Cuti Cuti Juga, Kerja Tetap Jalan
12:32 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas tamatlah anak-anak ladang kami menghadapi PPSA - Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik 2025. Minggu ini kami berpanas di padang untuk menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan selama tiga hari berturut-turut. Memang rentunglah kita di tengah padang menjadi hakim lontar peluru.
Hari Jumaat sudah mula cuti sempena Pesta Kaamatan di Sabah dan Labuan, diikuti Cuti Penggal 1 Sesi 2025/2026.
Kali ini geng kaki jalan tidak terbang jauh. Kami hanya jalan-jalan di negeri dan negara jiran sahaja ikut jalan darat. Nampaknya sambil berjalan-jalan, sambil memikul tugas. Walaupun tidak rasa begitu gembira tapi terpaksa jugalah mengusung kertas peperiksaan untuk disemak di mana sempat. Amie sendiri kena memeriksa tujuh buah kelas. Bawalah skrip tiga buah kelas dalam beg sandang yang beratnya ya ampun! Kami sama-sama berjanji memperuntukkan masa di hotel sebelum tidur, beberapa jam untuk menanda kertas. Balik ke ladang pada minggu berikutnya, markah kena masuk dalam sistem.
Kawan-kawan:
Amie tutup dulu dapur maya ini buat sementara waktu.
Hingga bertemu kembali.
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Amie tutup dulu dapur maya ini buat sementara waktu.
Hingga bertemu kembali.
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
20 comments
semangat juga tu...sambil berjalan nak menanda...semoga berjaya habiskan menanda kertas nya
BalasPadamSelamat bercuti dan juga bertugas Kak Amie 🤗
Padam#,tumpang komen di sini sbb komen section x keluar pulak di blog saya. Cuma boleh reply dekat komen org je 😇
Selamat HAri Raya Aidil Adha. Semuga perjalanan Allah permudahkan dan di pelihara daripada apa jua bencana. Aamin
BalasPadamCuti pun tetap bawa kerja-kerja hakiki. Tetap semangat kak Amie. Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidiladha. Take care.
BalasPadampengorbanan seorang guru. org lain berjalan tinggalkan kerja, cikgu berjalan terpaksa bawa kerja
BalasPadamTetap dinikmati dan tetap disyukuri
BalasPadamTerus semangat
Jangan lupa, jaga kesehatan
selamat bercuti raya aidiladha amie maf zahir batin
BalasPadamfuhhhhh 7 buah kelas kak amie! juling mata adehhhh~
BalasPadammoga dipermudahkan urusan kak amie aminnnnnnnn
Selamat Bercuti Kak Amie....
BalasPadamSelamat bercuti kak, take care ya
BalasPadamwah jalan- jalan lagi kakak kita ni...sambil jalan sambil buat kerja ye kak..terbaik ni...
BalasPadamKita di sektor pelancongan ni, cuti sekolah lah ada program kena buat.. Hehe. Takde cuti minggu ni.. Isnin pun kerja.. Haha.
BalasPadamCuti bersambung ni yg paling best kan. Tambah pulak budak2 cuti sekolah, mak ayah pun lajak terus cuti sampai ke raya haji agaknya hehe
BalasPadamSelamat bercuti!
Wah ke negara jirannya brunei atau Kalimantan kak 😍... Selamat bercuti kak Ammi... Dan selamat merayakan idul adha yaaaa. 🤗
BalasPadamSelamat bercuti sambil menanda kertas exam. Salam Aidiladha.
BalasPadamBanyak juga hari cutinya Mbak. Tetap semangat saja walau tetap kerja.
BalasPadamSelamat menyambut Hari Raya Idul Adha...
Salam,
Begitulah, jalan2 harus diteruskan, tugas jangan ditinggalkan.
BalasPadamSelamat menanda kertas dan selamat bercuti kak Amie.
BalasPadamtulah, siapa kata jadi cikgu ni senang. gi berjalan pun kena bawak kerja. selamat hari raya aidiladha kak Amie
BalasPadamselamat bercuti, selamat menanda kertas jawapan dan selamat hari raya aidiladha
BalasPadam