadamAmbil gambar ikut hati saja ni. Tak ada teknik, hentam saja hihihi.
Padammenarik..semua menu memang terbaik.. paling terbaik pokok jerangkung tu.. kalau malam kena cahaya bulan malap.. hahaa.. sempat terkejut.
BalasPadamYa, ada pula pokok rupa jerangkung di sini.
PadamBuah abiu, buah apa tu Amie...
BalasPadamTengok menu hidangannya tu, jadi lapar pulak.
Entahlah, tak tahu nak terangkan buah apa. Pernah makan, rasanya manis.
PadamNampaknya Kak Amie betul² berjiwa merdeka; air merdeka, makan pun set merdeka hehe ...
BalasPadamAduh, merata² ye tiada bekalan elektrik dan air di Sabah. Semoga dipermudahkan 🤲🏻
Pada akhirnya rumah sendiri jugalah tempat paling nyaman utk berehat :)
Kebetulannya hari itu Hari Malaysia 16 September.
PadamBetul PH, senyaman rumah memang tempat kediaman sendiri.
wow dalgona coco latte gabungan coklat & kopi la ye..seronok firdaus berposing tu
BalasPadamItulah pilihan Firdaus.
PadamCantiknya kak, dah penat berjalan-jalan lepas tu makan memang layan la, Menu yang ada pun semua nampak sedap betul.
BalasPadamAlhamdulillah. Kebetulannya belum lapar sangat. Jadi tunggulah dengan sabar. Sampai juga menu yang sedap.
PadamKalau dah datang dua kali tu, memang menarik la tempat ni. Mesti jadikan destinasi jika bercuti ke LD.
BalasPadamAlhamdulillah. Ada juga tempat untuk lepak makan.
Padamee.. jerangkung tepi jalan.. camne lah mereka buat pokok tu jadi gitu.
BalasPadamalamak.. kalau dah ke semporna dekat dah dengan Pulau Mabul dan lain-lain.. bila lah dapat pergi.
Rasanya pokok mati tu. Tinggal batangnya, jadi apabila naik rumput jadilah rupa jerangkung.
PadamMerdeka flower tea tu unik. Kita orang pernah kena tunggu 1 jam malahan group terakhir sebab bila kami pesan je terus nasi dia habis. hehehehe
BalasPadamSedap flower tea tu. Dah minum habis segelas, tambah lagi minum air mineral. Manalah tak prnuh air dalam perut. Apabila makan tak dapatlah habiskan.
Padamlengkap menunya sedap pula tempatnya nyaman selesa
BalasPadamAlhamdulillah. Walaupun tak ada bekalan letrik, mereka guna generator.
PadamMenariknya dulang merdeka kampung klasik tu. Nampak garing je roti canainya walaupun nampak tebal jugak tu. Cicah kari sedapnya.
BalasPadamRoti canainya garing dan lembut. Sedap masih panas cecah kari.
Padamtak ada demo buat coklat ke kak?
BalasPadambuah abiu tu macam buah markisa je...
Ada demo buat coklat tapi kami malas masuk tengok.
PadamBuah abiu tu rasa buah ciku.
Waaaah kalo ke Tawau saya wajib lah kesini 😍😍😍😍. Semua sedaap nih kak. Sayang saja ada menu yg tak bisa dibidang. Lama juga listrik mati nih yaaaa ,aiiish. Kasian juga kalo banyak turis yang terlanjur datang saat bekalan listrik tengah terputus
BalasPadamKena masuk ke ladang ta kalau mahu ke sini.
PadamItulah, tiba-tiba banyak daerah di Sabah terputus bekalan letrik.