Alas Perut Sebelum Menoreh
11:48 PGBismillahirrahmanirrahim.
Biasanya Amie hanya bawa bekalan sarapan berupa telur rebus, timun, buah epal dan daun salad. Dalam bakul bekalan sudah tentu ada air panas dan air biasa. Tidak ketinggalan piasau untuk kupas buah dan sebotol sos kegemaran iaitu Kewpie Roasted Sesame Dressing. Memandangkan setiap hari kelas bermula seawal 6:45 pagi, jadi hanya sempat minum air kosong sahaja.
Waktu rehat, anak-anak penoreh getah memenuhi kantin, jadi kita pun duduklah di bilik guru makan bekalan yang dibawa. Kupas telur rebus, dan tuangkan sos atas salad.
Bekalan asas untuk sarapan. |
Salad sedia untuk dinikmati setelah dituang sos. |
Biasanya buah epal dikupas ketika hendak makan.
Bimbap |
Kalau tak sempat bawa bekalan, Amie pesan makanan dari rakan penoreh yang sudah bersara, Cikgu Fadilah. Beliau bersama anak-anak mengusahakan kedai makan The Keju, di I Peak. Ramai rakan penoreh memesan pelbagai jenis makanan daripadanya. Beliau akan hantar makanan kami dan letak di pondok keselamatan.
Zaman sekarang dunia di hujung jari. Hendak makan apa, pesan saja. Hendak bayar, guna QR pula. Senang kan? Tak perlu bersua muka.
Antara menu sarapan yang selalu Amie pesan:
Nasi Lemak Sambal Sotong Kembang |
Nasi Lemak Sambal Udang & Petai |
Laksam |
Sago Mangga |
Popia Sira |
13 comments
mcm2 menu sebelum menoreh tu..yumyyy
BalasPadamBetul, la.. semua di hujung jari skrg janji ada fulus. Lama sy tak bawa telur rebus utk sarapan. Macam nak kena start balik ni.
BalasPadamSedap2 makanan kak amie...
BalasPadamAduuuuuh laksam nya kak Amie 😍😍😍😍? Saya sukaaa laksam. Memang nak cari ini lagi saat di KL nanti. Walaupun saya tahu asalnya bukan dr KL, tp hanya sempat cari di sana 🤣. Ntah kapan bisa ke kota asalnya
BalasPadamSago mangga tu nampak menarik. Sambil membeli sambil menolong business kawan.
BalasPadamsedapnya menu sarapan penoreh
BalasPadamSago mangga…unik tu. Tak pernah makan sago mangga.
BalasPadamNasi lemaknya alas daun pisang, jadi bertambah sedap aromanya.
Sedapnya sago mangga tu minum sejuk2.
BalasPadamBimbap pun ada..sago mango tu sedap sungguh nampaknya
BalasPadamUoiii....sagu mangga tu menggoda betul...walaupun niat asal nak tumpang jamah salad telur bekal cikgu tu🤭
BalasPadamMenariknya nasi lemak beralas daun pisang!
BalasPadamBaru bersembang dengan jiran, kami kata tak nak balik ke zaman 90-2000an dah sebab zaman sekarang kaki tak gerak pun dapat makan asalkan ada duit hahhaha.. Mudah betul zaman sekarang ni
Sago mangga tu first time tengok, mesti sedap. Semua pun sedap, nasi lemak tu dan lain2 nya lah.
BalasPadammenu sihat sungguh makan salad je.
BalasPadammenarik betul makanan yg cikgu fadilah jual. sago mangga tu nampak menyegarkan!