Sarapan di Pagi Minggu : Bugis Cuisine

11:57 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu.
Sarapan apa pagi ini? Kami beli saja makanan di pasar tani. Oleh kerana di sini kebanyakan peniaga menjual makanan tradisi masyarakat Bugis, jadi kami pun tidak banyak pilihan lain. Kami bawa pulang:

  • Buras & Tumbuk
  • Kapurung
  • Sanggar Belanda @ Pisang Talamek


Sarapan Menu Bugis


Rakaman video hidangan masakan Bugis.

Buras & Tumbuk

Istimewanya, bukan sahaja pada hari raya kami dapat makan buras dan tumbuk, tetapi setiap hari kedua-duanya ada dijual di mana-mana gerai. Kalau beli buras atau tumbuk, akan disertakan sekali dengan serondeng kelapa dan sambal ikan bilis dalam satu harga. Sekiranya hendak makan buras dengan Ayam Masak Palekko, kenalah beli dalam bungkusan lain dengan harga RM5.00. Amie hanya beli buras dan tumbuk sahaja, dan masak sendiri Ayam Palekko.

Ayam Palekko yang dijual biasanya menggunakan ayam pencen atau ayam tua. Isinya kurang, dan kebanyakannya hanyalah bahagian kaki dan leher. Jadi, baiklah masak sendiri di rumah. Puas makan dengan buras dan boleh menambah-nambah!

Ayam Masak Palekko hasil air tangan di dapur sendiri.


Serondeng Kelapa & Sambal Ikan Bilis

Tidak ketinggalan beli kapurung.

Kuah kapurung ini Amie tambahkan sardin dalam tin. Kuahnya nampak lebih menyerlah dan berasa.

Apabila sudah selalu merasa kapurung di sana dan di sini, akhirnya dapatlah salah satu rasa yang disukai. Dapat fikiran, baiklah olah ikut citarasa. Jadi, tambahkan sardin dalam tin dan didihkan bersama kuah asal. Sedap! Nanti, kalau ada keberanian hendak buat kapurung sendiri. Setakat ini hanya melihat-lihat sahaja orang mengadun tepung ubi untyuk dibuat kapurung.

Pencuci mulut pun kita beli dessert Bugis : Pisang Talamek @ Sanggar Belanda.

Sanggar Belanda @ Pisang Talamek

Jemput sarapan buras & Ayam Masak Palekko.



9 comments

  1. Kapurung tu macam ambuyat ke? Teliur tengok menu sarapan tu. Tak pernah makan semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kurang ambuyat sebab bahannya sama dari tepung sagu. Cuma saya tak pandai makan ambuyat sebab kena gunakan candas, tak mahir nak gulung-gulung. Kalau makan kapurung, sagunya sudah siap dibentuk, sedang sudu dan terus masuk mulut.

      Padam
  2. Masyaa Allah...sedap sedap belaka..
    Saya suka sangat tumbuk terutama versi pulut hitam..Tapi best la beli buras & tumbuk memang pakej sambal & serondeng..Sedap pulak tu

    BalasPadam
  3. Buras tu macam ketupat jugakla kan? Selalu tgok kawan saya duduk sabah makan buras

    BalasPadam
  4. Ingatkan sarapan BUgis di Morocco. Rupanya di negeri bawah bayu. hehe

    BalasPadam
  5. Aduhh.. masih belum jumpa buras lagi ni.. walau ritu pergi JB. Mungkin kena tau daerah yang biasa buat buras.

    BalasPadam
  6. kalau kat tmpt saya sekali sekala dapat sarapan macam ni mesti nikmat amat

    BalasPadam
  7. waduh nikmatnya. tak penah makan semua yang amie hidangkan ni

    BalasPadam
  8. Hidangan masakan bugis yang belum pernah saya cuba. Kalau ke Sabah ni wajib cubalah kan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe