Makan Tengah Hari dengan Hidangan Warna-Warni di La Pergola Restaurant

9:15 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila merujuk butiran gambar dalam galeri tertulis Bouderoua Beni Qualla, Maghribi. Itulah nama tempat persinggahan kami selepas meninggalkan ladang limau di Sebou River. Kami menikmati santapan tengah hari di La Pergola Restaurant.

Makan Tengah Hari di La Pergola Restaurant.


Sebelum itu Amie kongsikan gambar-gambar sepanjang perjalanan dari Sebou River. Sayang pula tidak dipaparkan di sini untuk kenangan dan bacaan akan datang. Gambar di atas menunjukkan tanaman kentang.


Barangkali ini sebahagian daripada lembah atau anak-anak sungai Sebou.






Sempat makan buah epal yang disimpan dalam beg sandang. Kalau tak silap buah epal ini Amie ambil di Nejjarine Restaurant sewaktu makan tengah hari di Fes. Senang hendak simpan dalam beg sebab buah-buahan yang dihidang sebiji-sebiji tak dipotong.


Cantik pula pemandangan di sini! Nun di sana kelihatan rumput hijau terhampar indah bersama bunga-bungaan berwarna kuning.


Walaupun secara umumnya, ketika kami sampai di Maghribi disambut dengan musim sejuk, tetapi negara ini mempunyai iklim sederhana, dengan corak cuaca yang berbeza dipengaruhi oleh lokasi Mediterraneannya. Negara empat musim ini mengalami cuaca panas merentasi bandar utamanya semasa musim panas, manakala kawasan padang pasir boleh mengalami haba yang berlebihan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa malam boleh menjadi sejuk, terutamanya di kawasan padang pasir dan altitud yang lebih tinggi.



Majorel Voyage berhenti bersebelahan dengan bas pelancong yang lain.


Bendera negara Maghribi berkibar di sanun.


Kalau ada yang perasan, baju sejuk yang Amie pakai tetap sama setiap hari. Sebenarnya dua pasang baju sejuk Amie tertinggal di rumah Bonda. Maklumlah, kelam-kabut. 29 Januari terbang balik dari KLIA1  ke LD. 31 Januari terbang semula dari Tawau ke KLIA2. Betul kata Kamsiah, Kalau musim sejuk, pakaian kita tidak berbau. Syukur Alhamdulillah! Memang tidak ada sebarang bau badan. Sama seperti di Kota Makkah. Walaupun panas tetapi berangin dan pakaian yang kita pakai tidak lembab memerangkap peluh seperti iklim khatulistiwa di negara kita.

Selamat Datang ke Restaurant La Pergola.


Di ruang masuk restoran kelihatan longgokan kayu kering yang dibakar untuk mengeluarkan haba menghangat badan.


Semalam sudah berkenalan dengan Amirul Mu'minin, Muhammad VI di Hotel Sofea. Hari ini baginda menemani kami santap tengah hari di Restaurant La Pergola.


Hidangan tengah hari sudah menunggu kedatangan kami.


Nampak meriah sungguh hidangannya! Penuh warna-warni seolah-olah sebuah taman dalam pinggan. Agaknya dalam satu pinggan itu ada berapa jenis dan warna ya? Jom kita cari kerja tak bergaji, mengira jumlah bahan yang dihidangkan di bawah ini.

Rasanya ada 11 bahan termasuk nasi!

Moroccan Bread - Khobz

Buah zaitun.

Cili Jeruk

Sos Cili



Nampak meriah dengan pelbagai warna di setiap sudut pinggan.


Rasanya memang tak mampu untuk habiskan semua!



Memandang saja sudah rasa kenyang... ahaks!


Tagine

Dan... itu dia!  Yang ditunggu sudah datang!
Setiap seorang dihidangkan pula dengan tagine yang panas dari dapur dengan aromanya yang sungguh menggoda selera.


Proses merenih di dalam bekas tembikar inilah yang membuatkan aromanya semerbak apabila dibuka. Kali ini tagine yang dihidangkan berupa daging bersama lobak merah, lemon yang diawet, kekacang dan rempah-rempahan.

Lobak merah yang lembut dan sempurna cukup rasa itu sangat sedap!


Dagingnya duduk sembunyi di bawah lobak dan kentang!


Hidangan tengah hari diakhiri dengan pencuci mulut, puding karamel.

Alhamdulillah.


Selepas makan, kita tinjau kawasan luar restoran pula.



Buah delima bergantungan di bahagian atas pokok.


Luas kawasan La Pergola Restaurant ini.

Ini bahagian dapur.

Ini bahagian luar restoran.


Jom intai apa ada di sebalik pepohon yang tumbuh berjajar-jajar di hadapan restoran ini.


Rupanya ada satu lagi ruang makan di bahagian luar berhadapan dengan tempat kami makan. Ruang makan ini berkonsep terbuka. Memang beginilah keadaan di negara-negara empat musim. Pada musim sejuk mereka mencari cahaya matahari. Kita pula kalau boleh hendak sembunyi dari pancaran cahaya matahari!


Pelayan restoran berulang-alik dari dapur ke meja makan terbuka di tepi kolam.


Amie akhiri cerita makan tengah hari di sini dengan kongsi bunga raya yang banyak berkembang di tepi kolam. Cantik warnanya, merah menyerlah. Adakah sama dengan bunga raya di negara kita?

Bunga Raya Morocco.



19 comments

  1. Dah boleh buat buku dah ni.. Buku travel.

    BalasPadam
  2. Tenang nya pemandangan di sana... Seronok tgk... Sungai sungai tu alahaiii... Kalau duduk layan view sejam pun tak apa..

    BalasPadam
  3. Sihat betul makanan diorg sediakan...

    BalasPadam
  4. cukup lengkap pelbagai warna dalam 1 hidangan. menarik nak makan ni.

    BalasPadam
  5. makanan vegetarian ke kak? alamak... tak makan la kalau saya,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana ada vegetarian. Dalam tagine tu tersorok daging.

      Padam
  6. waduh waduhhh sedap-sedapnyaaaa semuaaaa ni kak amie!

    BalasPadam
  7. Klasik sungguh, heater guna kayu bakar.
    Meriah makanan dalam pinggan tu, menarik warna-warni.

    BalasPadam
  8. Sedapnya semua menu. Colorful menarik sangat. Cuaca pun Alhamdulillah terang cantik.

    BalasPadam
  9. Memang baguuus dan menggugah selera mereka buat platingnya. Dengan colorful macam tu, siapapun jadi teringin nak makan 😄👍👍. Penasaran dengan rasa. Sukaaa saya kalo makanan dihias cantik begini.

    Restorannya pun bagus, biru cerah. Berpadu hijau dari tumbuhan sekitar 👍👍.

    BalasPadam
  10. Cantik permandangan lembah sungai tu. Untung juga kan disediakan buah sebiji begitu. Dapat ambil buat bekal. Besar porsi lunch tu. Kenyang makan. Nikmat juga dapat makan puding caramel. Luas kawasan resto la pergola tu. Banyak pilihan tempat makannya pun.

    BalasPadam
  11. Sihat betul makanan diorang.
    Bunga raya 4 musim nampak cam lain sikit sebab yang kat sini bahagian kelopak ada lekuk-lekuk sikit.

    BalasPadam
  12. 1 pinggan macam-macam warna tu dia masak sama atau asing-asing tapi di satukan dalam pinggan. Nampak sedap dan meriah warnanya.

    BalasPadam
  13. Hidangan menunya menggoda urat selera🤭🤣

    BalasPadam
  14. ingatkan sayur je..rupanya daging bawah timbunan sayur...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe