Siapalah Seorang Guru Itu?
8:39 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi, sekitar pukul 6:30 pagi, seorang rakan ladang beritahu ada murid berada di luar bilik guru hendak berjumpa kita. Rupanya JT, membawa kotak warna putih berisi brownie cake untuk kita. Allahu Akbar, Pagi-pagi lagi sudah dapat rezeki. Ahamdulillah.
Kebetulan pula, kami pakat-pakat buat pot luck. Ketika ini semua murid sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Pukul 9:15 pagi, waktu rehat sehingga pukul 9:45 pagi. Ketika itulah kami makan sesempat-sempatnya sebab akan sambung masuk ke kelas. Peperiksaan akan dimulakan selagi selepas waktu rehat.
Brownie Cake daripada JT. Terima kasih! |
Jamuan seadanya.
Waktu hendak pulang, seorang murid mencari kita dan dihulurkan key chain cantik ini! Terima kasih!
Beginilah kami. Menyambut Hari Guru setiap tahun seadanya sahaja. Tidaklah kami sampai menyusahkan murid dan ibu bapa untuk meraikannya apalagi untuk meminta hadiah. Kami syok sendiri sahaja sesama kami.
Apa yang melukakan hati kami dari semasa ke semasa ialah banyaknya timbunan caci keji, umpat dan fitnah segelintir ibu bapa dan masyarakat di media sosial. Sungguh memalukan mentaliti mereka, bahkan berjemaah mencerca dan menuang minyak di atas unggun api. Nak menjelaskan perkara sebenar pun, cikgu juga yang tidak betul. Telan sajalah segala kepahitan itu.
Cuma hendak kata : Siapalah kita sekarang tanpa guru yang mengajar kita membaca dan menulis.
Sabar sajalah!
Belum pernahlah kita dengar guru minta murid belikan hadiah untuknya sempena Hari Guru. Sayangnya maruah guru sekarang habis dilenyek, dipijak-pijak dengan pelbagai tuduhan seolah-olah guru itu tamak dan teringin sangat hendak dapat hadiah.
Tapi kalau murid itu sendiri memang hendak beri, bolehkah kita kata : Bawa pulang hadiah itu! Cikgu tidak mahu terima.
Adabnya, ikhlas memberi, ikhlas menerima.
13 comments
Selamat hari guru!
BalasPadamSelamat Hari Guru...
BalasPadamSemoga sahaja Allah mudahkan urusan semua guru-guru dalam mendidik anak anak pewaris bangsa agama dan negara tercinta ini..
Selamat hari guru.
BalasPadamSelamat Hari Guru
BalasPadamSelamat Hari Guru..Siapalah saya tanpa seorang guru.. Hormati guru, sayangi cikgu Dan berjayalah dalam pelajaran. InshaAllah..
BalasPadamSiapalah yang cutikan anak sebab tak dapat bagi hadiah tu ek.. Kena Dendan ke apa kalau tak bagi hadiah?? Zaman saya dulu..tak bagi pun takpa..cuma murid tu sendiri yang rasa segan bila tak bagi .. Kalau dah tak berkempapuan, cikgu pun faham..Benda tak wajib pun..
SELAMAT HARI GURU KAK AMIE...!!
BalasPadamMoga sentiasa sihat ceria dan dimurahkan rezeki selamanya. Jasa yang ternilai buat semua guru. Mendidik anak2 tanpa mengira bangsa dan ugama, dengan penuh lelah dan kudrat.
Kami parents memang berusaha untuk bagi hadiah ketika Hari Guru walaupun kami tau, hadiah yang kami bagi, tak setimpal dengan jasa semua guru.
Kami pasti, semua guru menerima semuanya dengan ikhlas dan berbunga2 di hati, walau apa jua bentuk dan nilai nya. Juga tetap menyayangi sepenuh hati mereka yang tidak dapat memberi.
Saya pun belikan hadiah pen marker dan pen merah aje.. Buatkan kad dan biat anak anak tulis sendiri ucapan kepada guru mereka... tak terfikir hendak beri yang mahal mahal sebab taknak anak anak ada rasa riak atau meninggi diri di kalangan kawan kwan kerana mampu beri hadiah mahal. Pernah lah bagi hadiah telekung berjenama, tapi saya hantar terus kepada cikgu tanpa pengetahuan anak anak. Selamat hari guru kak Amie..
BalasPadamSelamat Hari Guru Kak!
BalasPadamPokok pangkal hati dan adab. Sy tak tahulah org skrg tapi Sy sampai sekarang wpun dah dewasa tetap menyanjung jasa guru². Tak tergamak nak keluarkan kata² yg tak elok utk cikgu, takut hilang berkat. Hormat pada guru umpama hormat pada ibu ayah.
Selamat Hari Guru Cikgu Amie🥰
BalasPadamBertabahlah para guru sekalian. Teruskan berjuang mendidik. Selamat Hari Guru buat kak Amie dan semua guru di Malaysia. Jasamu seorang guru akan dikenang sampai bila-bila. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...
BalasPadamSaya pun baca nya ikut sedih. Saya tak percaya guru2 seperti itu. Krn biasa nya pun murid yang ingin memberi hadiah untuk guru2nya.
BalasPadamYg sabar kak Amie, tapi saya yakin masih banyak orang percaya kalo guru2 sejatinya memang ikhlas mengajar murid.
Selamat hari guru buat semua guru di malaysia terutamanya amie. Guru lah yang mendidik kita tanpa guru tidaklah kita jadi orang seperti sekarang. Hadiah tidak ternilai dengan ajaran cikgu sepanjang kita bersekolah. Geram pulak membacanya ingat cikgu ajar tu nak hadiah padahal kalau anak muridnya berjaya pada cikgu itulah hadiah terbesar baginya setelah berpenat lelah mengajar anak muridnya. Semuga jasa cikgu Allah berkati hendaknya. Aamiin
BalasPadamSelamat Hari Guru Kak Amie
BalasPadam