Makan Tengah Hari di Morifood Restaurant Arab

12:41 PTG

Bismillahorrahmanirrahim.
Walaupun kelmarin bekalan elektrik terputus dari pukul 2:30 pagi tetapi menjelang tengah hari berbesar hati hendak masak nasi guna dapur gas. Encik Suami beli sayur dan bahan masakan di kedai. Menjelang tengah hari, bekalan air pula terputus tanpa notis awal! Sekali lagi riuh rendahlah warga LD diduga dengan ketiadaan bekalan elektrik dan air!

Selepas solat zohor kami tiga beranak keluar mencari makan... ahaks! Encik Suami tanya hendak makan di mana. Amie kata, kita ronda-rondalah di bandar dan tengok-tengok mana-mana kedai makan yang terang. Itu bermakna kedai tersebut mempunyai bekalan letrik dari generator sendiri. Memang nampak jelas dari jalan raya mana-mana restoran yang kelihatan gelap, kipas tidak berpusing dan pelanggan memilih untuk makan di meja luar kedai.

Amie cadangkan untuk makan di Morifood Restaurant Arab sahaja. Sampai di sana, penuhlah pula ruang makan di tingkat bawah. Kalau hendak makan di ruang atas, takut pula kepanasan! Melihat lampu terang dan kipas berpusing di tingkat bawah, kami tanya adakah di tingkat atas kipas dan lampu hidup?  Alhamdulillah, ada bekalan elektrik dari generator di tingkat atas.

Bukan sahaja terang, pengdingin hawa pun berfungsi. Di tingkat dua pun pelanggan penuh di setiap bilik makan. Mujurlah ada satu bilik kosong, jadi kami pun terus masuk ke situ.

Amie cadangkan kepada Encik Suami, kalau air dan letrik masih terjejas, ke sinilah kita makan tengah hari esok lusa... ahaks! Lagi pun di sini banyak pilihan menu, bukan sahaja terhad kepada menu Arab tetapi ada juga menu Asian. Morifood Restaurant Arab terletak di Unit No. 6, Linear Block F, Level 1, Harbour Town, MDLD 7993, 91100 Lahad Datu, Sabah

Set Nasi Arab Lamb


Kami memesan set nasi arab dengan kambing untuk tiga orang.  Hendak makan lamb shank tapi sudah habis, katanya pelayan restoran. Untuk satu set nasi arab kambing bersama satu jug air sirap berharga RM99.00. Sayangnya ketika itu tiada sebarang dessert yang boleh dipesan termasuklah kunafa. Dalam keadaan sekarang, kami pun fahamlah banyak masalah yang sedang dihadapi oleh setiap kedai makan. 

Juga air sirap limau.

Cantik corak pinggannya.

Ambil gambar hiasan dalam bilik sementara menanti hidangan tiba. Handsome Pak Arab sedang masak air di padang pasir!


Model cilik beraksi di sebelah Pak Arab.



Tidak menunggu lama, Set Nasi Arab Lamb pun sampai.



Makan Nasi Arab di sini terasa seolah-olah berada di Tanah Arab! Apa tidaknya. Nasinya beraoma dan tidak terlalu berempah dan sangat lembut. Eh, rindu pula hendak makan Nasi Arab di Mekah dan Madinah!

Dalam talam, disertakan sekali kari kentang.

Encik Suami sukakan acar timun ini. Sedap, katanya.

Sambalnya pun memikat selera, cukup rasa!

Bismillah.

Popia


Sebelum balik ke rumah, singgah warung beli makanan untuk Firdaus. Kebetulan pula bekalan air masih terputus, jadi adalah juga kudapan untuk alas perut di malam harinya.

Pastil Inti Bihun

Egg Tart Portuguese & Cream Brulee

15 comments

  1. Dah berbesar hati nak masak nasi atas dapur gas tu, tiba-tiba air pulak tak ada. Mujur ada kedai nasi arab yang memasang generator, dapatlah makan dengan selesa, ada lampu, kipas dan aircond. Walaupun tak ada lamb shank, kambingnya saja sudah memikat perut nak nak dicicah dengan sambal yang sedap tu, Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam keadaan begini kena terimalah apa seadanya kan SK. Syukur, tiada satu perkara, ada juga perkara lain yang ada.

      Padam
  2. Aah la Kak Amie, Sy pun rindu nasi Arab di Haramain 🥹
    Pastil Inti Bihun tu macam karipap bentuknya...
    Payah dan parah juga bila air & letrik takde ni. Mudah-mudahan bekalan kembali stabil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul PH. Di sana memang masakan ori, air tangan tempatan. Ada beza dengan di tempat kita.
      Ya, pastil itu ala-ala karipap tapi inti bihun.

      Padam
  3. Bila air dan letrik tiada memang susah. Tapi bila tenguk hidangan nasi arab amie tayang terus rasa senang hati. hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa, di sini ada bekalan elektrik. Cukup nyaman dengan hawa dingin.

      Padam
  4. lama tk mkn egg tart tu..nasi arab lauk lamb mmg fav

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan egg tart.
      Lamb memang lauk pilihan ramai.

      Padam
  5. Listrik masalah, kalo tambah air juga, wassalam lah memang. 🥴. Masih belum betul juga sampai skr ya kak Amie?

    Sedaaaaap nasi arab ini. Memang mahal, tapi toh bisa dishare dengan beberapa orang, dan lagi dia pakai bumbu banyak ... Wajarlah memang 😍😍😍

    BalasPadam
  6. Nasib ada generator. Memang susah kalau takde elektrik & air. Kami pernah juga masa banjir teruk kat Lipis ni bekalan elektrik terjejas.

    BalasPadam
  7. Dugaan betul dua dua tak ada bekalan. Mujurlah juga ada kedai yang ada bekalan elektrik. Dapat juga menumpang bertenang seketika dan menjamu selera. Makanan pun sedap-sedap. Saya pun tengok cantik pinggan tu, biru dan kuning motif mandala tu.

    BalasPadam
  8. Ada restoran pak arab ya di Tawau..lain sedikit cara hidangan kan,,ada keunikannya..gambar sangat seni..alhamdulillah.

    BalasPadam
  9. Moga cepat pulih masalah elektrik kat sana ye kak... nasib la kedai yang besar-besar ada generator mereka sendiri. Sedap semua mnu tu kak,. udahla tengok waktu rehat lapar pulak perut ni.

    BalasPadam
  10. Takde letrik ok lagi berbanding takde air.. tapi kalau kedua-duanya tak ada memang huru hara lah jadinya.

    BalasPadam
  11. walaupun tak ada letrik tapi gigih juga laa pihak restoran ni sediakan juadah... ada sesetengah kedai kalau ada masalah letrik terus tak beroperasi...

    tengok nasi je dah nampak sedapppppp

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe