Makan Tengah Hari di Morifood Restaurant Arab
12:41 PTGSelepas solat zohor kami tiga beranak keluar mencari makan... ahaks! Encik Suami tanya hendak makan di mana. Amie kata, kita ronda-rondalah di bandar dan tengok-tengok mana-mana kedai makan yang terang. Itu bermakna kedai tersebut mempunyai bekalan letrik dari generator sendiri. Memang nampak jelas dari jalan raya mana-mana restoran yang kelihatan gelap, kipas tidak berpusing dan pelanggan memilih untuk makan di meja luar kedai.
Amie cadangkan untuk makan di Morifood Restaurant Arab sahaja. Sampai di sana, penuhlah pula ruang makan di tingkat bawah. Kalau hendak makan di ruang atas, takut pula kepanasan! Melihat lampu terang dan kipas berpusing di tingkat bawah, kami tanya adakah di tingkat atas kipas dan lampu hidup? Alhamdulillah, ada bekalan elektrik dari generator di tingkat atas.
Bukan sahaja terang, pengdingin hawa pun berfungsi. Di tingkat dua pun pelanggan penuh di setiap bilik makan. Mujurlah ada satu bilik kosong, jadi kami pun terus masuk ke situ.
Set Nasi Arab Lamb |
Ambil gambar hiasan dalam bilik sementara menanti hidangan tiba. Handsome Pak Arab sedang masak air di padang pasir!
Dalam talam, disertakan sekali kari kentang. |
Encik Suami sukakan acar timun ini. Sedap, katanya. |
Sambalnya pun memikat selera, cukup rasa! |
Bismillah. |
Popia |
Pastil Inti Bihun |
Egg Tart Portuguese & Cream Brulee |
15 comments
Dah berbesar hati nak masak nasi atas dapur gas tu, tiba-tiba air pulak tak ada. Mujur ada kedai nasi arab yang memasang generator, dapatlah makan dengan selesa, ada lampu, kipas dan aircond. Walaupun tak ada lamb shank, kambingnya saja sudah memikat perut nak nak dicicah dengan sambal yang sedap tu, Kak Amie.
BalasPadamDalam keadaan begini kena terimalah apa seadanya kan SK. Syukur, tiada satu perkara, ada juga perkara lain yang ada.
PadamAah la Kak Amie, Sy pun rindu nasi Arab di Haramain 🥹
BalasPadamPastil Inti Bihun tu macam karipap bentuknya...
Payah dan parah juga bila air & letrik takde ni. Mudah-mudahan bekalan kembali stabil.
Betul PH. Di sana memang masakan ori, air tangan tempatan. Ada beza dengan di tempat kita.
PadamYa, pastil itu ala-ala karipap tapi inti bihun.
Bila air dan letrik tiada memang susah. Tapi bila tenguk hidangan nasi arab amie tayang terus rasa senang hati. hehehehe
BalasPadamHaaa, di sini ada bekalan elektrik. Cukup nyaman dengan hawa dingin.
Padamlama tk mkn egg tart tu..nasi arab lauk lamb mmg fav
BalasPadamSedap kan egg tart.
PadamLamb memang lauk pilihan ramai.
Listrik masalah, kalo tambah air juga, wassalam lah memang. 🥴. Masih belum betul juga sampai skr ya kak Amie?
BalasPadamSedaaaaap nasi arab ini. Memang mahal, tapi toh bisa dishare dengan beberapa orang, dan lagi dia pakai bumbu banyak ... Wajarlah memang 😍😍😍
Nasib ada generator. Memang susah kalau takde elektrik & air. Kami pernah juga masa banjir teruk kat Lipis ni bekalan elektrik terjejas.
BalasPadamDugaan betul dua dua tak ada bekalan. Mujurlah juga ada kedai yang ada bekalan elektrik. Dapat juga menumpang bertenang seketika dan menjamu selera. Makanan pun sedap-sedap. Saya pun tengok cantik pinggan tu, biru dan kuning motif mandala tu.
BalasPadamAda restoran pak arab ya di Tawau..lain sedikit cara hidangan kan,,ada keunikannya..gambar sangat seni..alhamdulillah.
BalasPadamMoga cepat pulih masalah elektrik kat sana ye kak... nasib la kedai yang besar-besar ada generator mereka sendiri. Sedap semua mnu tu kak,. udahla tengok waktu rehat lapar pulak perut ni.
BalasPadamTakde letrik ok lagi berbanding takde air.. tapi kalau kedua-duanya tak ada memang huru hara lah jadinya.
BalasPadamwalaupun tak ada letrik tapi gigih juga laa pihak restoran ni sediakan juadah... ada sesetengah kedai kalau ada masalah letrik terus tak beroperasi...
BalasPadamtengok nasi je dah nampak sedapppppp