Selamat Tinggal Hotel Sofea Yang Seindah Namanya!
9:06 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Waktu subuh pukul 6:50 pagi manakala waktu sarapan hanya berjarak 10 minit sahaja iaitu pukul 7 pagi. Mujurlah waktu meninggalkan hotel ditetapkan pada pukul 9 pagi. Jadi tidaklah tergesa-gesa untuk sarapan dan daftar keluar hotel. Sempat pula ambil gambar yang sejak malamnya terbayang-bayang.
Kebetulannya pula, pakaiannya kita warnanya hampir menyamai warna tema Hotel Sofea! Kalau tidak diperhatikan betul-betul gambar di bawah ini sudah tentu 'tenggelam' watak utamanya.
Gambar kenangan sebelum meninggalkan Hotel Sofea. |
Sebaik sahaja selesai sarapan, Amie dan Kamsiah terus bergegas ke lobi hotel. Semalam susah sikit hendak ambil gambar. Selain penat, tak dapat hendak cari sudut yang sesuai kerana setiap ruangan dipenuhi tetamu hotel.
Sebelum itu, sempat ambil beberapa keping gambar hiasan di dewan makan. Ketika sedang merakam gambar di dinding, seorang pekerja hotel menegur: Kamu tahu siapa itu? Tanyanya sambil menunjuk gambar yang Amie rakam. Amie jawab tidak tahu. Siapa, tanya Amie kembali. Itulah Ali Baba, jawabnya.
Gambar Ali Baba - menurut pekerja Hotel Sofea. |
Yang ini tak tahu gambar siapa. |
Di lobi hotel, ruangannya luas dan selesa. Sedap mata memandang.
Jubin yang indah sentiasa ada di mana-mana. |
Wajah Amir al Mu'minin, Raja Maghribi : Muhammad VI. |
Pada malam semalamnya, ruangan ini dipenuhi rakan-rakan rombongan, jadi pagi ini dapatlah rakam gambar sepuas-puasnya sebelum ruangan sesak semula.
Hiasan dalamannya kelihatan unik.
Ketika ini tetamu hotel sudah mula bergambar di sini.
Terpaksalah beratur untuk menanti giliran.
Akhirnya dapat tangkap gambar sekeping dua.
Akhirnya dapat tangkap gambar sekeping dua.
Ke mana Majorel Voyage bawa kami selepas ini?
13 comments
Gambar2 tu semua cantik.. Dilukis ya kak Amie?..
BalasPadamUnik pula 'model' yang tolong pegang lampu bulat tu
Ala-ala istana gitu!
BalasPadamCantik2 jubin dekat setiap sudut...
BalasPadamcantik n mewah hotel sofea terpesona
BalasPadamCantik dan berciri tradisional hiasannya...
BalasPadamSiapa Ali Baba tu Kak Amie? Figura terkenal di sana barangkali ya...
Sy cuma kenal watak Ali Baba dlm filem P Ramlee :D
Ali Baba and the Forty Thieves mungkin memang wujud.
BalasPadamMungkin juga nama orang di dalam gambar itu Ali Baba.
Apakah alibaba bujang lapuk asalnya dari sana. Mesti P Ramlee ciplak idea dari Magribi. Deko tingkap bercermin kaca biru gelap dan light tu cantik
BalasPadamLawa hotelnya. Lobi pun ada banyak tempat duduk, dan deko yang menarik.
BalasPadamCantik betul interior, deko, senibina hotel tu Kak Amie. Setiap sudut cantik dan menarik.
BalasPadamSemua gambar molek sungguh kejadiannya
BalasPadamIkut tema pulak kan. Baru puas hati dapat memotret setiap sudut yang menarik tanpa entiti lain kan. Ooo itukah Ali Baba. Teringat cerita P.Ramlee Ali Baba Bujang Lapok.
BalasPadamJubin di kaunter lobby tu macam pening pula bila tengok lama-lama.
Memang cantiiiik hotel ini ya kak. Tak kisah lah klasik, tp bangunannya unik, warnanya pun saya suka, kuning orange.
BalasPadamOh tokoh Alibaba bukan tokoh fiksi kah? Memang betul ada?
Cantik betul hotel ni
BalasPadam