Sarapan di KLIA1 Makan Tengah Hari di KKIA

8:19 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita Syawal masih belum habis. Kali ini entri terakhir berada di Malaya. Urusan daftar nasuk bagasi berjalan lancar dan kami terus masuk ke ruang menunggu. Fuad akan kembalikan kereta sewa pada pukul lapan pagi dan kemudian akan kembali ke homestay bersama Abang Farid. Sementara menunggu waktu daftar keluar pada pukul 12 tengah hari, mereka berehat dahulu di situ. Kemudian Abang Farid akan hantar Fuad ke stesen bas dan Abang Farid akan pulang ke Gombak bersama Aseeyah dan Hamzah.

Kami bertiga sarapan di Malaysia Airports (Niaga), makan Nasi Lemak Bilis. Tiga bungkus nasi lemak berharga RM16.98 sen tidak termasuk air.

Nasi Lemak Bob Gadang

Cantik terletak telur, nampak macam sebiji tapi sebenarnya separuh.

Firdaus kata sedap!


Seperti biasa, urusan naik pesawat memang meletihkan. Sudahlah malam tak lena tidur, asyik termimpi lewat bangun dan tertinggal kapal terbang! Kena datang awal pula ke lapangan terbang. Jadi, sebaik sahaja duduk di kerusi, mata pun terus tertutup. Apabila hidangan disajikan, hendak tak hendak saja untuk buka mata. 


Sebaik sahaja pramugara sampai di tempat duduk kami, katanya sudah tiada pilihan makanan kecuali nasi lemak dan rendang ayam. Terima sajalah seadanya. Lepas jamah sedikit dan minum, sambung tidur!

Tiba di Kota Kinabalu, sebelum sambung penerbangan ke Lahad Datu kami singgah basahkan tekak di Plaza Premium Lounge. Tidaklah kami mencari makanan berat, hanya sekadar alas perut sahaja.

Encik Suami : Cappucino


Encik Suami : Tuna Mayo Sandwich

Firdaus : Mango Milkshake


Firdaus : Chicken Popcorn

Amie : Go With The Flow


Amie : ABC - RM16.00

Amie hanya memesan minuman ABC sahaja. ABC di sini bukan bermaksud Air Batu Campur tetapi campuran jus epal, beetroot dan lobak merah.

Rasa tidak sabar hendak menaiki pesawat MASWings ke LD!

Jadinya dalam sehari, kami sarapan di KLIA1.
Kami makan tengah hari di Kota Kinabalu Airport.
Kami makan malam di Lahad Datu.


16 comments

  1. Nampak nasi lemak macam best je.. Teringin pulak. Mana nak cari nasi lemak malam-malam ni.. Hehe

    BalasPadam
  2. mahal nasi lemak kat airport kan. jd kena makan sampai licin. tgk sambal pun cam menarik je.

    BalasPadam
  3. Itu la tak nampak macam ABC. Rupanya; apple, beetroot & carrot ye...
    Panjang perjalanannya ye Kak, wpun sekadar rentas negeri

    BalasPadam
  4. Seharian baru sampai rumah... kalau dah macam tu kena extra 1 hari lagi untuk rehatkan badan.

    BalasPadam
  5. Kalau Firdaus kata sedap, mesti sedap kan. ABC tu nampak sedap.

    BalasPadam
  6. berselera daus makan nasi lemak sedap

    BalasPadam
  7. Penatnya kena tukar flight 3x sebelum sampai ke LD. Mujurlah masa ngajar di Papar dulu, sy turun di KLIA dan ambik flight ke Kota Bharu... Skrg ni pun dah ada AA dari KB ke KK. Alhamdulillah...

    BalasPadam
  8. waahhh nampak telur nasi lemak tu mcm sebiji tp rupanya separuh ye? hehehe

    BalasPadam
  9. Masya-Allah, penat travel jauh, naik kapal terbang. Sedap pula tengok cappucino dan sandwich. 😋

    BalasPadam
  10. Wah...ni kalau bulan puasa berunting ni ..sahur di Malaya...iftar di LD...😂

    BalasPadam
  11. Curlas tau sarapan di klia, makan di kkia, makan malam di lahad datu ahakz!
    Pelik jugak saya cari mana ABC, rupanya jus sihat 😁

    BalasPadam
  12. Nak naik kapal makan nasi lemak atas tu nasi lemak lagi ye kak, tapi kalau tak makan risau lapar pulak. Dana baru nk tanya lain macam air abc skrg, rupanya bukan heheheh

    BalasPadam
  13. Makanan kat airport sedikit pricey tapi naka tak nak memang kena habiskan sebab mahal..hehehe..

    BalasPadam
  14. Naah lemak macam tuh yg saya suka. Sambalnya banyaaak, telur ada 🤤🤤🤤. Memang tak sabaaar nak ke KL secepatnya 🤣🤣. Mau puas2 cari nasi lemak 😁.

    BalasPadam
  15. Nasi lemak macam itu yang saya selalu craving. Jarang nak jumpa sekarang ni dekat-dekat rumah saya. Nasi lemak klasik begitu.

    BalasPadam
  16. Memang penat bila perjalanan jauh ni. Sedapnya nasi lemak bungkus daun pisang. Mahal pun takpe, janji sedap. Bila dah penat kadang tak rasa nak makan. Nak rehat je rasa kan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe