Dinner at PAPPAGRIL Kota Warisan

12:05 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita 04 April 2025. 
Sekarang kami berada di Warisan Indah Homestay. Fairuz akan terbang dari KLIA1 ke Sandakan pada pukul 7:30 pagi. Fairuz satu pesawat dengan abang sepupunya yang pulang beraya di Kuala Terengganu bersama keluarganya. Amie, Encik Suami dan Firdaus pula dijadualkan menaiki pesawat pada pukul 9:35 pagi dari KLIA1 ke Kota Kinabalu. Jadinya, pada pukul empat pagi, Abang Farid dan Fuad hantar dahulu Fairuz ke KLIA1. Kedua-duanya akan balik semula ke homestay. Selepas solat subuh, mereka akan hantar kami bertiga pula.

Pada malam sebelum kami terbang, kami sama-sama makan malam di Kota Warisan. Pada mulanya Fuad cadangkan makan di Damascus Bukit Bintang. Oleh kerana tempat tersebut agak jauh, dan belum tentu lalu lintas berjalan lancar, baiklah makan di tempat yang berhampiran homestay sahaja.

Fuad jugalah yang mencadangkan tempat makan kami iaitu di PAPPAGRILL, betul-betul bersebelahan dengan MYKORI DESSERT CAFE, tempat kami minum pada sebelah petangnya.

Mushroom Soup & Grilled Garlic Bread

Ruang makan di PAPPAGRILL luas dan selesa.

Drai luar restoran, mata dan selera sudah terpikat dengan nachos!


Masing-masing dengan minuman yang dipesan:
  • Blue Ocean
  • Honey Lemon
  • Lime Tea
  • Iced Latte
  • Coca-Cola Float
  • Root Beer Float
  • Sour Plum Green Apple Mint


Meriah dengan warna-warni minuman masing-masing.

Firdaus : Teriyaki Chicken Chop

Abang Farid : Aglio e Olio Chicken Grill

Aseeyah : Teriyaki Chicken with Rice

Encik Suami & Fairuz : Maharaja Platter Set for 2 Pax Butter Rice


Set hidangan Maharaja Platter besar sangat! Kenalah ambil beberapa sudut untuk gambaran keseluruhan,

Set asal ada spaghetti, tetapi Encik Suami dan Fairuz minta tukar butter rice.

Fuad : Double Down Burger


Amie : Signature Lamb Grill


Signature Lamb Grill


Grilled Garlic Butternya sangat sedap, nipis, panas dan rangup!

Selamat menjamu selera!


Amie membuat pesanan tambahan:
  • La Raza Chicken Skewers
  • Mushroom Soup & Grilled Garlic Bread
  • Havana Chicken Nachos
Hidangan tambahan ini semuanya habis licin dikerjakan beramai-ramai oleh lima ABDUL! Dapatlah juga merasa Havana Chicken Nachos yang diintai-intai dari luar restoran tadi ..... ahaks!

La Raza  Chicken Skewers

La Raza Chicken Skewers

Mushroom Soup & Grilled Garlic Bread

Havana Chicken Nachos


Terakam suasana yang mencuit hati! Pada mulanya semua makan dengan tenang dan aman damai. Tiba-tiba seperti ada yang tak kena di antara dua beradik ini. Apa masalah Fairus dan Firdaus itu?


Ketika entri ini ditulis, masih tidak dapat ingat semula apa yang berlaku di antara keduanya. 

Ada-ada saja budak-budak ni!

Alhamdulillah.
Fairuz tersandar kekenyangan!




Keseluruhannya berjumlah RM378.64 sen. Kali ini Mommy yang belanja makan malam. 



10 comments

  1. Panjangnya senarai order. Alhamdulillah seronok kan dapat belanja family.

    BalasPadam
  2. Fuh.. Meriah makanan. Nampak sedap je semuanya.

    BalasPadam
  3. Teriyaki Chicken Chop tu nampak sedap sangat. Seronok makan ramai2 dengan anak2 ada sama kan Kak Amie.

    BalasPadam
  4. waduhhhhhhh semua menu nampak sedapnya!

    BalasPadam
  5. Tingginya double down burger tu. Kena buka mulut besar-besar nak makan. Hihi...

    BalasPadam
  6. Kak, lepas ni balik rumah bonda boleh singgah makan kat Damascus. Ada buka cawangan di Eco Grandeur. Tepi jalan boleh nampak.

    Agak-agaknya apa lah yang Firdaus dan Fairus tak puas hati tu 😅

    BalasPadam
  7. Semua menu nampak sedap! Kami satu family pun suka western style resturant cmni gakk

    BalasPadam
  8. Semua hidangan nampak sedap kak...harga tu takpe makan ramai- ramai masih murah tu...

    BalasPadam
  9. Saya langsung cari branches dia, dan tak ada di KL yaa 😅😅. Jauh sangat kalo hrs ke Selangor nampaknya.

    Tapi betuuuul lah kak Amie, menggoda sangat semua menu. Lamb chop menang fav saya juga.

    BalasPadam
  10. Lapar terus tengok menu sedap pagi-pagi ni. Apalah yang digaduhkan tu. Biasalah tu anak tak jadi bongsu dengan anak bongsu. Suka menyakat kadang. Eloklah makan dekat-dekat je. Nak ke KL dari Kota Warisan tu memang tidaklah kak Amie. Jauh, dengan jem lagi. Nanti bertambah penat.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe