Dinner at PAPPAGRIL Kota Warisan
12:05 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita 04 April 2025.
Sekarang kami berada di Warisan Indah Homestay. Fairuz akan terbang dari KLIA1 ke Sandakan pada pukul 7:30 pagi. Fairuz satu pesawat dengan abang sepupunya yang pulang beraya di Kuala Terengganu bersama keluarganya. Amie, Encik Suami dan Firdaus pula dijadualkan menaiki pesawat pada pukul 9:35 pagi dari KLIA1 ke Kota Kinabalu. Jadinya, pada pukul empat pagi, Abang Farid dan Fuad hantar dahulu Fairuz ke KLIA1. Kedua-duanya akan balik semula ke homestay. Selepas solat subuh, mereka akan hantar kami bertiga pula.
Pada malam sebelum kami terbang, kami sama-sama makan malam di Kota Warisan. Pada mulanya Fuad cadangkan makan di Damascus Bukit Bintang. Oleh kerana tempat tersebut agak jauh, dan belum tentu lalu lintas berjalan lancar, baiklah makan di tempat yang berhampiran homestay sahaja.
Fuad jugalah yang mencadangkan tempat makan kami iaitu di PAPPAGRILL, betul-betul bersebelahan dengan MYKORI DESSERT CAFE, tempat kami minum pada sebelah petangnya.
Drai luar restoran, mata dan selera sudah terpikat dengan nachos! |
Masing-masing dengan minuman yang dipesan:
- Blue Ocean
- Honey Lemon
- Lime Tea
- Iced Latte
- Coca-Cola Float
- Root Beer Float
- Sour Plum Green Apple Mint
Meriah dengan warna-warni minuman masing-masing.
Firdaus : Teriyaki Chicken Chop |
Abang Farid : Aglio e Olio Chicken Grill |
Encik Suami & Fairuz : Maharaja Platter Set for 2 Pax Butter Rice |
Set hidangan Maharaja Platter besar sangat! Kenalah ambil beberapa sudut untuk gambaran keseluruhan,
Set asal ada spaghetti, tetapi Encik Suami dan Fairuz minta tukar butter rice. |
Fuad : Double Down Burger |
Signature Lamb Grill
Amie membuat pesanan tambahan:
- La Raza Chicken Skewers
- Mushroom Soup & Grilled Garlic Bread
- Havana Chicken Nachos
Hidangan tambahan ini semuanya habis licin dikerjakan beramai-ramai oleh lima ABDUL! Dapatlah juga merasa Havana Chicken Nachos yang diintai-intai dari luar restoran tadi ..... ahaks!
La Raza Chicken Skewers |
La Raza Chicken Skewers
Havana Chicken Nachos |
Terakam suasana yang mencuit hati! Pada mulanya semua makan dengan tenang dan aman damai. Tiba-tiba seperti ada yang tak kena di antara dua beradik ini. Apa masalah Fairus dan Firdaus itu?
Ketika entri ini ditulis, masih tidak dapat ingat semula apa yang berlaku di antara keduanya.
Ada-ada saja budak-budak ni! |
10 comments
Panjangnya senarai order. Alhamdulillah seronok kan dapat belanja family.
BalasPadamFuh.. Meriah makanan. Nampak sedap je semuanya.
BalasPadamTeriyaki Chicken Chop tu nampak sedap sangat. Seronok makan ramai2 dengan anak2 ada sama kan Kak Amie.
BalasPadamwaduhhhhhhh semua menu nampak sedapnya!
BalasPadamTingginya double down burger tu. Kena buka mulut besar-besar nak makan. Hihi...
BalasPadamKak, lepas ni balik rumah bonda boleh singgah makan kat Damascus. Ada buka cawangan di Eco Grandeur. Tepi jalan boleh nampak.
BalasPadamAgak-agaknya apa lah yang Firdaus dan Fairus tak puas hati tu 😅
Semua menu nampak sedap! Kami satu family pun suka western style resturant cmni gakk
BalasPadamSemua hidangan nampak sedap kak...harga tu takpe makan ramai- ramai masih murah tu...
BalasPadamSaya langsung cari branches dia, dan tak ada di KL yaa 😅😅. Jauh sangat kalo hrs ke Selangor nampaknya.
BalasPadamTapi betuuuul lah kak Amie, menggoda sangat semua menu. Lamb chop menang fav saya juga.
Lapar terus tengok menu sedap pagi-pagi ni. Apalah yang digaduhkan tu. Biasalah tu anak tak jadi bongsu dengan anak bongsu. Suka menyakat kadang. Eloklah makan dekat-dekat je. Nak ke KL dari Kota Warisan tu memang tidaklah kak Amie. Jauh, dengan jem lagi. Nanti bertambah penat.
BalasPadam