Sarapan Bergedel Kentang di Pagi 4 Syawal 1446H
9:21 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi 4 Syawal, minta Encik Suami cari nasi lemak atau kuih-muih untuk dijadikan sarapan. Sementara Encik Suami keluar, kita sediakan bahan untuk buat bergedel kentang. Bonda sudah duduk di meja makan. Oleh kerana Bonda bantu buat bergedel, kita pun selongkar peti sejuk. Jumpa sebungkus mi kuning. Oleh kerana keadaanya sudah keras, jadi kita rendam tetapi patah-patah pula. Goreng sajalah. Terpandang keladi di sudut dapur, goreng jugalah.\
Abang Farid masak air dan sediakan teh. Bonda suka minum teh, jadi Abang Farid buat teh panas setiap pagi untuk sarapan.
Dapatlah satu talam adunan bergedel kentang yang bonda bentuk. Makan bergedel kentang pun sebenanrnya mengenyangkan. Tak sampai lima minit, habis licin tinggal bekas sahaja. Semuanya suka makan bergedel kentang.
Mi Goreng |
Keladi Goreng Berempah |
Nasi Lemak Bungkus |
Nasi Lemak hanya berlauk telur rebus, beberapa biji kacang tanah dan sehiris timun. Ada baki ikan bilis dan kacang tanah goreng (kelmarinnya Amie buat sarapan nasi lemak), bolehlah tambah jadi lauk. Amie panaskan baki sambal paru yang juga kami jadikan lauk tambah.
Sambal Paru |
Selepas membersihkan ruang tamu, dan menambah kuih-muih dalam bekas serta menyediakan minuman untuk tetamu (sekiranya ada tetamu datang) kami sekeluarga keluar beraya. Bonda kata, jalan-jalanlah berziarah raya. Kami ziarah ke rumah jiran tetangga dan keluarga terdekat sahaja.
Ziarah ke rumah abang lain emak, tetapi tiada pula tuan rumahnya. |
Esoknya 5 Syawal 1446H, kami akan berangkat ke Sepang kerana awal pagi 6 Syawal kami akan terbang pulang ke sarang. Jadi, kami ambil kesempatan ziarah ke Tanah Perkuburan Islam 4 Buah Kampung yang terletak di Kampung Parit Mahang.
Di sinilah bersemadinya arwah Ayahanda kami, adinda kami arwah Amin Fauzi dan kekanda kami arwah Kak Ros. Al-Fatihah.
Sekian.
Catatan kenangan 4 Syawal 1446H.
Catatan kenangan 4 Syawal 1446H.
12 comments
Al fatihah buat yang telah tiada...
BalasPadamAlhamdulillah... Sedap bila dah sarapan selain lauk raya... Tu yang licin
Al-Fatihah buat yg telah pergi.. waduhhh wlupun mee patah tp tetap menggodaaaa fuhhhhh! ye betul siapalah saja yg tak suka begedel kentang lazat tu!
BalasPadamSlmt hari raya maaf zahir
BalasPadamBatin
Begedel kesukaannn kita
Tu yummyyy
sedap tu begedil...alfatihah utk mereka yg telah pergi
BalasPadamMee tu menggoda betul, sambal paru tu...aishhh..ngences ha....Al-Fatihah buat yang telah tiada
BalasPadamKeladi goreng berempah tu menarik kak Amie. Betullah tu, makan bergedel beberapa ketul pun dah rasa kenyang. Alhamdulillah dapat juga ziarah pusara di kesempatan yang ada.
BalasPadamBergedil memang laku keras jika ada di meja makan, kan. Kita pulak jadi teringin, kalau ada sambal kicap lagi laju.
BalasPadamHari tu beli keladi. Bila di goreng kok ganyut. aduhaiiii patah selera nak makan keladi goreng.
BalasPadamfevret saya tu bergedel kentang
BalasPadamSamaaa, saya pun suka perkedel kentang . Kalo dah makan itu, JD tak teringiiin nasi 😄. Dah kenyang.
BalasPadamOh dikuburkan di semenanjung juga ya kak. Berarti hanya kak Amie yg merantau ke LD?
Moga rohnya semua yang telah pergi, dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
BalasPadamSedap Begedil, sambal paru semua nya lah.
suka tengok mi goreng kak amie ni
BalasPadambasah2 mcm ni lagi sedap kalau ada telur mata
hehehe