Pagi 1 Syawal 1446H di Kampung Laman

9:17 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Bekalan air paip terputus!
Seolah-olahnya satu masalah besar menimpa kami menjelang malam raya! Oleh kerana tidak mahu memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya, malam itu Amie tidur awal. Badan yang letih perlu dipulihkan, tenaga masih banyak diperlukan untuk hari esok. Biarlah esok 1 Syawal terus menjelma!

Pagi 1 Syawal, memang terpaksa jimatkan air yang ada. Syukurlah dapat mandi di pagi Syawal walaupun terpaksa catu air. Waktu sarapan, gunakan pinggan pakai buang. Hendak cuci dengan apa... ahaks!


Pukul sembilan pagi, selesai solat Aidil Fitri di masjid, kami bersarapan di dapur. Ketika ini Abang Farid masih berada di Puncak Alam, bersama Aseeyah dan Hamzah. Katanya hendak mandi di sana dan solat sunat AidilFitri di masjid sana juga. Aduhai! Kenapalah air buat hal di pagi 1 Syawal.

Alhamdulillah.
Rezeki Allah datang tanpa disangka-sangka. Rupanya pada sebelah malam sewaktu Amie sudah tidur, Wak Kanang dari Batang Berjuntai hantar nasi himpit, ayam masak kicap dan sambal goreng. Banyak betul kirimannya. Cukup untuk dihidangkan untuk 30 hingga 40 orang! Adik ipar, suami Adik Chah pula hantar rendang daging dan lemang.

Syukur Alhamdulillah. Di saat bekalan air terputus, datang pula pelbagai makanan untuk kami. Amie hanya masak sambal kacang sotong kembang. Itu pun Amie gunakan kuah kacang yang Wak Kanang kirim untuk dimakan dengan nasi himpit.

Ayam Masak Kicap

Rendang Daging


Lemang

Sambal Goreng

Serondeng Daging

Sambal Kacang Sotong Kembang


Syukur seribu syukur, dalam kesulitan dapat juga menjamu selera seadanya di pagi 1 Syawal.


Oleh kerana cuaca agak panas, Fairuz terus sediakan minuman sejuk.

Sarapan di pagi 1 Syawal bersama bonda.
Nampaknya suasana jadi kurang teratur. Sepatutnya bersalam-salaman dan bermaaf-maafan terlebih dahulu, tetapi kami terus sarapan dahulu. Sebaik sahaja selesai sarapan, terdengar seseorang membeli salam. Oh, ada tetamu rupanya!

Amie tidak mengenali tetamu yang datang bersama anak dan isterinya. Tetamu tersebut juga tidak mengenali Amie. Kami saling bertanya di antara satu sama lain, dan akhirnya Wak Niah mencelah dengan memperkenalkan diri kami masing-masing.

Rupanya, tetamu yang datang itu ialah sepupu Amie, anak kepada adik lelaki Bonda! Allahu Akbar! Kami tidak pernah bertemu setelah tamat sekolah. Lebih 35 tahun baru dapat bertemu semula di pagi 1 Syawal! Sudah tentulah faktor kerja dan jarak jauh yang menyebabkan begitu lama tidak bersua dan di usia senja barulah dapat bertemu.

Sepupu Amie yang sekian lama tidak berjumpa, berkopiah hitam berdiri di sebelah Wak Niah yang duduk di kerusi roda.

Sepupu dari sebelah keluarga arwah ayahanda.

Pada masa yang sama, muncul pula sepupu Amie dari sebelah keluarga arwah ayahanda. Yang ini, kami masih kenal sebab selalu berjumpa sewaktu hari raya.

Dan, seterusnya datanglah kumpulan tetamu dalam kalangan keluarga sebelah bonda dan ayahanda. Nampaknya kami anak-beranak mengambil peranan masing-masing. Fairuz jaga bahagian air. Bancuh minuman dan jika air mineral dan ais batu habis, dialah yang akan segera ke kedai mamak di hujung kampung membeli ais batu. Fuad menghidangkan air dan memastikan semua tetamu mendapat minuman, menambah air yang kurang di dalam jug.  Aseeyah akan memastikan kuih-muih yang berkurangan ditambah kembali. 

Alhamdulillah, tidak lama kemudian bekalan air yang terputus kembali pulih. Jadi, Abang Farid bertugas mencuci gelas dan pinggan mangkuk di dapur. Encik Suami, jaga Hamzah sambil melayan tetamu.

Bonda dan Wak Niah, memang sepanjang waktu berada di ruang tamu.

Bersama anak-anak dan menantu yang sedia berkhidmat  dari dapur, pagi sehingga malam.

Salah seorang ahli keluarga sebelah bonda, arwah Wak Kulon mempunyai 16 orang anak. Sebelah arwah Ayahanda pula, salah seorangnya mempunyai 18 orang anak! Itu belum termasuk anak-anak daripada sembilan beradik arwah Ayahanda dan anak-anak dari lima beradik Bonda.

Wah! Nampaknya Aidil Fitri kali ini rezeki Amie dapat bertemu dengan saudara mara dan sepupu-sepapat di rumah Bonda!

21 comments

  1. masa hari raya dan kenduri kendara ajelah kita berpeluang bertemu sanak saudara. Nak nak macam Kak AMie yang bertugas jauh dari kampung halaman... jarang sekali dapat bertemu sanak saudara. Saya pun jarang dapat berjuma saudara mara sebab selalu raya di Johor dahulu, bila balik Pahang, saudara mara dah balik ke tempat kerja masing masing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.
      Selama ini kalau raya kami tinggalkan rumah, ziarah raya. Tak sempat jumpa, mungkin selisih sepupu datang rumah, kami ke rumah lain.

      Padam
  2. Wahhhh lumayan ramai anak2 di kedua belah keluarga kak amie. Ammi kalau dibelah mak ramai tp kalau belah ayah boleh dikira dengan jari je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang ramai. Tapi yang lain anak antara 6-8 sahaja.

      Padam

  3. Mujurlah tak lama dapat bekalan air tu..
    Gambar last tu Firdaus takde pulak.. mesti dah jumpa sepupu2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firdaus tak termasuk kerahan tugas di dapur. Memang dah bawa diri bersama sepupu sepapatnya.

      Padam
  4. wah dah lama tak dengor nama wak kulon. Alhamdulillah selalunya jika masih ada orang tua akan ramai lah tetamu yang datang menjenguk. Masa ni lah dapat berkenalan. Seronok kan bila kaum keluarga anak2 ramai. Memang jenuh. Kiranya balik raya tahun ini keluarga Amie dapat berkumpul beramai-ramai. Seronok bunda bila ramai yang datang berkunjung dan ada orang yang membantu di rumah.

    BalasPadam
  5. wah mesti sedap sambal kacang sotong kembang hasil tangan amie. Bak resepi.....buat entah bila....hehehehehe telan air liur je ni tenguk hidangan raya amie.

    BalasPadam
  6. Rumah saya pun hari sabtu air main cak2...sekajap ada sekejap x ada...doa banyak2 jgn la hari Ahad sebelum raya x ada banyak kerja nak buat...

    BalasPadam
  7. Nampak begitu efisien sekali para petugas di hari raya Aidilfitri. Cantik juga warna uniform yg dikenakan, hihihi.

    BalasPadam
  8. Meriah betul menu pagi raya...
    Cikgu...
    Nanti bebila buat la entri "baraan" masyarakat Jawa ..selalu dengar dari rakan rakan belah sg besar & k.selangor...

    BalasPadam
  9. selamat hari raya kak..maaf zahir batin salah silap terkasar bahasa..
    ringan sikit kerja dapur kan kak ramai AJK tu

    BalasPadam
  10. aduhai mmg huru hara lah bila gangguan bekalan air di pagi syawal ni.. tp syukur alhamdulillah juadah semua sedapnyaaaa! dan meriahnyaaaa berbelas ye anak-anaknya! syukur juga AJK semua jlnkan tugas masing2 dgn mantap sekali hehe

    BalasPadam
  11. Kalau ikutkan sedara mara, sepupu sepapat dan semua yng ikut pangkat sebelah arwah Mak Pahmemang ramai, susur galurnya luas..tapi SA memang x kenal..kenal yang rapat2 aje la...seronok ramai sedara mara ni kan kak amie..cuma bila x kenal tu berselisih bahu pun x bersapa...bila dah jumpa laaa...sedara rupanya

    BalasPadam
  12. salam aidilfitri utk Kak AMie sefamily...1st time tgk menu sambal kacang sotong

    BalasPadam
  13. Selamat Hari Raya buat Kak Amie sekeluarga ✨
    Alhamdulillah seronoknya ada keluarga besar macam ni Kak! Semoga silaturrahim sentiasa berkekalan

    BalasPadam
  14. Isssh memang susah kalo air mati kan. Tp rezeki kak Amie dikirimin banyaaaak hidangan raya 😍😍😍. Baiiiiiik sangat yg mengirim kak, banyak pula porsinya.

    Nampak sedap semua. Itu yg saya suka juga dr raya, bisa banyak bertemu Orang2, kerabat yg sebelumnya tak pernah jumpa.

    Saya agak sepi lebaran THN ini. Tak bisa mudik, dan banyak keluarga saya yg mudik. Jadi memang sepi lah 😄

    BalasPadam
  15. Selamar menyambut raya aidil fitri
    Maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah, walaupun ada dugaan air didatangi pula dengan kemudahan hantaran makanan..

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum kak Amie. Lama tak menjengah di sini.
    Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kak Amie sekeluarga. Maaf jika ada salah silap terkasar bahasa.

    Wahh seronoknya kak Amie beraya di kg halaman. Seronok dapat bertemu saudara mara yang dah lama tak berjumpa. Rajin anak anak kak Amie membantu. Kemas hiasan rumah bonda. Cantik ID nya. Suka bahagian tangga batu tu.

    BalasPadam
  18. Tengok gambar makanan di waktu Syawal ke 11 ni memang mengundang rasa hendak pergi beraya rumah siapa-siapa untuk makan lemang dan rendang😅

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe